Bahaya Guna Cara Memutihkan Kulit Dengan Produk Kecantikan Yang Mengandungi Merkuri

Obses nak kulit cantik…

Nak kulit putih melepak…

Nak kulit gebu dan licin…

Nak bebas dari jerawat…

Ramai sangat sekarang ni yang obses nak semua ni… takpe… tak salah pun… sikit pun tak salah terutamanya kaum wanita yang nak cantik, nak gebu, nak kulit licin & bersih, nak hilang jerawat, nak tampil menawan untuk suami… bagus!… saya sangat sokong… Islam pun menggalakkan kita kaum wanita ni berhias dan bercantik-cantik di depan suami…

Yang menjadi SALAH adalah apabila kesemua ‘NAK’ ni tadi NAK cepat… nak putihkan kulit dalam masa sekelip mata.. kalau boleh malam ni sapu krim pemutih tu, bangun esok pagi dah nak tengok Dayang Senandung berubah jadi Elsa…

Mana mungkin lah hai sayang…

Di pasaran pulak sekarang ni memang penuh dengan lambakan produk kecantikan yang entah dari mana asal usulnya, ntah siapa saintis yang buat kajian macam yang dikatakan, ntah bahan apa pulak yang terkandung dalam produk kecantikan tu semua

Pilihlah cara memutihkan kulit dan produk kecantikan untuk memutihkan kulit atau lebih tepat lagi untuk kesihatan kulit yang betul, yang sahih ujian klinikalnya, yang sahih para saintis dibelakangnya, yang sahih isi kandungannya…

1 perkara PENTING yang anda semua WAJIB tahu…

Kita ni sangat istimewa sebenarnya…

Setiap manusia dilahirkan dengan tahap pigmen yang berbeza… pigmen ni adalah unsur yang menentukan warna kulit kita…

Kalau dah memang had pigmen kita adalah hitam manis… mana mungkin pigmen tersebut diubah hanya dengan krim pemutih dan warna kulit bertukar jadi putih melepak… melainkan warna kulit kita tu ’dilunturkan’ dengan menggunakan bahan kimia…

Bahan kimia yang paling popular, murah dan paling biasa digunakan dalam kosmetik ialah MERKURI dan HYDROQUINONE

Dua-dua bahan kimia ni sangat terkenal sebagai ajen pemutih yang sangat cepat bertindak…

Saya akan cerita macam mana cara nak kenalpasti kosmetik yang menggunakan bahan kimia merbahaya ni.

PELIK TAK KENAPA ADA PRODUK KECANTIKAN MURAH TAPI DAPAT PUTIHKAN KULIT, KULIT JADI BERKILAT DAN GLOWING???

CONTOH MUDAH

Biasa guna klorok kan?… klorok ni murah ye tak? Tapi kenapa dia punya power sampai boleh lunturkan kotoran degil dan warna kain.. tapi kain tu akan cepat lusuh, nipis dan koyak.. betul?

Dapat bayang tak apa yang saya cuba sampaikan?

Ok, jom ambik tahu ciri-ciri produk kecantikan yang mengandungi racun seperti merkuri, hydroquinone dan sebagainya.

  1. MELEKIT-LEKIT: Tapi ada jugak sesetengah krim tu dicampurkan dengan bedak sejuk supaya nampak lebih cair.
  2. TIDAK HOMOGEN: Kalau kita biarkan krim tu, kita boleh nampak lapisan minyak akan terpisah dengan lapisan padat
  3. BAU LOGAM MERKURI: bau dia lain macam, tapi ada sesetengah pengeluar produk kecantikan tu bijak sikit, diaorang olah bau tu dengan wangian yang kuat untuk menutup bau merkuri ni. So, sebaiknya kalau cari produk kecantikan, carilah produk yang takde bau.
  4. KRIM BERWARNA TERANG: ni sebab untuk cover warna merkuri, mereka akan tambah dengan bahan pewarna. Warna biasa yang digunakan adalah warna kuning atau warna putih berkilat (metalic)
  5. RASA PANAS DAN GATAL apabila dicalitkan pada kulit lengan
  6. Pada awal pemaikaian kulit akan jadi KEMERAHAN bila kena cahaya matahari dan kulit akan terasa pedih. Ni sebab skin irritation sedang berlaku
  7. Kulit akan jadi warna putih tak sekata, putih pucat dan nampak tak normal
  8. Kulit berubah jadi putih dalam masa yang singkat. Semakin cepat kulit anda jadi putih maknanya semakin banyaklah merkuri yang terkandung dalam produk kecantikan tu. BIASA TENGOK IKLAN KAT TV?… INGINKAN KULIT PUTIH DALAM MASA SEAWAL 3 HARI?… cubalah XYZ anda pasti teruja… (teruja sangat kannn)
  9. KULIT BEBAS DARI JERAWAT SELAMANYA: sebab tu lah banyak produk kecantikan atau krim anti jerawat laris dipasaran. Sekali guna jer jerawat forever takde. Yang guna pun syok melompat bintang kononnya produk tu berkesan giler.. Dah la kulit jadi putih, jerawat pun hilang.. happy la kan? Sebenarnya lapisan epidermis kita dah rosak dah masa tu. Kulit dah hilang kandungan protein dan melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit kita dari sinar UV. Sampaikan kuman dan bakteria pun dah tak hingin nak singgah sebab kulit kita dah tercemar dengan merkuri.. hatta nyamuk sekalipun. Menakutkan tak?
  10. MENGHALUSKAN DAN MENGECILKAN LIANG PORI: ini lagi satu bab yang ramai orang tertipu. Sebenarnya kulit kita dah menipis dan lapisan kulit paling atas dan terhapus dek kerana merkuri. Kalau tengok sekali imbas memang la macam liang pori mengecil dan kulit nampak halus. Hakikatnya?
  11. Bila kita tiba-tiba stop pakai produk kecantikan yang ada merkuri, jerawat kecil-kecil dan rasa gatal akan timbul. Tu memang kesan sampingan kalau berhenti guna produk kecantikan yang ada merkuri sebab tu orang selalu rasa yang krim tu memang superb dan bagus sangat, memang wajib pakai… kalau tak nanti jerawat datang balik…
  12. Kulit yang putih tu lama kelamaan akan jadi seakan kelabu, dan akhirnya jadi kehitaman, jeragat berleluasa!!!

Berhati-hati bila memilih produk kecantikan

BAHAYA PRODUK KECANTIKAN BERMERKURI

  1. Gangguan saraf: Alzheimer, parkinson dan gangguan ringan seperti insomnia, tekanan emosi, gementar dan gangguan penglihatan
  2. Memperlambatkan pertumbuhan janin: merkuri tak akan dapat disingkirkan oleh ginjal dan akan tepu kat situ dan bila kita hamil, automatik akan effect kat janin. Risiko mendapat anak autism / pertumbuhan anak terencat menjadi tinggi
  3. Wajah menjadi lebih rosak: timbul tompokan hitam dan jeragat yang teruk dikemudian hari
  4. Kerosakan buah pinggang: merkuri akan terkumpul di ginjal sehingga menyebabkan bau urin pun seakan tengik (bau menyengat) dan sekaligus akan membawa risiko kerosakan buah pinggang
  5. Risiko penyakit kanser: terutamanya kanser kulit, kanser payudara, kanser serviks dan kanser paru-paru

Bahaya merkuri ni jugak disahkan oleh WHO (World Health Organization) 

Artikel WHO (World Health Organization) Tentang Tahap Keselamatan Produk Pemutih Kulit (klik gambar)

So, kesimpulannya.. nak kulit cantik putih gebu bebas jerawat… sudahnya dapat apa?

Berbaloi tak?…

Of course la tak kan?

Jadi, berhati-hatilah dalam memilih produk kecantikan yang berlambak di pasaran sekarang ni… si pengeluar, si penjual ada yang jenis tak peduli apa nak jadi pada orang yang gunakan produk kecantikan mereka asalkan mereka boleh dapat untung.

Jangan mudah sangat terpedaya dengan janji kulit putih seawal 3 hari, seawal 1 minggu tu…

Kita ni, jadi manusia yang sempurna akal fikiran sepatutnya bijak menilai…

Jadilah pengguna yang berilmu.

Salam sayang,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kulit Sihat & Cantik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

4 Responses to Bahaya Guna Cara Memutihkan Kulit Dengan Produk Kecantikan Yang Mengandungi Merkuri

  1. Pingback: Hilangkan Jeragat Di Muka Dengan Jus Merah Kuasa Antioksidan Dan Serbuk Putih Awet Muda | oh!cantik

  2. Ana says:

    Assalamualaikum sis..sy share article sis yea..😊

    Like

  3. Ana says:

    Assalamualaikum sis
    Mohon share yea sis

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s