Cara Cepat Tambah Berat Badan Untuk Wanita

Terlalu kurus..

Terlalu gemuk…

Hanya dua masalah ni jer yang biasanya merunsingkan terutamanya kaum wanita… kebanyakan orang pulak selalu fokus kepada masalah kegemukan jer sampai kadang-kadang terlupa pada orang yang hadapi masalah terlalu kurus ni… sana sini asyik bercerita tentang cara turunkan berat badan, makanan diet, petua turunkan berat badan tapi jarang ada yang berkongsi tentang cara bagaimana nak tambah berat badan.

Terlalu kurus pun tak menarik jugak kan? badan sekeping sampai takde bentuk. Mesti ada yang tercari-cari cara nak tambah berat badan yang selamat dan takde lah sampai berisiko dapat obesiti pulak.

Thinspiration-122-

Terlalu Kurus Boleh Menjadikan Penampilan Kurang Menarik

 

Jangan risau… saya kongsikan beberapa tips pemakanan, diet dan suplemen yang boleh membantu mana-mana saja wanita yang berhajat nak tambah berat badan dan dapatkan bentuk badan yang lebih menarik.

  1. Ambil tambahan 500 kalori setiap hari boleh membantu kita untuk tambah berat badan lebih kurang 0.5kg seminggu. Walaupun nampak tak banyak, tapi ianya dah cukup bagus tau sebab kalau ambil kalori berlebihan pun nanti tak elok untuk kesihatan. Boleh Google untuk dapatkan info tentang makanan tinggi kalori ni.
  2. Elakkan daripada makan makanan ringan, fast food, makanan manis walaupun makanan-makanan ni tinggi kalori tapi boleh mendatangkan penyakit pulak.
  3. Makan dan minum dengan kerap sekurang-kurangnya 6 kali sehari! Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan diselang dengan snek diantara waktu makan.. again, cari snek yang sihat seperti buah-buahan (pilih buah dari yang jenis kurang berair), kekacang, minuman protein dan sebagainya.
  4. Tambah portion (saiz) makanan yang kita makan contohnya kalau biasa kita makan nasi lauk sekor jer ikan so, tambahkan jadi 2 atau 3 ekor. Kalau biasa makan sayur cuma 1 sudu, tambahlah jadi 3 atau 4 sudu… lebih pun takpe especially sayuran & ulam.
  5. Makan dengan cepat tapi bukan gelojoh yer. Ada sesetengah orang ambik masa yang sangat lama untuk makan jadi makanan akan cepat dihadam dan buatkan dia rasa cepat kenyang.
  6. Makan snek sebelum tido. Kalau orang yang nak turunkan berat badan biasanya dinasihatkan supaya tak makan selepas pukul 7.00mlm tapi untuk orang yang nak tambah berat badan lain pulak halnya. Sangat digalakkan untuk makan snek sebelum masuk tido dan of course la snek yang sihat… jangan pulak makan kentang goreng tau.
  7. Tingkatkan selera makan. Ada orang yang memang jenis selera makan dia kecik. Tengok makanan pun kurang nafsunya. Jadi cuba buat sedikit exercise sebelum waktu makan sebab exercise boleh buatkan seseorang tu rasa lapar, tambah variety makanan biar nampak menyelerakan dan jangan minum air sambil makan sebab air boleh membuatkan kita cepat kenyang.
  8. Ambil lebih protein sebab protein membantu tubuh untuk membina otot. Otot boleh membantu untuk tambah berat badan tanpa risau tentang penambahan lemak. Antara sumber protein yang baik adalah daging, ikan, bijirin, kekacang, telur dan mentega kacang.
  9. Memasak menggunakan minyak zaitun, minyak canola atau mentega. Selain daripada dapat menambahkan kesedapan makanan, ia juga dapat meningkatkan tahap kalori dalam makanan.

AMBIL SUPLEMEN UNTUK MENYOKONG USAHA ANDA UNTUK TAMBAH BERAT BADAN

Untitled

Protein, Multivitamin & Vitamin B Sebagai Suplemen Lengkap Untuk Tambah Berat Badan

MEAL SHAKES – sumber protein lengkap dengan mineral tambahan dan 9 asid amino untuk menyokong tumbesaran yang baik berperisa vanilla yang yang lazat & berkrim

VITA-LEA – multivitamin dengan 28 jenis mineral penting untuk menyokong keperluan nutrisi tubuh – dicipta pada tahun 1915 oleh Dr. Forrest C. Shaklee dan merupakan vitamin tertua di dunia

B-COMPLEX – mengandungi 8 jenis vitamin B untuk membantu metabolisma bagi proses penukaran makanan kepada tenaga dengan lebih efisien

Kenapa perlu ambil suplemen?

Suplemen / vitamin yang baik akan memberi nutrisi yang baik dan secukupnya kepada tubuh badan. Bila badan kita sihat, cukup nutrisi maka sistem badan akan berfungsi dengan lebih baik. Suplemen jugak sangat-sangat membantu individu yang sentiasa sibuk dan tak sempat nak sediakan makanan berkhasiat tapi ingat yer bukan bermakna bila dah ambik suplemen ni tak payah makan makanan lain dah. Suplemen hanya berfungsi untuk menyokong keberkesanan diet sihat kita.

jennifer-lopez-red-dress-idol-march-27-ffn-side-ftr

Bentuk Badan Idaman Ramai Wanita

 

Anda terlalu kurus dan NAK TAMBAH BERAT BADAN?

Dapatkan WEIGHT GAIN SET SHAKLEE ni sekarang!

Salam Sayang,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

 

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengurusan Berat Badan and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Cara Cepat Tambah Berat Badan Untuk Wanita

  1. Pingback: Elakkan Risiko Penyakit Jika Terlalu Kurus Jadi Carilah Cara Tambah Berat Badan Segera | oh!cantik

  2. Pingback: Adakah Ubat Kurus Jalan Terbaik Untuk Dapatkan Bentuk Badan Yang Cantik? | oh!cantik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s