Elakkan Risiko Penyakit Jika Terlalu Kurus Jadi Carilah Cara Tambah Berat Badan Segera

UNDERWEIGHT @ TERLALU KURUS!

Perlu ke masalah ni diberi perhatian?

Orang selalu bagi perhatian pada risiko yang dihadapi oleh orang yang terlebih berat badan atau gemuk. Dan rata-rata semua fokus hanya kepada cara turunkan berat badan dan mencari makanan diet untuk turunkan berat badan jer.

Tapi macam mana pulak dengan risiko yang dihadapi oleh orang yang underweight atau terlalu kurus?

Mungkin ramai yang tak tahu bahawa orang yang terlalu kurus ni sebenarnya ada risiko penyakit yang tinggi sama macam orang yang gemuk. Cuma risiko penyakit tu agak berbezalah sikit.

Jom kita tengok apa dia risiko penyakit bagi orang yang terlalu kurus ni.

TAHAP IMUN YANG TERLALU RENDAH

Tanpa nutrisi yang cukup, sistem imun tubuh tak akan dapat berfungsi dengan efisien. Antara vitamin yang penting untuk tingkatkan tahap sistem imun ialah vitamin A dan vitamin C. Orang yang terlalu kurus ni badan dia jadi kurang kemampuan untuk mencegah penyakit hatta selsema jer pun… apatah kanser. Tahap imun yang rendah membuatkan badan tak mampu nak lawan virus dan bakteria yang menjadi punca penyakit.

PERUBAHAN SUHU BADAN TAK MENENTU

Orang yang terlalu kurus akan ada masalah untuk regulate suhu badan dia. Sebab tu orang yang terlalu kurus ni kerap selsema. Orang yang berat badannya sihat (berat badan ideal) mempunyai sejenis lapisan lemak (penebat) yang membuatkan badan sentiasa panas.

MASALAH KEKURANGAN NUTRISI YANG TERUK

Orang yang terlalu kurus biasanya menghadapi masalah kekurangan nutrisi yang teruk seperti kalsium yang sangat-sangat penting dan diperlukan oleh tulang untuk sihat. Jadi, risiko untuk mendapat osteoporosis adalah sangat tinggi. Potassium pulak sangat penting untuk kesihatan jantung. Kandungan potassium yang terlalu rendah sangatlah merbahaya. Kekurangan nutrisi juga boleh memberi kesan kepada paru-paru, sendi, kesihatan mental dan penghadaman.

TIDAK  BERTENAGA

Jika badan kita tak mampu untuk menampung nutrisi, kita akan rasa tak bertenaga. Keletihan ni disebabkan oleh kekurangan zat besi dalam darah. Zat besi adalah nutrien yang membantu untuk mencegah anemia @ tekanan darah rendah.

MASALAH KESUBURAN

Wanita yang underweight @ terlalu kurus mungkin akan hadapi masalah kitaran haid atau mungkin ada jugak yang tak datang haid langsung. Jadi, ini akan beri masalah kepada tahap kesuburan sebab sistem reproduksi tubuh tak berjalan dengan betul dan akan beri masalah untuk mengandung.

underweight

Antara Risiko Penyakit Bagi Orang Yang Terlalu Kurus

 

Haa.. so jangan ingat orang yang kurus tu sihat yer… terlalu kurus pun tak bagus. Ada beberapa cara yang anda boleh ambil untuk tambah berat badan jika anda terlalu kurus. Antaranya:

  1. Makan lebih kerap (6 kali sehari) – sarapan pagi, makan tengahari, makan malam ditambah dengan snek sihat di antara waktu makan
  2. Makan makanan yang lebih berkanji, tinggi kalori dan tinggi protein (tapi wajib pilih makanan sihat yer)
  3. Ambil lemak baik seperti Omega 3 & Omega 6
  4. Minum air kosong yang cukup
  5. Berhenti merokok (jika anda merokok)
  6. Kurangkan makanan manis
  7. Makan dalam jumlah yang agak besar tapi janganlah berlebihan
  8. Dapatkan sokongan sumber nutrisi melalui pengambilan suplemen yang betul (SET WEIGHT GAIN SHAKLEE)

Bila dah buat perkara di atas, jangan paksa diri untuk hasil yang drastik. Beri tempoh sekurang-kurangnya 3 – 6 bulan untuk melihat peningkatan pada berat badan anda. Rileks, sentiasa tenang, happy dan elakkan diri daripada stress dan enjoy the whole proses hari demi hari.

Yakinlah yang anda mampu berubah dan hidup lebih sihat dengan penampilan baru yang lebih cantik.

Mulakan langkah anda sekarang dan jika tak nak menyesal di masa hadapan.

Hubungi saya di 019-7071977 untuk konsultasi lanjut.

Salam Sayang,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

 

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengurusan Berat Badan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s