Punca Rambut Gugur Wanita Lepas Bersalin Dan Cara Mendapatkan Kembali Rambut Yang Lebat

Rambut gugur bukan saja jadi masalah kepada orang yang dah berumur, tapi orang muda pun sama, lebih-lebih lagi yang wanita yang dah bergelar ibu. Masalah rambut gugur dikalangan wanita lepas bersalin adalah normal.

Ini antara punca kenapa wanita lepas bersalin hadapi masalah rambut gugur:

PERUBAHAN HORMON

Hormon progesteron dan estrogen pada wanita sangat tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Kedua-dua hormon ni menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau fasa pertumbuhan. Sebab tu, rambut wanita semasa hamil akan nampak berkilat dan bersinar-sinar.

Tapi bila lepas bersalin, semasa umur bayi lebih kurang 3 – 4 bulan, semua hormon akan jadi normal semula dan pada waktu ni, ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur.

Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tak banyak rambut yang gugur, jadi kali ni keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak. Rambut gugur secara berterusan sehingga menyebabkan ia tak sempat tumbuh dan memanjang. Sebab tu lah rambut akan nampak semakin nipis dan jarang.

TEKANAN

Lepas bersalin, wanita menjadi sibuk sebab kena uruskan keperluan bayi yang baru lahir dan keluarga. Lebih memenatkan kalau si ibu memang dah ada anak yang ramai dan perlu bekerja. Disebabkan kesibukan ni, si ibu kadang-kadang lupa nak uruskan diri sendiri. Tak sempat nak belek muka atau rambut. Jadi, kalau masalah rambut gugur yang dialami tak diberi perhatian, ia mungkin boleh menjadi lebih serius sehingga boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) dan masalah rambut gugur ni adalah jenis kekal dan sangat susah untuk dirawat.

BERUSIA DAN MEMILIKI RAMAI ANAK

Ibu yang semakin berusia dan dah mengandung lebih daripada 3 kali lebih tinggi risiko untuk hadapi masalah rambut gugur kalau nak bandingkan dengan ibu muda atau ibu yang tak ramai anak. Semakin si ibu berusia, puncak kepala atau crowning area akan semakin menipis. Bermula dari bahagian tengah, lepas tu akan merebak ke bahagian tepi. Masalah rambut gugur macam ni bukan saja sebab masalah hormon, tapi juga disebabkan oleh penjagaan rambut selepas bersalin yang tak betul.

POLA PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan mereka. 1 sebab berpantang dan 1 satu lagi sebab nak dapatkan semula bentuk badan langsing macam sebelum mengandung. Ini sebenarnya akan menyebabkan mereka mengalami kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh dan rambut.

Proses penuaan wanita adalah lebih cepat kalau nak dibandingkan dengan lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita pun akan jadi lebih cepat tua berbanding lelaki. Jadi, jangan pulak tambah masalah ni dengan kawalan makanan atau diet yang tak betul.

Lebih teruk sebab liang-liang rambut wanita lebih cepat tertutup. Liang-liang rambut yang dah tertutup tak akan boleh dirawat atau diaktifkan lagi. Jadi, wanita yang ada masalah rambut gugur tu kena cepat-cepat bertindak dan dapatkan rawatan.

FAKTOR USIA

Semakin tua, peluang untuk pertumbuhan rambut akan jadi semakin rendah sebab sel-sel dah jadi makin tua, penyerapan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan rambut pun jadi semakin lambat.

Oleh itu, sangatlah penting untuk orang yang dah berusia untuk dapatkan nutrisi yang secukupnya supaya semua sistem tubuh dan organ dapat berfungsi dengan lebih baik.

Vitamin B, Protein dan Kolagen bukan saja boleh membantu untuk mendapatkan semula rambut yang lebat, sihat dan bersinar. Tapi juga membantu tubuh untuk lebih sihat, menjadikan kulit lebih cantik dan memberi tenaga.

Masalah rambut gugur juga boleh dibantu dengan penggunaan serum daripada rangkaian produk penjagaan rambut ProSante Shaklee.

Kalau masalah rambut gugur yang tak berapa teruk mungkin boleh guna serum saja, tapi untuk maksalah rambut gugur yang kritikal sangat digalakkan untuk ambik vitamin / suplemen bagi membantu dari dalaman juga.

Cepat bertindak sekarang kalau anda ada masalah rambut gugur sebelum terlambat dan menyesal nanti di kemudian hari.

Hubungi saya di 019-7071977 untuk konsultasi lanjut.

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Rambut Lebat Bersinar and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s