Teh Bunga Butang @ Bachelor Button @ Globe Amaranth Flowers Ada Rahsia Awet Muda

Air teh warna pink! Warna favourite saya ni.. seriously saya tak pernah tau pun yang Bunga Butang ni boleh dibuat teh dan teh ni ada 1001 khasiat, kaya dengan vitamin dan antioksida yang bermanfaat untuk kesihatan dan rahsia awet muda.

T2Rz7gXdVbXXXXXXXX_!!1799558327

Teh Bunga Butang Yang Sungguh Cantik Warnanya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dulu masa kecik-kecik saya buat main jer bunga ni. Warna Bunga Butang @ Bachelor Button @ Globe Amaranth ni sangat cantik. Ungu terang yang biasa kita nampak, tapi ada jugak yang berwarna pink, putih, biru dan merah. Tumbuhan ni asal dari negara China dan jugak tumbuh secara liar di Amazon.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bunga Butang @ Bachelor Button @ Globe Amaranth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

APA KHASIAT TEH BUNGA BUTANG NI?

  1. Kelopak Bunga Butang yang halus-halus ni kaya dengan phyto-nutrien, antioksida (anti-radikal bebas) dan vitamin seperti Vitamin A, Vitamin E dan kumpulan vitamin B.
  2. Kaya dengan mineral seperti Germanium, selenium semulajadi, zat besi, zink, kalsium, maganese, potassium, phytosterol, saponoside, allantoises dan beberapa asid amino penting.
  3. Saponosides mempunyai kelebihan dari segi kesihatan untuk menentang tekanan darah tinggi, arhritis, migrain dan radang usus besar atau colitis. Saponosides jugak berkelebihan untuk menurunkan paras kolesterol.
  4. Saponosides pun membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap beberapa kompaun aktif, jadi ia membantu mempercepatkan kesan penyembuhan.
  5. Phytosterol saponosides mempunyai kemampuan untuk membantu keanjalan kulit.
  6. Kelopak kecik Bunga Butang ni kalau diletakkan di bahagian mata boleh membantu untuk menghilangkan eye bag, menghilangkan lebam bawah mata dan mengurangkan kedutan di sekitar mata
  7. Gomphrena pulak membantu melegakan stress, melegakan otot yang tegang dan menghilangkan keletihan
  8. Membantu dalam mendapatkan tidur yang lena dan selesa.. kalau selalu kita tau Chamomile tea jer kan…
  9. Membantu penghadaman
  10. Mengandungi bahan anti-stress dan antioksidan yang membantu untuk kekal awet muda.

Nah!… banyak rupanya khasiat teh Bunga Butang ni… senang pulak tu nak tanam bunga ni kan.. tabur jer benih dia kat atas tanah hidup lah nanti… tak payah nak jaga, nak belai teruk-teruk. Tahan lasak pun yer jugak pokok Bunga Butang ni…

Lepas baca artikel ni mesti ramai pakat-pakat tanam pokok Bunga Butang ni kat rumah kan?… hehee

Ok, ni cara-cara nak buat TEH BUNGA BUTANG:

  • Rendam 5 – 10 kuntum Bunga Butang dalam lebih kurang 3 cawan air panas selama 5 minit (sama cara macam kita rendah serbuk teh biasa)
  • Boleh campurkan madu atau sedikit gula sebagai perasa

Semoga bermanfaat!

Salam Cik Puan Bunga

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kongsi Cerita and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s