10 Vitamin @ Suplemen Penting Untuk Lelaki Dan Perempuan

Wanita atau lelaki, ramai yang rasa dia dah dapat cukup nutrien daripada diet harian… salah sebenarnya. Makanan yang kita makan melalui macam-macam proses yang mengurangkan kandungan nutrien contohnya proses sejuk beku, memasak dan sebagainya.

Nak tau tak kita semua ni sebenarnya kekurangan lebih kurang 10 jenis nutrien penting walaupun kita rasa kita dah ambik makanan terbaik dan diet seimbang.

10 nutrien penting untuk wanita & lelaki adalah:

1. VITAMIN C

Vitamin penting ni bertanggungjawab utk membentuk kolagen, meningkatkan penyerapan zat besi dan memastikan tahap sistem imun yang baik. Vitamin C juga adalah antioksidan, yang membantu tubuh untuk memerangi radikal bebas.

Sesetengah kajian mengatakan vitamin C juga dapat membantu mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan masalah penglihatan.

2. SERAT

Serat larut terdapat dalam kekacang, oatmeal, epal, strawberry, oren, lobak merah; serat ni boleh bantu untuk menurunkan paras kolesterol dan memperlahankan penghadaman jadi boleh seimbangkan kandungan gula dalam darah jugak. Penghadaman yang perlahan ni pun boleh buat kita rasa kenyang lebih lama. Ni memang terbaik la untuk wanita atau lelaki yang nak kawal atau turunkan berat badan tu.

3. MAGNESIUM

Magnesium ni adalah untuk membantu proses metabolisma dan banyak fungsi tubuh yang lain seperti fungsi otot dan saraf, kawalan gula dalam darah, tekanan darah, pembinaan tulang dan lain-lain.

4. VITAMIN E

Vitamin E pulak bertindak sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas dan menyokong sistem imun, memberi kesihatan kepada salur darah dan mengelakkan darah beku.

Vitamin E terbaik perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

5. VITAMIN D

Mengurangkan keradangan, menjaga kesihatan tulang, meningkatkan tahap sistem imun dan membantu melegakan tekanan adalah beberapa fungsi penting vitamin D. Tapi vitamin D ni tak terdapat dalam banyak jenis makanan / minuman kecuali ikan, susu dan jus. Satu lagi cara untuk dapatkan vitamin D ni adalah daripada sinaran cahaya matahari, tapi nanti masalah lain pulak timbul seperti sunburn dan sebagainya.

6. VITAMIN A

Vitamin A ni penting untuk pertumbuhan tulang, penglihatan yang baik, sistem imun, kesuburan dan fungsi jantung yang baik, paru-paru dan organ lain.

7. ZAT BESI

Zat besi ni wajib untuk tubuh kita untuk membentuk hemoglobin dan myoglobin yang membantu untuk membawa oksigen ke paru-paru dan bahagian lain. Zat besi ni jugak adalah sebahagian daripada enzim-enzim yang membantu tubuh untuk menghadam makanan. Kekurangan zat besi selalu sangat terjadi kepada wanita muda dan selalu keletihan adalah salah satu daripada simptom kekurangan zat besi.

8. POTASSIUM

Postassium berfungsi untuk seimbangkan kesan sodium pada tekanan darah dan juga bantu mengurangkan pereputan tulang, risiko batu karang, membina protein dan otot, dan seimbangkan asid dalam tubuh. Seorang atlet atau orang yang selalu work out di gym perlukan potassium yang lebih tinggi sebab banyak berpeluh.

9. ASID FOLIK

Seorang dewasa perlukan lebih kurang 400mcg dan wanita hamil perlukan lebih kurang 600mcg asid folik sehari. Asid folik penting untuk sel darah merah yang sihat. Kekurangan vitamin B dan asid folik bagi wanita hamil boleh beri risiko kecacatan janin

10. OMEGA-3

Omega-3 mampu mengurangkan risiko sakit jantung, mengawal rheumatoid arthritis, tekanan, asthma dan perkembangan otak bagi kanak-kanak. Tubuh kita tak mampu untuk menghasilkan omega-3. Jadi, kita perlu dapatkan omega-3 melalui pemakanan seperti ikan salmon atau bantuan suplemen. Tapi hati-hati bila ambik suplemen omega-3 sebab kebanyakan yang ada di pasaran bukan 100% minyak ikan tulen dan pastikan jugak ia bebas daripada pencemaran merkuri.

Wanita atau lelaki, keperluan nutrien / vitaminnya sama penting jer. Jadi, pastikan semua dapat nutrien yang sepatutnya dan pastikan jugak nutrien tu datang dari sumber yang terbaik, dijamin selamat dan berkesan.

Salam Sihat,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s