6 Tips Kekal Cergas di Bulan Ramadhan Supaya Puasa Tak Lemau Walaupun Dah Petang

Ramadhan… Ada orang bila berpuasa, masuk tengahari jer dah start lemau, takde tenaga, melepek macam dah seminggu tak makan. Ada sesetengah orang pulak energetic, kekal cergas, segar-bugar sampai ke petang macam takde apa-apa pun.

Kenapa agaknya yer?

Ok, puasa yang sihat, cergas dan bertenaga adalah bermula dengan sahur. Kalau sahur kita cun, menu sahur yang sihat & berkhasiat.. maka puasa kita pun takde masalah. Sila lewatkan bersahur jugak yer… ini sangat-sangat membantu untuk kita kekal bertenaga dan cergas sepanjang hari berpuasa.

Kat bawah ni ada beberapa tips yang kita boleh gunapakai untuk kekal cergas di bulan Ramadhan:

  1. Ambil makanan  TINGGI SERAT masa sahur. Ini untuk membantu kita kenyang lebih lama. Sumber terbaik untuk serat adalah sayuran jenis kacang (beans), whole grain (whole-wheat, roti & pasta), beras perang, kekacang, berries, buah pear dan epal, oatmeal dan sayuran hijau
  2. Wajib ambil PROTEIN setiap pagi. Protein melambatkan rasa lapar dan memberi tenaga. Telur, yogurt, kacang, soya, ikan dan daging adalah sumber protein. Tapi jangan berlebihan terutama sekali bila makan sumber protein yang berlemak macam daging.
  3. Makan LEMAK BAIK sebab lemak baik boleh buat kita rasa kenyang lebih lama kalau nak banding dengan makanan bergoreng. Avocado, kekacang, mentega kacang, buah zaitun, minyak zaitun boleh jadi sumber lemak baik. Elakkan makanan bergoreng seboleh mungkin.
  4. Sentiasa makan BUAH-BUAHAN atau SAYURAN masa sahur. Tapi jangan makan ni saja, kena lengkapkan dengan sumber lain jugak.
  5. Makan buah-buahan dan sayuran yang tinggi kandungan air macam tomato, timun, kobis, tembikai dan oren untuk kita kekal hidrat. Elakkan jus yang tinggi kandungan gula sebab gula akan buatkan kita gemok. Pastikan minum 2 gelas air kosong masa sahur.
  6. Cuba untuk SEIMBANGKAN nutrien semasa sahur dengan cara kita gabungkan PROTEIN, SERAT, LEMAK BAIK & AIR. Sekali lagi, jangan sampai berlebihan yer.

Semoga bermanfaat dan dapat membantu kita semua untuk kekal cergas sepanjang tempoh berpuasa di bulan Ramadhan kali ni.

Dapatkan menu sahur paling ringkas, siap dalam masa kurang 5 minit dan menu sahur paling sihat untuk sepanjang Ramadhan nanti.

Salam Ramadhan,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Berpuasa and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to 6 Tips Kekal Cergas di Bulan Ramadhan Supaya Puasa Tak Lemau Walaupun Dah Petang

  1. Pingback: Ramadhan 1436 Hijrah @ 2015: Ramadhan Kedua Berseorangan Tanpa Suami Di Sisi | oH!cANTIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s