Makanan Diet: Makan 6 Kali Sehari Adalah Cara Menguruskan Badan Yang Paling Best

Ramai orang suruh ikat perut kalau nak turunkan berat badan… berlapar.. ada tu sampai sakit sebab makanan disekat dan diet huru-hara..

Salah tau… kalau nak turunkan berat badan… kena MAKAN 6 KALI SEHARI!

Ooopsss… tapi bukan sarapan nasi lemak, minum pagi karipap, tengahari nasi kandaq, minum petang goreng pisang dengan teh tarik dan makan malam sup gear box power… no no noooo…

Abis tu, makanan @ diet yang macam mana sesuai untuk makan 6 kali sehari dan boleh turunkan berat badan? Ni saya share untuk panduan yer..

SARAPAN PAGI

Ambil sarapan yang tinggi protein dan serat termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Jangan berlebihan sebab nanti nak minum pagi pulak. Makan oatmeal dengan pisang, strawberry dan kacang, atau tortilla wrap (macam yang kat KFC tu tapi guna yang jenis wholemeal yer) dengan black bean, putih telur dan buah-buahan & sayur-sayuran.

MINUM PAGI

Ni dikira macam sarapan ke-2, ambil lebih kurang 3 jam lepas sarapan awal pagi. Ambil yogurt, tambah dengan blueberries atau strawberry dan campurkan jugak biji bunga matahari atau wheat germ / sikit cereal untuk seimbangkan diet tu.

MAKAN TENGAHARI

Untuk makan tengahari, boleh la ambil sandwich yang diletakkan dengan kepingan dada ayam (buang kulit), salad, tomato & avocado. Guna roti whole-wheat yer. Kalau nak makan nasi pun boleh… makan nasi 1 mangkuk dengan lauk yang dipanggang atau di masak secara rebus, lebihkan sayur-sayuran hijau dan jangan lupa makan buah-buahan sebelum makan nasi.

MINUM PETANG

Masa ni ambil makanan yang tinggi protein seperti salad yang dicampur dengan kekacang bersama Italian dressing tanpa lemak. Boleh jugak makan segenggam kacang badam yang dipanggang tanpa garam atau minuman shake protein seperti Cinch Shake Shaklee

MAKAN MALAM

Pastikan menu yang sihat dan penuh dengan vitamin contohnya ikan salmon kukus (boleh gunakan perahan lemon sebagai penambah perisa), nasi daripada beras perang, sayur brokoli. Gunakan minyak zaitun untuk memasak. Elakkan makan berlebihan sebab nanti ada lagi menu untuk supper dan kalau boleh, ambik makan malam sebelum pukul 8.00mlm atau sebaik-baiknya makan antara pukul 6.00ptg – 7.00mlm

SUPPER

Untuk supper pulak menu yang paling sesuai adalah macam smoothies daripada buah-buahan segar. Bekukan dah awal-awal buah-buahan seperti strawberry, pisang & blueberry lepas tu kisar jadikan smoothies. Sluurrrppp!

Ada yang tengah cari cara nak menguruskan badan atau makanan @ diet yang sesuai untuk elakkan daripada terus gemok?

Harap-harap dah jumpa dah jawapannya yer… tapi of course perlukan sikit pengorbanan. Kena korbankan rasa nak makan nasi lemak untuk sarapan pagi, kena korbankan tekak yang dok mintak nasi kandaq setiap hari tu.

PERINGATAN

Sila dapatkan nasihat doktor sebelum anda ubah diet anda terutamanya untuk yang ada penyakit kencing manis. Jangan ubah diet atau cara pemakanan anda secara drastik yer… mulakan secara berperingkat.. go slow and steady.

TIPS

Kawal jumlah makanan yang diambil sebab anda akan makan 6 kali sehari… kalau tak kawal nanti diet kelaut laa.. Wajib jugak minum air kosong minimum 2 liter sehari.

MAKANAN YANG DISYORKAN (ini cuma secara ringkas jer yer)

  1. Oatmeal
  2. Pisang
  3. Strawberry
  4. Kekacang
  5. Yogurt
  6. Blueberry
  7. Biji bunga matahari
  8. Roti whole-wheat
  9. Dada ayam
  10. Lettuce (salad)
  11. Tomato
  12. Avocado
  13. Salad (macam-macam jenis ni)
  14. Celery
  15. Lobak merah
  16. Brokoli
  17. Italian dressing tanpa lemak
  18. Ikan Salmon
  19. Beras perang
  20. Lemon
  21. Minyak Zaitun

Ok, tu dia untuk shopping list. So lepas ni makanan ringan, coke, coklat, fast food semua tu kena keluarkanlah daripada shopping list yer.

Kalau yang jenis susah sangat nak turunkan berat badan tu, eloklah dapatkan bantuan suplemen / vitamin jugak.

Vitamin dan mineral adalah untuk membetulkan fungsi badan yang berfungsi bukan pada tahap yang betul or kurang effective. Macam factory default setting dalam handphone kita.. Bila tekan button reset tu all setting will set to factory setting. Macam badan kita bila mengamalkan pengambilan supplement, setiap sel mula kembali menjalankan fungsi asalnya dengan baik.

Kesannya sel, tissue, organ dan seterusnya sistem yg menjalankan fungsi yg baik. Dapat melakukan process pencernaan degan baik, serapan nutrient degan baik..meningkatkan metabolisme ..pembakaran kalori yang lebih effektif and so on… Jadi tubuh akan berada dalam keadaan yg ideal..

Kalau selama ni, makan tetapi banyak yang disimpan, tidak diproses dengan betul, tidak dijana menjadi tenaga, tidak dibuang yang berlebihan. Ini semua akan dibetulkan dengan bantuan vitamin.

Vitamin takde kalori..jadi pengambilan vitamin tak akan menggemukkan..

Dapatkan KONSULTASI EKSKLUSIF untuk pengurusan berat badan secara PERCUMA daripada saya dengan setiap pembelian SET SHAPE UP SHAKLEE.

Salam Slim,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengurusan Berat Badan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s