Website Al Quran Dan Terjemahan Bahasa Melayu Ni Sangat Tersusun Dan User Friendly

Iqra’… bacalah… ayat Al Quran pertama yang diturunkan yang menuntut kita semua untuk membaca & mengkaji isi kandungan Al Quran termasuklah terjemahannya..

quran-2

Saya bukan ilmuan, bukan pendakwah bertauliah…. saya zahirkan perkongsian ni sebagai peringatan untuk diri sendiri yang masih banyak ketinggalan… saya abadikan topik ni dalam blog saya supaya ia tak hilang dan saya atau sesiapa saja yang singgah di blog saya ni sikit sebanyak dapat manfaat. InsyaAllah…

Saya yakin ramai yang pandai baca Al Quran, khatam berkali-kali… Tahniah!… Syukur Alhamdulillah… seronok kan bila kita dapat baca surat cinta dari Allah ni… dan lebih seronok kalau kita betul-betul faham isi kandungan surat cinta tersebut.

Sebagai orang Melayu (macam saya), kita mungkin susah untuk faham kalau setakat baca Al Quran yang dalam bahasa Arab saja kan?…. melainkan kalau kita memang fasih berbahasa Arablah…

Sebab tu, kalau saya lebih suka baca yang ada terjemahan dalam Bahasa Melayu… lebih mudah nak faham. Selain daripada ada Al Quran yang ada terjemahan Bahasa Melayu, saya jugak suka refer kat website www.surah.my kalau nak cari terjemahan surah-surah tertentu sebab senang sangat nak search kat situ… boleh terus taip surah apa dan ayat ke-berapa yang kita nak cari.

surah

Senang kan, boleh surf dan baca bila-bila jer… easy & on the go!

Lagi satu kita boleh jugak download kat mobile app kan? banyak kelebihannya teknologi ni kalau kita bijak gunakan.

So, boleh la kalau nak refer kat website tadi untuk cari terjemahan Al Quran dalam Bahasa Melayu yang sangat mudah dan user friendly.

Semoga bermanfaat.

Salam Ukhwah,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kongsi Cerita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a comment