Bukan Saja Cara Menghilangkan Jerawat Tapi Vitamin E Ada 1001 Kelebihan

Kenapa vitamin E ni penting sangat yer? Apa agaknya fungsi vitamin E dalam kesihatan kita? Secara ringkasnya, kalau kita nak kulit cantik, bebas parut, menghilangkan jerawat, awet muda termasuklah menjauhkan diri daripada risiko kanser, maka caranya kita kenalah ambik vitamin E yang betul.

Meh kita tengok antara fungsi dan kelebihan vitamin E…

PENGAWAL ATUR KEPADA VITAMIN A

Manfaat vitamin E untuk kesihatan kulit termasuklah kemampuan untuk mengawal atur vitamin A di dalam tubuh, yang merupakan vitamin penting untuk kesihatan kulit.

VITAMIN E SEBAGAI ANTI-PENUAAN

Vitamin E ditambah ke dalam losyen, krim dan pelbagai produk penjagaan kulit dan ia juga turut diambil secara oral; memainkan peranan penting dalam anti-penuaan kulit. Ia membantu kulit untuk kelihatan lebih muda dengan menghilangkang / mengurangkan garis halus dan kedutan.

Antioksidan yang terkandung dalam vitamin E juga bertindak untuk melawan serangan radikal bebas yang menjadi punca utama penuaan dan masalah kesihatan lain.

PELINDUNGAN DARIPADA MATAHARI DAN PERAWATAN SUNBURN

Losyen yang mengandungi vitamin E boleh membantu memperbaiki kesan sunburn. Losyen ini melindungi lapisan epidermis kulit daripada peringkat awal kerosakan akibat pancaran sinaran UV.

Vitamin E juga meningkatkan keberkesanan losyen atau krim pelindung matahari, tetapi losyen ini tidaklah bertindak serta-merta. Ia mesti disapu 20 minit sebelum anda melakukan aktiviti luar untuk membuatkan vitamin E menyerap ke bahagian lapisan epidermis kulit.

UNTUK PENYAKIT KULIT

Vitamin E boleh membantu dalam pelbagai penyakit dan permasalahan kulit seperti psoriasis, erythema (keradangan kulit yang menyebabkan kemerah-merahan, kesakitan dan ketulan lembut)

PARUT

Ini adalah salah satu daripada manfaat vitamin E yang menjadi kontroversi tetapi ia ternyata berkesan dalam memudarkan parut melalui pengalaman ramai individu yang telah mengamalkan pengambilan vitamin E secara konsisten. Ini mungkin kerana sifat antioksidannya yang baik.

MANFAAT VITAMIN E TERHADAP KANSER KULIT

Kerana kualitinya dalam sebagai pelindung daripada sinaran UV dan sudah tentu juga kerana sifat antioksidannya yang sangat kuat yang membantu mengurangkan kesan kerosakan kulit akibat pancaran sinaran cahaya matahari.

MANFAAT LAIN VITAMIN E

Terdapat banyak manfaat vitamin E untuk kesihatan dan kecantikan kulit:

  • Vitamin E membantu mengurangkan kesan regangan (stretch marks) – ini memang biasa dialami oleh ibu-ibu yang pernah hamil atau individu yang mengalami pertambahan berat badan
  • Vitamin E membantu mencegah pembentukan bintik penuaan / jeragat / pigmentasi
  • Vitamin E membantu keseimbangan kandungan minyak pada kulit semasa proses mencuci
  • Vitamin E mengurangkan kehilangan air / lembapan transepidermal daripada kulit dan menguatkan fungsi pertahanan kulit

Vitamin E juga turut membantu dalam kesihatan bahagian tubuh yang lain seperti jantung, memperbaiki sistem reproduktif lelaki, meningkatkan keanjalan salur darah dan sebagainya.

MENGAPA VITAMIN E PENTING UNTUK KESIHATAN?

Terdapat banyak manfaat vitamin E kepada kesihatan tubuh manusia. Beberapa kajian awal menunjukkan pengambilan vitamin E mengikut dos yang disyorkan secara konsisten setiap hari memberi manfaat kepada penyakit / permasalahan seperti:

  • PMS / kesakitan semasa haid
  • Kiraan sperma rendah
  • Keradangan tisu mata
  • Katarak
  • Kekejangan otot kaki
  • Alzheimer / nyanyuk
  • Parkinson
  • Rheumathoid arthritis / sakit sendi
  • Asthma
  • Pelbagai komplikasi berkaitan kencing manis
  • Kesihatan kardiovaskular
  • Kanser prostat
  • Kanser payudara

Vitamin E juga membantu menggalakkan pengaliran darah yang baik, menghalang darah beku terutamanya bagi individu yang menghidap kencing manis.

Banyak kan kelebihan vitamin E ni?

Cukup kot sebab-sebab untuk kita semua amalkan pengambilan vitamin E setiap hari?. Dan pastikan jugak vitamin E yang ktia ambik tu lengkap dengan selenium macam vitamin E Sahklee untuk penyerapan dan fungsi yang lebih efisien. Vitamin E tanpa selenium pun tak guna jugak sebab lama-lama boleh menyebabkan ia menjadi toksik.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk pembelian dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Ketahui jugak cara-cara untuk anda dapatkan produk Shaklee pada harga diskaun hampir 20%!

Salam Cantik & Sihat,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kulit Sihat & Cantik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s