Ketulan Pada Payudara @ Breast Lump & Adakah Itu Tanda Kanser Payudara?

KETULAN PADA PAYUDARA @ BREAST LUMPS = TANDA KANSER?

Agak mudah sebenarnya nak check ketulan pada payudara ni tapi kalau tak pasti macam mana caranya, pergilah berjumpa doktor. Bagi orang perempuan, jumpa doktor selepas 2 minggu period sebab masa ni hormon lebih stabil. Jangan risau, pemeriksaan tu tak menyakitkan pun.

Doktor akan buat pemeriksaan secara fizikal atau perlu mereka akan buat ultrasound jugak.

Ok, jom baca sikit fakta tentang breast lumps (ketulan pada payudara) yang kita semua patut tahu.

8 MITOS DAN FAKTA

Bila terasa macam ada ketulan (lump) pada payudara, memang kita akan risau tapi tak perlu terus buat andaian. Apa yang kita boleh buat ialah, pergi jumpa doktor dan buat pemeriksaan.

Pastikan kita tak terpedaya dengan 8 mitos tentang ketulan (lump) pada payudara ni.

Mitos 1: Ketulan pada payudara adalah kanser – Kebanyakan ketulan (lump) pada payudara yang dialami oleh wanita 8 daripada 10 kes adalah bukan kanser. Ia lebih dikenali sebagai cyst atau fibroadenoma (ketumbuhan bukan kanser). Sesetengah lump terjadi semasa kitaran kesuburan.

Mitos 2: Kalau ada lump dan keputusan ujian mammogram adalah normal, maknanya dah settle – Selain mammogram, ujian lain seperti MRI, ultrasound dan follow up mammogram masih perlu dibuat untuk betul-betul dapatkan kepastian tentang ketulan (lump) tersebut. Biopsy juga mungkin perlu dibuat di mana doktor akan mengambil sample ketulan (lump) untuk diuji. Pemeriksaan ulangan yang kerap juga mungkin perlu.

Mitos 3: Ketulan (lump) kanser biasanya tidak menyakitkan – Tak semestinya. Kesakitan pada payudara tak semestinya bukan kanser walaupun kanser payudara selalunya tak menyakitkan. Radang kanser payudara, yang mana simptom awalnya seperti bengkak kemerahan, payudara menjadi keras dan panas – boleh menjadi sakit bila terjadinya lump.

Mitos 4: Kalau terjumpa ketulan (lump) semasa breastfeeding maknanya itu bukan kanser – Walaupun orang yang breastfeeding risikonya sangat rendah untuk mendapat kanser payudara, ia tetap masih boleh terjadi. Kalau terperasan ada ketulan pada payudara semasa breastfeeding, tolong jangan abaikan. Sila dapatkan ujian ultrasound untuk kepastian.

Mitos 5: Breast lump pada orang muda adalah bukan kanser – Tak jugak yer. Tak kisahlah berapa pun umur seseorang tu, mesti kena buat pemeriksaan doktor kalau ada breast lump. Walaupun biasanya hanya wanita yang dah menopause atau yang berumur 50 tahun keatas saja yang ada masalah ni, lump boleh jadi kanser walaupun pada wanita muda.

Mitos 6: Ketulan (lump) yang kecil adalah bukan kanser berbanding ketulan (lump) yang besar – Breast lump boleh terjadi dalam pelbagai saiz dan saiz tak menentukan samada ia kanser atau tak. Bila-bila saja ada mengesan ketulan (lump) tak kiralah saiznya besar atau kecil, pemeriksaan doktor adalah perlu. Ketulan (lump) kecil pun boleh jadi kanser.

Mitos 7: Ketulan (lump) yang dikesan selepas mammogram boleh tunggu setahun lagi untuk buat ujian – Pergi berjumpa semula dengan doktor kalau tiba-tiba ada mengesan ketulan (lump) walaupun baru lepas buat mammogram dan keputusannya adalah normal. Mammogram juga boleh termiss sesetengah kanser lebih-lebih lagi kalau tisu payudara kita padat atau lokasi ketulan tersebut berada dibahagian ketiak.

Mitos 8: Breast lump tidak merbahaya kalau tiada sejarah keluarga yang ada kanser – Ramai yang berfikir mereka tiada risiko untuk mendapat kanser kalau mereka tiada sejarah keluarga yang ada kanser. Tapi itu tak benar. Kurang 15% wanita yang mendapat kanser payudara ada sejarah keluarga yang berpenyakit kanser jugak. Dapatkan pemeriksaan doktor kalau ada breast lump walaupun anda takde sejarah keluarga yang ada kanser.

Pengalaman peribadi saya yang mengalami masalah breast lump @ cysts ni, saya amalkan pengambilan GLA Complex untuk seimbangkan hormon dan ESP untuk pudarkan parut pembedahan. Memang berkesan!

Parut pembedahan saya jadi licin & sama rata dengan kulit asal.

Nak jugak pudarkan parut?… tak kisahlah parut apa pun, bekas jerawat ke, bekas luka ke… ambiklah ESP!… sedap, berkhasiat & membantu untuk dapatkan kembali kulit yang cantik.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk PEMBELIAN dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sihat,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Ketulan Pada Payudara @ Breast Lump & Adakah Itu Tanda Kanser Payudara?

  1. Nurul says:

    Kena prihatin dengan perubahan diri dan ambil masa untuk diri sendiri. Jumpa doktor untuk pengesahan.

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s