Ramadhan 1436 Hijrah @ 2015: Ramadhan Kedua Berseorangan Tanpa Suami Di Sisi

Syukur Alhamdulillah, saya dipanjangkan umur dan diberi rezeki oleh Allah s.w.t untuk bertemu Ramadhan tahun ni…. happy tak terkata… nikmat terbesar yang patut disyukuri.

Dah biasa hidup diperantauan, membuatkan saya jugak dah biasa berpuasa berseorangan. Masa masih single dulu lainlah kisahnya… memang dah tentu kena hidup sorang-sorang.. tapi, bila dah berkahwin, rezeki saya masih sama… masih berseorangan sebab PJJ dengan suami.

Saya di selatan, suami di utara… lebih 600km jarak kami. Takkan nak berulang balik seminggu sekali kan… badan penat, poket pun penat… jadi, hanya dapat berjumpa kadang tu cuma sebulan atau dua bulan sekali…

Bila tiba jer bulan Ramadhan, tak dapat dibayangkan betapa sunyinya rasa… adakalanya berbuka puasa berteman air mata… sob sobs…

Ini Ramadhan ke-2 kami berjauhan…

Seronok jer tengok orang lain bercerita apa nak masak untuk berbuka @ bersahur untuk suami, untuk family… tapi saya mampu tengok jer lah… nak masak untuk siapa?… berbuka puasa sorang-sorang selera pun takde… cukup sekadar ada makanan untuk mengisi perut yang dah seharian kosong.

Tapi yang paling sedih bila terfikirkan apalah suami aku makan untuk berbuka @ bersahur…. kesian, walaupun dah ada isteri tapi hidup tetap macam orang bujang… makan minum tak terjaga…. (I’m sorry Papa)…

Maybe ada yang tertanya-tanya… kenapa tak tinggal bersama jer?…

Biar saya jawab… “hati ni meronta-ronta nak… tapi Allah belum izinkan”

Ada jugak yang bercakap “buat apa kahwin kalau tinggal asing-asing?”

Biar saya jawab “perlukah jodoh & ketentuan Allah dipersoalkan?”

Sape yang tak nak tinggal bersama, hidup macam pasangan suami isteri yang lain… uruskan rumahtangga dengan sempurna kan?….

Mudah-mudahan rezeki PJJ ni tak lama… “sesungguhnya Allah takkan menguji melebihi kemampuan hambaNya”.

Semoga Ramadhan kali ni membawa sinar yang indah, menjadikan kita hambaNya yang lebih bertakwa.

Usaha, doa & tawakkal takkan pernah putus selagi ada nyawa & kudrat. Doakan semoga saya berjaya mendapat peluang untuk pulang ke utara dan tinggal bersama suami. Kalau dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan 1437h @ 2016, semoga ia jadi Ramadhan pertama saya & suami berpuasa bersama.

Saya takkan give up kerana Allah ada.

InsyAllah.

Dapatkan tips kekal bertenaga semasa berpuasa & resipi ringkas menu sihat untuk bersahur.

Salam Ramadhan 1436h @ 2015,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kongsi Cerita and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s