Berapakah Kiraan Degupan Jantung Normal Seorang Dewasa Yang Semua Orang Wajib Ambil Tahu

Jantung berdegup kencang, lebih laju dari biasa, rasa berdebar-debar…  atau tiba-tiba saja jadi sesak nafas dan jantung terasa lemah tanpa sebarang sebab. Takut tak?… takut la kann..

Jantung ni ibarat ’enjin’ yang berfungsi untuk ’menghidupkan’ kita. Kalau enjin ni mati, makanya matilah tuan empunya diri jugak. Sebab tu sangatlah penting untuk kita menjaga kesihatan jantung.

Banyak kematian berpunca daripada masalah jantung dan yang paling popular adalah heart attack atau serangan jantung, sudden death (mati mengejut) dimana jantung tiba-tiba saja berhenti berdegup walau tuan empunya diri pada zahirnya nampak sihat.

Mesti biasa dengar kan kes-kes macam tu? Orang-orang disekeliling saya pun terlibat termasuklah arwah mak saya. Dia tiba-tiba koma sedangkan malam sebelumnya masih nampak elok. Doktor kata, arwah mak kena heart attack masa tidur.

Salah satu punca paling jahat yang memberi masalah kepada jantung pulak adalah KOLESTEROL!

Ok, saya bukan nak cerita tentang heart attack ataupun kolesterol saya nak kongsikan cara macam mana nak tau dan kira degupan jantung normal seorang dewasa.

Tau tak berapa jumlah degupan jantung yang normal bagi seorang dewasa dalam keadaan biasa?

Kenapa penting kita kena tau tentang ni? Sebab bila kita rasa lain macam atau tiba-tiba rasa degupan jantung jadi cepat atau lambat tanpa punca yang jelas, lebih baiklah berhati-hati dan dapatkan rawatan doktor dengan segera.

Ingat yer, jantung ni ’enjin’ kita. Kalau enjin kong.. abislah

DEGUP JANTUNG NORMAL BAGI SEORANG DEWASA

Degup jantung bagi seorang dewasa dalam keadaan normal (tanpa sebarang aktiviti berat seperti berlari atau bersenam) adalah dalam lingkungan 60 hingga 100 beat seminit.

Secara umumnya, degup jantung yang rendah dalam keadaan berehat menjadikan jantung berfungsi dengan lebih efisien dan memberikan kesihatan kardiovaskular yang baik. Sebagai contoh, ahli sukan terlatih mungkin mempunyai degupan jantung sebanyak 40 beat seminit dalam keadaan rehat.

Untuk mengukur kadar degupan jantung, kita boleh periksa melalui denyutan nadi samada di leher atau di pergelangan tangan.

20131004-142801

Dua Cara Untuk Mengira Denyutan Nadi Yang Boleh Dilakukan Sendiri

Kira jumlah denyutan nadi dalam tempoh 15 saat kemudian kalikan dengan 4 bagi mendapatkan jumlah denyutan untuk seminit.

Ambil perhatian bahawa banyak faktor yang mempengaruhi jumlah degupan jantung kita termasuklah:

  • Tahap aktiviti
  • Tahap kesihatan
  • Suhu udara
  • Kedudukan badan (berdiri, berbaring atau duduk dan sebagainya)
  • Emosi
  • Saiz badan
  • Perubatan

Sila dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor sekiranya degupan jantung waktu berehat anda secara konsisten berada pada lebih 100 beat seminit (tachycardia) atau berada di bawah 60 beat seminit (bradycardia) – terutama sekali jika terdapat simptom-simptom seperti pengsan, pening atau sesak nafas.

Amalkan diet sihat yang seimbang dan sokong kesihatan melalui pengambilan suplemen yang betul terutamanya kesihatan jantung.

Jangan tunggu sampai jantung dah mula lemah baru nak bertindak…. sebab itu mungkin dah terlalu lambat.

Salam Sihat,

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat, Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Berapakah Kiraan Degupan Jantung Normal Seorang Dewasa Yang Semua Orang Wajib Ambil Tahu

  1. Aisyah says:

    Sy baru cek pulse rate siang tadi klinik kesihatan. Dan keputusan menunjukkan pulse rate saya dalam keadaan rehat(duduk) melebihi 100 per minit iatu 122beats/minute. Sekarang sy mengalami simptom pening, kepala berdenyut-denyut dan berpeluh walhal saya tidak rasa panas @sejuk. Sy pernah buat jalani ECG dua thun lepas dan ALHAMDULILLAH keputusan baik.
    Apa faktor yg menyebabkan kadar denyut nadi saya tinggi?

    Like

    • ohcantik says:

      Ada buat test untuk tiroid? hyperthyroid adalah salah satu punca kepada degup jantung yang laju (melebihi kiraan normal) walau dalam keadaan rehat. Ujian darah perlukan dilakukan untuk pastikan hal ini…

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s