MLM: Perniagaan Yang Menguntungkan Tapi Jangan Abaikan Halal Haramnya Hanya Kerana Kejarkan Duit

Jutawan segera! Easy money!… join hari ni, esok dah boleh dapat income 4 angka… tak perlu jual apa-apa produk, tak perlu cari orang, tak perlu buat apa-apa… duduk rumah goyang kaki dan tunggu jer duit masuk berkepuk-kepuk dalam akaun. ‘Perniagaan’ yang sangat menguntungkan kononnya.

LOGIK TAK?

Dek kerana orang fikir boleh dapat duit segera atau jadi jutawan segera dengan perniagaan MLM, maka ramailah yang mudah gelap mata dan banyak pulak syarikat yang ntah dari mana asal usulnya tumbuh macam cendawan lepas hujan dengan memperkenalkan konon-kononnya bisnes MLM & skim cepat kaya yang menguntungkan.

Tekanan ekonomi zaman sekarang ‘memaksa’ ramai orang yang kesempitan untuk terjebak dengan sistem MLM yang kotor ni. Ramai yang terpaksa bergadai, membuat loan, meminjam dari ahlong sebab nak buat modal perniagaan yang kononnya boleh buat jadi jutawan segera.

JANGAN!

Jangan mudah sangat terpedaya sebab sepatutnya dengan kecanggihan teknologi yang ada sekarang banyak sumber yang boleh kita rujuk untuk kaji sejauh mana sesuatu tawaran tu sahih atau tak. Check betul-betul samada perniagaan tu menguntungkan atau tak.

MLM pun ada yang punya sistem yang telus & Halal dan tak kurang jugak yang ada muslihat terselindung serta Haram hukumnya.

Macam mana nak tau yang MLM tu Halal atau Haram?

Ia HARAM jika:

Ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya.

Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentu Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perniagaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian.

Si ahli bukannya ingin membeli produk, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan.

Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi no 15/192-193.

CIRI-CIRI YANG PERLU ADA DALAM BISNES MLM & KENAPA SHAKLEE JADI PILIHAN

  1. Produk yang dijual adalah jelas tujuannya
  2. Produknya bukan emas & perak
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjualan dan ahli dibawahnya adalah jelas
  4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja
  5. Ahli tidak diwajibkan membuat pembelian sendiri di dalam jumlah / pakej tertentu
  6. ‘Upline’ tidak menaruh usaha atas jualan orang bawahannya (downline)
  7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
  8. Mempunyai sistem komisyen dan bonus yang telus dan mudah difahami
  9. Penstrukturan plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahanya adalah secara musyarakah

why MLM shaklee

Jadi, sesiapa saja yang join jadi ahli Shaklee dan buat bisnes Shaklee langsung tak perlu risau sebab ia mematuhi syarat-syarat Halal bisnes MLM seperti yang disebutkan di atas tadi dan ia memang perniagaan yang menguntungkan kalau dibuat secara bersungguh-sungguh.

Tak perlu ragu-ragu dah. Rezeki yang kita dapat haruslah berkat & yang penting sekali Halal. Bukan kerana gelap mata dengan duit sampai diabaikan Halal & Haramnya.

Semoga perkongsian ni dapat beri sedikit panduan & informasi kepada yang sudi membacanya dan tahu perniagaan MLM yang mana harus dipilih. Perniagaan yang menguntungkan & Halal.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengedar Shaklee & Biz Shaklee and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to MLM: Perniagaan Yang Menguntungkan Tapi Jangan Abaikan Halal Haramnya Hanya Kerana Kejarkan Duit

  1. Pingback: Jangan Terjerat Dengan Perniagaan MLM Menipu & Jom Ambil Tahu Sistem Perniagaan MLM Yang Sebenar | oH!cANTIK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s