Dari Perspektif Islam: Menjaga Kesihatan Adalah Satu Ibadah

Menjaga kesihatan itu ibadah.

Menjaga kesihatan adalah sebahagian daripada syariat Islam. Menjaga kesihatan tubuh badan, menjaga diet adalah tuntutan Islam, supaya perjalanan urusan hidup kita lebih lancar dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Setuju atau tidak?

Islam adalah agama yang amat mementingkan kesihatan. Islam mendidik umatnya supaya suka kepada penjagaan kesihatan, sesuai dengan naluri manusia yang memang inginkan hidup yang sihat.

Secara asasnya, kesihatan adalah berpunca daripada kebersihan. Sebab tu orang Islam sentiasa disuruh untuk berada dalam keadaan suci dan bersih terutamanya semasa beribadat kepada Allah.

Keadaan bersih dan sihat adalah dikira sebagai satu nikmat daripada Allah dan kita sebagai manusia seharusnya sentiasa bersyukur. Firman Allah dalam ayat 6 surah Al-Baqarah yang bermaksud:

“Allah tidak menjadikan kamu menanggung kesusahan (kesukaran), tetapi Dia mahu membersihkan (menyucikan) kamu dan Dia hendak menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu agar kamu bersyukur”

Nabi Muhammad S.A.W sendiri menjadi contoh terrbaik dan ikutan seluruh umat Islam. Baginda sangat menjaga kesihatan tubuh badan dan lain-lain serta menggalakkan amalan kebersihan seperti yang pernah dinyatakan oleh Baginda S.A.W didalam hadisnya yang bermaksud:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman”

Rasulullah S.A.W mengaitkan kebersihan dengan keimanan. Oleh itu, sangat jelas bahawa kebersihan itu amat penting dalam kehidupan manusia khususnya umat Islam. Banyak lagi pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah S.A.W kepada umatnya termasuk aspek kebersihan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga makanan.

happy-muslim-family

Begitulah Islam mendidik dan membentuk peribadi Muslim yang baik dan terpuji akhlaknya. Allah Maha Mengetahui keperluan hamba-hamba-Nya, sebab tu lah terdapat banyak bimbingan dan asuhan akhlak di dalam al-Quran dan hadis Nabi SAW yang perlu kita kaji dan jadikan panduan hidup.

Ikut saja ajaran Islam yang sebenarnya.. pasti hidup akan sentiasa selamat dan sihat sejahtera di dunia dan akhirat.

InsyaAllah.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kongsi Cerita and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s