Penyakit Rheumatoid Arthritis Boleh Menyerang Sesiapa Saja Dan Ini Penawarnya

Rheumatoid Arthritis (RA) ni adalah sejenis penyakit kronik jangkamasa panjang. Simptom-simptom rheumatoid arthritis ni pulak jenis boleh sekejap ada sekejap hilang dan ianya berbeza bagi setiap orang. Sesetengah orang simptom tu lama hilang atau berkurangan, jadi penyakit rheumatoid arthritis mereka ni jadi tak aktif. Tapi bagi sesetengah orang lain pulak simptom-simptom tu boleh jadi berkali-kali dalam masa sebulan atau dalam satu tempoh yang agak panjang.

Walaupun rheumatoid arthritis boleh melibatkan beberapa bahagian badan yang lain, sendi biasanya yang paling terkesan. Bila penyakit ni menyerang, keradangan akan berlaku kepada sendi. Keradangan adalah tindakbalas semulajadi tubuh kepada jangkitan atau ancaman penyakit, tapi keradangan rheumatoid arthritis terjadi dengan tak semena-mena dan tanpa sebab musabab pun… tau-tau kena serang jer terus… bahaya kan?

RHEUMATOID ARTHRITIS DAN KERADANGAN SENDI

Keradangan sendi adalah ciri-ciri penyakit rheumatoid arthritis. Ia termasuklah:

  • Sendi kaku (stiffness)
  • Sendi bengkak (swelling)
  • Sendi sakit
  • Kemerahan & rasa panas

Sendi yang mana biasanya diserang rheumatoid arthritis ni? Jawapannya: sendi tangan, walapun sendi lain juga boleh diserang oleh rheumatoid arthritis seperti lutut, pergelangan tangan, leher, bahu, siku, kaki, pinggul dan tak mustahil jugak pada rahang.

manage_rheumatoid_arthritis_b

Rheumatoid arthritis mengikut tahap keseriusan

SIMPTOM RHEUMATOID ARTHRITIS YANG MEMBERI KESAN KEPADA KESELURUHAN TUBUH

Rheumatoid arthritis boleh beri kesan kepada banyak bahagian tubuh kita. Kesan ni adalah hasil daripada proses keradangan antaranya:

  • Keletihan
  • Dedar (badan rasa tak sihat jer)
  • Hilang selera makan, yang boleh menyebabkan kehilangan berat badan
  • Kesakitan otot (lenguh)

Perasan tak yang kesan-kesan ni rasa dia lebih kurang macam kita tengah selsema?

Rheumatoid arthritis pun boleh menyerang bahagian tubuh kita yang lain.

Rheumatoid nodules – macam ketulan di bawah lapisan kulit yang biasanya jadi pada siku atau sendi lain. Kadang-kadang boleh jadi menyakitkan.

rheumatoid-nodules-sites1

photo-1-255x300

Rheumatoid nodules

Melibatkan paru-paru, samada sebab kerosakan pada paru-paru atau keradangan yang jadi kat lapisan (lining) di sekitar paru-paru; biasa terjadi tapi kadang-kadang takde pun simptom ni. Boleh menyebabkan sesak nafas.

Rheumatoid arthritis jugak boleh beri kesan kepada joint dalam peti suara kita (larynx – cricoarytenoid joint) yang menyebabkan suara jadi serak.

Rheumatoid arthritis boleh menyebabkan keradangan pada lapisan di sekeliling jantung. Kesannya seseorang tu akan sesak nafas, sakit dada dan yang paling teruk sekali adalah arteri tersumbat yang boleh membawa kepada serangan jantung… errkk!

Kurang daripada 5% orang yang diserang rheumatoid arthritis ni dapat masalah mata contohnya mata jadi merah, sakit dan kering.

Rheumatoid arthritis boleh dirawat dengan beberapa kaedah seperti pengambilan ubat-ubatan, suntikan, senaman untuk sendi (jangan pandai-pandai buat sendiri tau, ni mesti dapatkan nasihat pakar atau rheumatologist / physician bertauliah), rehat yang betul dan juga pembedahan.

Amalkan pemakanan yang boleh mengurangkan keradangan seperti ikan, minyak zaitun, buah-buahan & sayuran yang tinggi vitamin C dan kaya dengan antioksidan, bijirin penuh (whole grain).

Dapatkan jugak antioksidan terbaik untuk melegakan keradangan sebab keradangan ni adalah disebabkan oleh serangan radikal bebas, antioksidan pulak berfungsi untuk menghalang serangan radikal bebas ni. Jadi, untuk memperbaiki keadaaan, kita kenalah go to the root of the problem.

SUPLEMEN DAN HERBA TERBAIK UNTUK RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Asid lemak Omega-3: Asid lemak omega-3 adalah anti-radang yang boleh didapati dalam produk seperti minyak ikan. Minyak ikan dihasilkan daripada ikan beriklim sejuk seperti salmon dan tuna. Kajian menunjukkan penyakit keradangan kronik boleh berkurangan dan sendi kaku semakin membaik dengan pengambilan omega-3.

Tapi, pengambilan minyak ikan ni harus berpada-pada dan wajib ikut sukatan yang betul sebab kalau ambil berlebihan atau diambil secara tak teratur bersama ubatan lain nanti mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti pendarahan, cirit-birit dan kembung perut. Pastikan jugak minyak ikan (omega-3) yang kita ambil tu tak mengandungi merkuri…

Minyak borage: Minyak borage boleh mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku, menurut Robert Zurier, MD, professor perubatan bahagian rheumatology di University of Massachusetts Medical School.

Ekstrak teh hijau, kunyit, quercertin, halia, white willow bark, boswellia: Ini adalah antara ajen anti-radang yang sangat baik.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK RHEUMATOID ARTHRITISRAVivix – antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas yang menyebabkan keradangan dan memperbaiki sel pada tahap DNA – satu-satunya suplemen seumpamanya di dunia yang dijamin SELAMAT & BERKESAN

Omega Guard – sumber asid lemak omega-3 tulen yang bebas merkuri untuk anti-radang

GLA Complex – sumber minyak pati minyak borage untuk mengurangkan bengkak dan melembutkan sendi yang kaku

Advance Joint Health Tablet (AJHT) – mengandungi ekstrak boswellia untuk keselesaan sendi dan anti-radang semulajadi

Legakan ketidakselesaan dan kesakitan sendi dan elakkan diri daripada rheumatoid arthritis dengan pengambilan suplemen yang betul.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sihat,

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kesihatan Sendi, Tulang & Saraf and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s