Bahaya Sinar Matahari (UV) Kepada Kulit

RISIKO PENYAKIT KANSER KULIT

Kulit adalah selaput luar tubuh (semua pun tau kan.. hehee). Ia berperanan melindungi kita daripada panas matahari, cahaya, luka dan jangkitan. Ia turut mengawal suhu tubuh dan menyimpan air, lemak dan vitamin D. Dengan beratnya yang beranggaran 2.73kg atau sekitar 6 paun, kulit adalah organ tubuh paling besar. Oleh itu, penjagaan kulit sangat penting bagi menjamin kesihatan.

Bagaimana cara untuk menjaga kulit sebaiknya?

 

Apa yang pasti, menjauhi cahaya @ sinar matahari dalam tempoh masa yang lama mampu membantu anda.

Sesiapa saja boleh mendapat kanser kulit, tetapi risikonya lebih tinggi bagi mereka yang berkulit cerah dan faktornya juga dipengaruhi oleh tempat tinggal atau kekerapan pendedahan kepada sinar matahari. Sel kanser kulit lebih aktif di kalangan individu yang berkulit cerah berbanding mereka yang berkulit gelap kerana pigmen melanin kulit yang berbeza menjadi penghalang kepada serapan cahaya matahari.

Bermula dengan ‘spot’ atau tompokan atau flake hitam yang selalunya muncul di wajah tanpa diundang. Ia boleh menjadi lebih teruk sekiranya tidak dijaga. Ini boleh terjadi jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari dan pendedahan tanpa sebarang pelindung boleh mengakibatkan kanser kulit.

A99C653A-E952-D9BF-DEE9FFB0BED7AB02

Kulit yang mengelupas dan rosak akibat pancaran sinar matahari & UV

AWAS BAHAYA SINAR UV

Cahaya matahari sebenarnya adalah sinar UV atau ultra ungu yang menjadi penyebab kepada Basal Cell Carcinoma (BCC) dan Squamous Cell Carcinoma (SCC). Kedua-dua kanser ini terjadi akibat terdedah kepada sinar matahari.

BCC umumnya tidak merebak ke lain-lain bahagian tubuh, tetapi jika berlaku, ia boleh merosakkan tisu di bahagian di mana ia tumbuh. Manakala SCC pula merupakan kanser yang agak membahayakan kerana ia boleh merebak ke lain-lain bahagian tubuh. Tapi kalau dah dinamakan kanser, tetaplah merbahaya kan?

Sebahagian besar dari kita terdedah dengan sinar UVA dalam jumlah yang besar sepanjang hidup kita. Sinar UVA menyumbang hingga 95% dari radiasi UV yang mencapai permukaan bumi. Walaupun ia kurang kuat jika dibandingkan dengan UVB, intensiti UVA adalah 30 – 50 kali lebih banyak. Sinar UVA ini berupaya menembus awan mahupun kaca.

UVA menembus kulit lebih dalam daripada UVB. UVA merosakkan sel-sel kulit yang dikenali sebagai ‘keratinosit’ dalam lapisan atas epidermis, di mana sebahagian besar merupakan penyebab terjadinya kanser kulit. Sinar UVA juga tidak terasa panas oleh kulit sehingga dapat menembusi lebih dalam ke kulit.

Manakala UVB pula adalah penyebab kulit memerah dan terbakar akibat cahaya matahari. UVB lebih kepada merosakkan lapisan epidermis kulit lebih dalam. Cahaya UVB dapat membakar dan merosakkan kulit anda sepanjang tahun. Sinar UVB tidak berupaya menembusi kaca.

Jadi, lindungi diri anda dari radiasi UV, samada di dalam dan di luar rumah. Di dalam rumah atau pejabat juga anda sebenarnya terdedah dengan sinaran UV yang terhasil daripada mentol yang digunakan. Tetapi ia bergantung kepada kekuatan cahaya yang dihasilkan oleh mentol tersebut. Begitu juga cahaya matahari yang menembusi ruang tingkat rumah dan pejabat. Ia sebenarnya turut memberi kesan kepada kulit sama seperti kita berada diluar.

Sebaiknya carilah tempat teduh bila berada di luar rumah terutamanya di antara pukul 10.00 pagi hingga 4 petang.

Pulihkan kulit yang rosak akibat pancaran sinar matahari @ UV dengan pengambilan vitamin untuk kulit seperti kolagen, vitamin E & vitamin C.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kulit Sihat & Cantik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s