Cara Mencuci Muka Dengan Betul Supaya Tidak Berlebihan & Mendapat Hasil Yang Optima

BERAPA BANYAK PRODUK YANG PERLU KITA GUNA?

Guna pencuci muka banyak-banyak dan cuci muka kerap-kerap sebab nak kulit lebih cepat jadi cantik.

Salah!

Setiap satu produk yang kita gunakan ada hadnya tau.

Jom baca sharing saya kali ni.

DAPATKAN HASIL YANG LEBIH BAIK DARIPADA PRODUK SKINCARE ANDA DENGAN MENGGUNAKANNYA SECARA BETUL

Daripada pencuci muka, serum, krim pelembab dan lain-lain; berapa banyak yang perlu digunakan?

PENCUCI MUKA

Samada pencuci muka dalam bentuk gel atau krim, saiz seberang biji kacang untuk sekali penggunaan sudah mencukupi. Untuk yang jenis buih, sekali pam sudah cukup. Ahli dermatologi Miami, Alicia Barba mencadangkan mencuci muka sekali diwaktu pagi, 2 kali diwaktu petang sekiranya anda memakai makeup, atau cukup hanya sekali diwaktu malam sekiranya tidak memakai makeup.

Jika terlalu banyak: boleh menyebabkan kulit menjadi kering akibat kehilangan kelembapan yang keterlaluan.

Jika terlalu sikit: kekotoran mungkin tidak dapat dicuci dengan sepenuhnya dan akhirnya boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan masalah jerawat.

SERUM

Saiz seperti kacang pea sudah boleh membekalkan kulit dengan bahan untuk membantu mengatasi hidrasi, pengelupasan, jerawat atau kulit kusam.

Jika terlalu banyak: ada produk yang boleh menyebabkan pengelupasan

Jika terlalu sikit: tidak akan mendapat hasil seperti yang sepatutnya

KRIM MATA

Jangan guna berlebihan. Saiz sebesar kacang pea sahaja sudah mencukupi untuk sebelah mata. Dua mata maknanya 2 biji kacang pea lah yer… hehee

Jika terlalu banyak: boleh membuatkan kulit menjadi sensitif, menyumbat liang pori dan merengsakan mata.

Jika terlalu sikit: boleh menyebabkan kulit menjadi kering.

PELEMBAB

Saiz sebesar duit 5sen sudah memadai untuk melembapkan seluruh kulit muka.

Jika terlalu banyak: boleh menyebabkan kulit berkilat dan berjerawat. Anda juga akan berasa rimas kerana berlebihan lembapan, selain membuatkan bedak menjadi bertompok-tompok.

Jika terlalu sikit: kulit akan berasa tegang, mengelupas dan nampak kusam kerana tidak mendapat lembapan secukupnya.

SUNCREEN @ PELINDUNG MATAHARI

Gunakan dalam saiz sebesar buah anggur untuk muka. Untuk bahagian badan yang lain, sapukan seratanya tanpa perlu berlebihan.

Jika terlalu banyak: kebanyakan orang tidak menggunakan sunscreen dengan cukup. Jadi, jaranglah berlaku kes berlebihan penggunaan ni.

Jika terlalu sikit: kita boleh mendapat sunburn. Lama-kelamaan, kita juga boleh mendapat kerosakan kulit akibat daripada sinaran cahaya matahari yang menyebabkan kulit nampak lebih tua sebelum umur. Lebih teruk lagi, kita juga boleh mendapat kanser kulit.

SKRUB MUKA

Saiz sebesar biji kacang sudah mencukupi. Disyorkan untuk menggunakan skrub yang mempunyai biji bulat licin, bukan biji-biji yang tajam-tajam kerana ia boleh memecahkan kulit.

Jika terlalu banyak: kulit boleh menjadi kering, sakit, kemerahan.

Jika terlalu sikit: tidak memberi apa-apa kesan sebab skrub bukan satu kemestian. Ada takpe, takde pun takkan menjejaskan kulit.

CADANGAN SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE SHAKLEE (UNTUK KULIT YANG TIDAK BERMASALAH SERIUS)

19

NutriWhite adalah set penjagaan kulit untuk kulit yang kurang bermasalah tapi jika anda ada masalah kulit yang berminyak, jerawat yang teruk? Dapatkan Set Penjagaan Kulit Enfuselle Shaklee sebagai bantuan.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kulit Sihat & Cantik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s