Fakta & Punca Kanser Payudara Yang Semua Orang Wajib Ambil Tahu

Kanser payudara sekarang ni antara penyakit yang paling digeruni terutamanya oleh kaum wanita. Yang paling menakutkan adalah serangan kanser ni selalunya berlaku secara senyap.

FAKTA TENTANG KANSER PAYUDARA

Secara purata seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 9 kemungkinan untuk mendapat kanser payudara dalam hayat mereka. Ini bermakna, seramai hampir 700,000 kaum wanita di seluruh Malaysia berhadapan kemungkinan untuk dihantui gejala ini.

Faktor penyumbang dan langkah pencegahan kanser payudara berlaku apabila sel-sel dalam tisu payudara berkembang secara tidak terkawal. Jika dibiarkan berlarutan, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati.

Para pengkaji percaya bahawa antara penyebab utama kanser payudara adalah faktor genetik, persekitaran serta gaya hidup. Selain daripada itu, terdapat banyak faktor sampingan yang lain yang perlu dititik-beratkan terutama oleh golongan wanita seperti:

  • Jantina (95% lebih tinggi menyerang wanita)
  • Umur (lebih kerap berlaku pada lewat 40-an)
  • Jumlah anak (wanita yang tidak pernah melahirkan anak lebih berisiko) – untung orang yang dah ada anak kann…
  • Haid (wanita yang baligh sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun lebih berisiko)
  • Pemakanan (pengambilan minuman beralkohol sangat berisiko tinggi)
  • Berat badan (golongan obes lebih berisiko)
  • Terdapat 4 kaedah yang boleh digunakan untuk mengesan kanser payudara ini. Ia adalah:
  • Pemeriksaan sendiri atau Breast Self-Examination (BSE), ia perlu dilakukan seawal umur 20-an
  • Pemeriksaan yang lebih teliti oleh doktor atau petugas perubatan
  • Mamografi bagi wanita yang berumur 40 tahun ke atas
  • Bagi mereka yang belum berumur 40 tahun, tetapi mengesyaki sesuatu yang ganjil pada payudara (ketulan) maka rawatan biopsy, MRI dan ultrasound perlu dijalankan
depiction-of-breast-cancer

Buat pemeriksaan awal untuk menyelamatkan nyawa (credit photo: wiseGEEK)

PUNCA SERANGAN KANSER PAYUDARA

Di pangkal payudara terdapat otot iaitu pectoralis major. Kadang-kadang perasaan sengal ini berasal dari otot itu iaitu dipanggil sebagai myalgia. Ini boleh disebabkan oleh kegiatan fizikal yang berlebihan seperti bersukan menggunakan anggota tertentu secara berlebihan seperti penggunaan tangan dalam sukan badminton, skuasy atau tennis.

Ataupun penggunaan anggota itu dalam kerja-kerja lain seperti mengangkat benda berat dan sebagainya. Kadangkala ia juga boleh berpunca daripada posisi tidur iaitu seperti kerap tertumpu kepada satu-satu posisi tertentu sahaja, contohnya sentiasa mengiring.

Penggunaan deodorant tidak menyebabkan kanser payudara

Penggunaan bedak tidak menyebabkan kanser payudara

Kedua-dua belah payudara boleh diserang kanser. Kebanyakan kes kanser mula dikesan di sebelah sahaja. Tetapi adakalanya ia juga boleh dikesan pada kedua-dua belah pada masa yang sama.

Bintik merah pada payudara mungkin bukan petanda kepada kanser payudara. Tetapi ruam kemerahan yang berpanjangan pada putting dan areola adalah perlu diperiksa oleh doktor. Keadaan ini berkemungkinan merupakan sejenis kanser payudara yang dikenali sebagai Paget’s Disease

Keguguran anak tidak meninggikan risiko mendapat kanser payudara. Tetapi jika pil perancang diambil melebihi setahun sebelum melahirkan anak pertama boleh meninggikan risiko kanser payudara. Namun tidak jika diambil untuk menjarakkan anak iaitu setelah melahirkan anak.

Menopaus tidak mendedahkan wnita kepada kanser payudara. Menopaus adalah proses semulajadi yang dialami oleh semua wanita yang telah baligh. Tetapi pengambilan terapi hormonn gentian (Hormone replacement theraphy, HRT) boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser payudara lebih-lebih lagi jika ia diambil untuk tempoh lebih daripada 5 tahun.

Sel kanser menyerang tanpa kita duga dan ianya amatlah merbahaya. Rawatan biasa yang diambil untuk menangani masalah ini adalah pembedahan, radiasi dan kimoterapi. Kita selalu diingatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan mengambil langkah berjaga-jaga lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser.

Nasihat saya, buatlah pemeriksaan payudara sendiri di rumah pada setiap bulan. Lakukannya pada hari ke-14 selepas habis haid dengan menekan secara kuat di seluruh bahagian payudara hinggalah ke bawah ketiak. Sekiranya anda mendapati ada bejolan, cuba tolak benjolan tersebut dari semua arah.

Jika ia tidak dapat ditolak atau digerakkan, adalah lebih baik untuk pergi membuat pemeriksaan doktor dengan segera. Jika perlu, doktor akan melakukan ultrasound bagi mendapatkan kepastian samada ia adalah kanser atau hanya ketulan fibroid atau breast lump yang kurang merbahaya.

Walaupun breast lump tidak merbahaya, tetapi lebih baik dibuang sahaja kerana kita tidak mahu ia menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik.

Sekiranya anda tidak pasti cara yang betul untuk memeriksa payudara, bolehlah dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada doktor. Anda tak perlu malu atau segan kerana ini penting demi kesihatan anda juga. Saya memang sentiasa buat pemeriksaan sendiri di rumah. Kalau saya rasa macam ada yang tak kena, memang cepat-cepat saya pergi jumpa doktor.

Disamping mengamal diet dan gaya hidup yang sihat, anda juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen yang tinggi kandungan antioksidan. Ini kerana, antioksidan berfungsi untuk melawan sel-sel kanser.

Vivix Shaklee adalah pilihan suplemen yang mengandungi antioksidan terbaik dan dihasilan dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Vivix Shaklee telah melalui ujian klinikal yang terperinci sebelum ia di bawa ke pasaran dunia.

V1

Antara beberapa manfaat utama Vivix Shaklee dalam membantu kita untuk mendapat kesihatan yang lebih baik & mencegah daripada serangan penyakit merbahaya seperti kanser dan sebagainya

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s