Tanda-Tanda Tiroid, Komplikasi Tiroid & Apakah Langkah Seterusnya Yang Perlu Anda Ambil?

Penyakit tiroid – ia datang tanpa diduga… datang dalam senyap dan tak terasa pun sebab tanda-tanda penyakit tiroid ni biasanya tak terasa sangat. Tapi ada jugak tanda-tanda yang jelas seperti tangan yang sentiasa menggeletar tanpa sebab atau keguguran rambut yang luar biasa.

Selain daripada dua tanda ni, apa lagi tanda-tanda atau simptom penyakit tiroid terutamanya hyperthyroid?

SIMPTOM-SIMPTOM HYPERTHYROID

Anda mungkin menghidap hyperthyroid sekiranya:

  • Anda merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
  • Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas walaupun sedang dalam keadaan rehat
  • Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
  • Mengalami keguguran rambut
  • Hilang berat badan yang ketara walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa atau lebih
  • Mengalami gangguan kitaran haid bagi wanita
  • Payudara membesar (bagi lelaki)

Simptom-simptom hyperthyroid adalah berbeza bagi setiap individu. Simptom bergantung kepada berapa banyak hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar tiroid, tempoh menghidap hyperthyroid dan faktor umur. Jika anda sudah lanjut umur, simptom-simptom seperti di atas juga terjadi disebabkan oleh penuaan.

Individu yang menghidap Grave’s disease biasanya menghadapi beberapa simptom lain seperti:-

  • Goiter; leher (di bawah dagu) membengkak (tetapi tidak sakit)
  • Kuku menebal dan terangkat daripada kulit
  • Pretibial myxdema; kulit menjadi berketul-ketul, kemerahan dan tebal pada bahagian hadapan tulang kering dan kadangkala pada bahagian atas kaki
  • Grave’s ophthamopathy; mata terjojol dan merah
Hyperthyroidism-symptoms.

Antara beberapa simptom hyperthyroid

KOMPLIKASI HYPERTHYROID

Jika tidak dirawat, anda mungkin:-

  • kehilangan berat badan yang teruk kerana metabolisma yang tinggi
  • mengalami masalah degupan jantung yang terlalu cepat dan kegagalan jantung
  • mengalami masalah untuk menggantikan kalsium dan mineral lain dalam tulang dan boleh menyebabkan osteoporosis
  • Didalam kes terpencil, hyperthyroid boleh membawa kepada ancaman nyawa yang dipanggil thyroid storm; terjadi apabila kelenjar tiroid mengeluarkan jumlah hormon tiroid yang banyak dalam tempoh yang singkat.

Anda terdedah kepada hyperthyroid sekiranya:-

  • Anda seorang wanita
  • Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap masalah tiroid. Individu yang mempunyai ahli keluarga yang menghidap Grave’s disease atau masalah tiroid lain lebih cenderung untuk mendapat hyperthyroid
  • Anda menghidap penyakit autoimun seperi Addison’s disease atau kencing manis Jenis 1
  • Anda seorang perokok

Masalah paling serius yang berkaitan hyperthyroid ialah thyroid storm yang boleh mengancam nyawa. SEGERA BERJUMPA DOKTOR SEKIRANYA INI BERLAKU!!!

  1. Anda merasa tidak selesa
  2. Anda mengalami tekanan darah tinggi atau rendah
  3. Anda merasa loya, muntah-muntah atau cirit-birit
  4. Anda mengalami sakit dada atau degupan jantung terlalu cepat
  5. Anda demam
  6. Anda merasa keliru atau mengantuk
  7. Anda tidak boleh bernafas dengan baik atau letih; ini boleh menyebabkan kegagalan jantung
  8. Anda mendapati mata menjadi terjojol dan kemerahan
  9. Anda merasa tidak bermaya
  10. Anda kehilangan berat badan walaupun pengambilan makanan tetap seperti biasa atau lebih
  11. Anda menghadapi kesukaran untuk menelan dan tekak membengkak

Walaupun kadang-kadang penyakit hyperthyroid kita tak boleh nampak dengan jelas, tapi tak bermakna ia boleh dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

Jika anda mengalami simptom-simptom tiroid seperti yang disebutkan di atas, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk membuat ujian darah.

Pesakit hyperthyroid juga mengalami risiko kehilangan nutrisi yang sangat tinggi, oleh itu pengambilan suplemen tambahan sangatlah perlu untuk menampung kekurangan tersebut.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Hyperthyroid & Hypothyroid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s