Vitamin C Terbaik Di Pasaran: Adakah Vitamin C Organik Atau Yang Bagaimana?

Di pasaran sekarang berlambak sangat suplemen vitamin C kan? Vitamin C beribu-ribu miligram lah, vitamin C organik lah, vitamin C yang cucuk-cucuk pun banyak.

Dek kerana ramai sangat pengeluar yang nak kaut keuntungan melalui pasaran suplemen vitamin C, kualiti biasanya jadi soal no. 2… yang penting, jual… jual & jual!

Tapi kita sebagai pengguna kenalah bijak memilih… jangan mudah sangat terpedaya dengan janji-janji manis produk yang kita sendiri tak tau tahap keselamatannya.

Kali ni, saya nak bawa anda untuk mengenali salah satu vitamin C yang agak popular di pasaran sekarang iaitu vitamin C organik.

Apa itu ‘ORGANIK’?

Sebelum saya kongsi fakta keistimewaan Shaklee yang ‘lebih dari organik’ ni, tahu tak apa maksud organik? Adakah ia pilihan terbaik untuk suplemen vitamin C?

Vitamin Organik maksudnya vitamin tu dari bahan semulajadi yang tidak menggunakan sebarang bahan sintetik moden dalam proses tanaman atau pembesarannya seperti racun perosak sintetik dan baja kimia. Jika kita rujuk pada maksud pengiktirafan ‘Certified Organic’ oleh Quality Assurance International pun, 100% organic bermakna hanya bahan-bahan organik sahaja yang digunakan untuk pembuatan produk tersebut.

Macamana nak pastikan ‘ORGANIK’?

Pengeluar vitamin organik akan pastikan tumbuhan yang digunakan untuk buat vitamin tu ditanam dengan mematuhi standard ditetapkan iaitu tidak menggunakan baja kimia, racun serangga sintetik dan yang sewaktu dengannya. Tapi, mereka tidak perlu mengambil kira apa yang tumbuhan tu serap dari udara, air dan tanah.

Maksudnya, walaupun semua tumbuhan tu ikut standard ORGANIK, mungkin bahan-bahan toksik seperti racun serangga diserap dari dalam tanah, air dan udara. Pengeluar vitamin organik tidak perlu bertanggungjawab ke atas kewujudan bahan toksin pada produk akhir untuk kekalkan label ‘ORGANIK’ kerana standard telah dipatuhi.

Kenapa SHAKLEE adalah yang terbaik dan ‘lebih dari organik’?

Berbeza dengan Shaklee, walaupun mematuhi semua standard ORGANIK, saintis mereka masih menjalankan ujian terhadap produk akhir. Ujian yang dilakukan bukan sekali, tetapi berkali-kali dengan mengambil kira semua kemungkinan bagi memastikan produk Shaklee adalah benar-benar selamat dan ‘lebih dari organik’ dan memenuhi tahap kualiti standard terbaik sebelum ia diletakkan di pasaran untuk jualan.

Bayangkan, setiap tahun Shaklee menjalankan 83,000 ujian klinikal ke atas produk nutrisi yang dikeluarkannya (sumber)

Apa bukti SHAKLEE ‘lebih dari organik’?

Saya nak kongsi satu fakta benar ‘Shaklee Different’ yang menunjukkan Shaklee ‘lebih dari organik’

Dulu, Shaklee pernah mengeluarkan satu produk yang dinamakan Panex Ginseng Product yang popular dikalangan pelanggan produk herba Shaklee. Produk ni kemudian ditarik balik dari pasaran dan digantikan dengan CorEnergy (tiada di pasaran Malaysia) kerana ujikaji yang dijalankan ke atas bahan-bahan mentah mendapati kehadiran sejenis racun kulat yang dinamakan Quintozene di dalam bahan utama iaitu Ginseng Asia.

Ujian tersebut mengesan kehadiran Quintozene yang sangat-sangat sedikit sehingga hampir mustahil untuk dikesan. Lot pertama bahan itu ditolak.

Kemudian beberapa lot bahan mentah dihantar lagi oleh pembekal dan bila diuji, masih menunjukkan kehadiran racun tersebut. Apabila pihak Shaklee merasakan tidak mungkin mereka memperolehi bahan mentah tanpa kehadiran racun tersebut, keputusan diambil untuk menangguhkan pesanan produk sehingga punca sebenar kehadiran racun tersebut dikenalpasti.

Saintis Shaklee mendapati akar Ginseng Asia yang berasal dari Jepun dan China ni mengambil masa 7 tahun untuk matang dan mengumpulkan ginsenosides yang diperlukan. Setelah disiasat, rupa-rupanya 7 tahun sebelum itu, banyak hujan telah turun di Jepun dan China sehingga banyak kulat terkumpul. Disebabkan permintaan ginseng yang tinggi diseluruh dunia, pembekal dari dua negara ini masih menuai ginseng-ginseng ini dan menggunakan semburan Quintozene sebelum mengeksport ke luar negara.

Ginseng Asia

Shaklee memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Panex Ginseng Product selepas penemuan itu kerana tidak memenuhi piawaian Shaklee. Ia merupakan satu keputusan yang besar kerana produk tersebut sedang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

(Sumber : Teks ucapan Anjama Srivastava, Senior Director of Product Marketing for Nutritional Product untuk Shaklee Corporation pada tahun 2005. Beliau adalah nutritionist Shaklee yang terlibat dalam pembangunan produk)

SINTETIK VS SEMULAJADI

Perbezaan mudah antara sintetik, organik & semulajadi – jadi, yang mana lebih baik?

PERBEZAAN SHAKLEE (THE SHAKLEE DIFFERENCE)

“Sains pembebasan berterusan secara semulajadi” Vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C seumpama mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah oren termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.

Nota: Sustained Release Vitamin C Shaklee tidak dihasilkan daripada buah oren, tetapi daripada ekstrak jagung. Oleh itu, ia boleh diambil oleh mereka yang mengalami masalah gastrik.

Ujian klinikal telah membuktikan vitamin C didalam 2 tablet vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% bioflavonoid) yang juga dikenali sebagai vitamin C kompleks. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

MANFAAT UTAMA:

Membentuk kolagen – merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan ketegangan kulit dan menghalang otot menjadi lembik.

Memperbaiki simptom pendarahan – Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Memerangi kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

Mencantikkan kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki insomnia – Ia memperbaiki insomnia, stress serta masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolestrol sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Jadi, dah faham tentang apa yang dimaksudkan sebagai organik dan sejauh mana suplemen organik memberi manfaat kepada kesihatan kalau nak dibandingkan dengan suplemen semulajadi?

Masih keliru dan perlukan konsultasi lanjut?

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Suplemen Asas and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s