Whitehead & Blackhead: Komplikasi, Merawat & Cara Menghilangkan Whitehead & Blackhead

Whitehead & blackhead ialah sejenis jerawat yang terjadi apabila sel kulit mati, minyak dan bakteria terperangkap di dalam liang roma. Whitehead terbentuk dibawah permukaan pori yang tersumbat manakala bblackhead terbentuk pada permukaan pori yang terbuka.

Whitehead & blackhead boleh terjadi tidak mengira tahap umur. Walau bagaimanapun, ia biasanya berkaitan dengan perubahan hormon semasa baligh, datang haid, kehamilan dan menopause.

Ubatan tertentu juga boleh meningkatkan tahap hormon dan akhirnya boleh menyebabkan jerawat. Faktor genetik juga memainkan peranan penting didalam pembentukan whitehead & bblackhead. Jika ada diantara ahli keluarga kita yang mengalami masalah ini, maka kita juga cenderung untuk mendapat masalah yang sama.

Dalam kebanyakan kes, whitehead & blackhead boleh dicegah dengan kombinasi perubahan gaya hidup dan rawatan.

Whitehead & blackhead boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan kita yang liang porinya tersumbat. Bahagian muka yang berminyak seperti hidung, dagu dan dahi adalah lebih terdedah kepada masalah ini. Whitehead & blackhead juga boleh terjadi pada bahagian dada, belakang, bahu dan tangan.

Golongan wanita adalah lebih terdedah kepada masalah ini kerana wanita mengalami perubahan hormon yang lebih significant. Tetapi, lelaki tidaklah imun kepada whitehead & blackhead terutamanya ketika proses akil baligh.

Kedua-dua jantina akan menghadapi masalah ini pada mana-mana peringkat umur. Maknanya, walaupun kita tidak mengalaminya semasa peringkat remaja, kita mungkin akan mengalaminya ketika sudah meningkat dewasa.

MERAWAT & MENGHILANGKAN WHITEHEAD & BLACKHEAD

Whitehead & blackhead dianggap sebagai jerawat yang tidak serius kerana ia biasanya mudah untuk dirawat dengan menggunakan produk yang boleh dibeli dari farmasi seperti pencuci muka atau krim/sapuan. Produk yang mengandungi bonzoyl peroxide boleh membantu mengurangkan pengeluaran minyak dari liang pori. Manakala produk yang mengandungi salicylic acid boleh bertindak untuk mengeluarkan whitehead & blackhead.

Ia mungkin mengambil masa sehingga 8 minggu untuk melihat hasilnya. Jika tidak, sila dapatkan nasihat doktor untuk rawatan lanjut.

MENCEGAH WHITEHEAD & BBLACKHEAD

Walaupun rawatan luaran boleh membantu untuk merawat whitehead & blackhead, perubahan gaya hidup tertentu juga boleh membantu mencegahnya.

Cuci rambut dan muka dengan teratur, tetapi elakkan daripada mencuci secara berlebihan. Gunakan pencuci yang lembut untuk mencuci muka minimum 2 kali sehari dan jika rambut jenis berminyak, cuci rambut sekali sehari.

SALAH TAFSIR TENTANG WHITEHEAD & BLACKHEAD

Terdapat beberapa salah tafsir tentang whitehead dan jerawat. Antaranya:

  • Mencuci dan menyental (scrubbing) secara berlebihan tidak dapat menghilangkan whitehead & blackhead
  • Makanan ringan tidak menyebabkan jerawat
  • Coklat tidak akan menyebabkan jerawat semakin teruk
  • Tekanan tidak menyebabkan whitehead & blackhead

KOMPLIKASI-KOMPLIKASI WHITEHEAD & BLACKHEAD

Cara kita mengendalikan masalah ini akan memberi kesan kepada kesihatan kulit. Jika kita selalu memicit whitehead & blackhead, kulit akan cedera dan mudah mendapat jangkitan. Dalam kes yang lebih teruk, kulit yang tercedera mungkin boleh menyebabkan terjadinya parut atau tompokan hitam.

Atau ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan emosi. Whitehead & blackhead / jerawat akan mempengaruhi tahap keyakinan diri seseorang kerana kita akan merasa rendah diri dengan penampilan wajah yang tidak cantik.

Jadi, berhati-hatilah dalam menangani masalah seperti ini. Pastikan kita mendapat dan mengguna produk yang tepat dan betul bagi menjamin hasil yang kita inginkan.

TESTIMONI

SCP

Shaklee Collagen Powder dapat membantu mengecilkan liang roma, jadi secara tak langsung ia juga dapat mengurangkan masalah whitehead & blackhead dengan baik sekali

Promosi-Collagen-Powder-Shaklee1-300x300

Kulit lebih licin & bersih selepas mengambil Shaklee Collagen Powder

PENGALAMAN SAYA SENDIRI

Saya mengalami masalah whitehead & blackhead yang agak teruk sejak dari sekolah menengah lagi. Liang pori saya besar dan nampak ketara sangat. Lubang besar-besar! Dari dulu memang saya selalu picit hidung saya sekuat hati untuk paksa whitehead & blackhead tu keluar. Memang menyakitkan! dan penyelesaian ni hanya bersifat sementara sebab ia tetap terus berulang. Memang sangat STRESS!

Dah macam-macam jenis produk saya cuba untuk hilangkan whitehead & blackhead ni. Tapi yang sedihnya takde satu pun berhasil. Tampal pore pack, kuranglah sikit tapi lepas tu jadi semula. Scrub muka, dah macam-macam jenama saya cuba, sudahnya kulit muka yang terasa pedih. Tapi whitehead & blackhead tak juga hilang. Petua atau tips semua saya cuba tapi masih tak berhasil. Akhirnya, kembali kepada rejim asal, iaitu PICIT! 😦

Tu semua cerita dulu. Sekarang saya sangat bersyukur sebab masalah saya dah semakin baik. Banyak liang pori yang dah mula mengecil dan tertutup. Macam mana saya buat? Alhamdulillah, Shaklee jugak yang menjadi penyelamat. Hidung saya sekarang licin jer, takde menggerutu macam dulu dah.

own testimoni

Ini adalah testimoni saya sendiri – sebelum & selepas mengambil suplemen Shaklee

Ada dua produk penting yang saya guna untuk selesaikan masalah ni iaitu Vitamin C Shaklee 500mg, Collagen Powder & ESP.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kulit Sihat & Cantik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s