Tanda-tanda Penyakit Melalui Kuku

Pernah tak tau yang kita boleh tahu tahap kesihatan kita hanya dengan melihat kepada kuku kita jer… kuku yang sihat melambangkan individu yang sihat..

Tapi apa tanda-tanda penyakit yang kita boleh lihat melalui kuku kita?

Jom baca sharing saya kali ni…

TANDA-TANDA PENYAKIT YANG BOLEH DILIHAT MELALUI KUKU

kuku kuning

YELLOW NAIL SYNDROME (KUKU BERWARNA KUNING)

Yellow nail syndrome menyebabkan kuku menjadi tebal dan pertumbuhan kuku baru menjadi lambat. Kuku yang mengalami yellow nail syndrome boleh mengurangkan kutikel dan tertanggal daripada kulit. Yellow nail syndrome lazimnya menjadi petanda kepada masalah pernafasan (paru-paru), seperti bronkitis yang kronik. Yellow nail syndrome juga ada hubung kait dengan bengkak tangan (lymphedema).

5916009_orig

NAIL PITTING (KUKU BERLEKUK KECIL-KECIL)

Nail pitting (kuku berlekuk) terjadi akibat tekanan kepada kuku. Kuku berlekuk adalah normal bagi penghidap psoriasis. Ia juga boleh dikaitkan dengan gangguan tisu penghubung, seperti sindrom Reiter’s dan alopecia areata (keadaan dimana rambut/bulu yang botak pada bahagian tubuh tertentu) – penyakit autoimun yang menyebabkan keguguran rambut/bulu roma.

M1300696_Clubbed_fingers_342x198

NAIL CLUBBING (KUKU MEMBONJOL/MELENGKUNG)

Masalah ini kadangkala terjadi akibat daripada kekurangan oksigen di dalam darah dan juga boleh menjadi petanda kepada pelbagai masalah penyakit paru-paru. Ia juga dikaitkan dengan penyakit radang usus, penyakit kardiovaskular, penyakit hati dan AIDS.

M-Apr-2009-pg-89-1

SPOON NAILS (KUKU MEMBENTUK SEPERTI SUDU)

Spoon nails (koilonychia) adalah dimana kuku yang melengkung kedalam (seperti bentuk sudu). Biasanya, keadaan ini adalah tanda kekurangan zat besi, anemia atau masalah hati yang dikenali sebagai hemochromatosis, iaitu tubuh anda menyerap terlalu banyak zat besi daripada makanan yang diambil. Ia jugak boleh dikaitkan dengan masalah jantung dan hypothyroid.

Terrys-Nails1

TERRY’S NAIL

Terry’s nail – terdapat garisan hitam dihujung kuku. Kadangkala ia adalah kerana penuaan. Dalam kes lain, ia mungkin petanda kepada masalah dalaman yang serius seperti penyakit hati, kegagalan jantung atau kencing manis.

nailclinic-beauslines

BEAU’S LINES (GARISAN/LEKUKAN MELINTANG DI TENGAH KUKU)

Lekukan ini boleh terjadi apabila pertumbuhan pada bahagian bawah kuku tersebut terganggu akibat kecederaan atau penyakit. Keadaan yang dikaitkan dengan masalah kuku seperti ini termasuk kencing manis yang tidak dikawal, penyakit vaskular, penyakit yang berkaitan dengan demam panas seperti demam campak, beguk dan pneumonia. Ia juga mungkin tanda kekurangan zink.

026216HB

ONYCHOLYSIS (KUKU TERJUNGKIT DIHADAPAN/LONGGAR)

Kadangkala kuku yang tercabut dikaitkan dengan kecederaan atau jangkitan. Dalam keadaan lain, kuku tertanggal akibat daripada tindakbalas ubat/dadah (kimia) tertentu atau produk seperti pengeras atau pelekat kuku. Thyroid dan psoriasis – juga boleh menyebabkan kuku tertanggal / longar.

Sumber: http://www.mayoclinic.org/nails/sls-20076131

Cuba check kuku anda. Ada tak tanda-tanda macam penyakit yang diceritakan di atas? Kalau ada nak buat apa yer?… nak biarkan saja atau bertindak supaya masalah tak menjadi lebih teruk?

Tingkatkan tahap kesihatan kita selagi kita ada peluang & masa.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s