Fungsi Protein Dalam Kesihatan & Kehidupan Manusia

MULAKAN HARI DENGAN PROTEIN

Asid amino adalah building blocks bagi protein. Apabila protein dimakan, sistem pencernaan akan memecahkannya kepada asid amino, yang kemudiannya disalurkan ke dalam darah dan dibawa ke seluruh tubuh. Sel tubuh akan memilih mana-mana asid amino yang diperlukan untuk membina tisu tubuh yang baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah. Haa… tengoklah betapa pentingnya protein kepada tubuh kita.

Terdapat 22 jenis asid amino berlainan, setiap satunya mempunya karakter tersendiri seperti huruf-huruf dari A – Z. 8 asid amino adalah ibarat huruf vokal. Kita tidak boleh membina ayat tanpa huruf vokal, makanya kita tidak boleh membina protein tanpa 8 asid amino penting ini. Asid amino penting ini wajib diambil dalam diet harian kerana ia tidak boleh dihasilkan oleh tubuh.

Protein lengkap yang mengandungi 8 asid amino penting tersebut boleh didapati daripada daging, ayam, ikan, telur, susu, hasil tenusu, keju dan soya. Kekacang juga mengandungi sebahagian jenis asid amino penting; ia dikenali sebagai protein tidak lengkap.

Kita kena berhati-hati dengan lemak, kolesterol yang terkandung dalam makanan sumber protein seperti ini. Silap-silap, lain pulak yang jadi.

Protein adalah sangat penting kepada pembaikan tisu dan pembentukan tisu-tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan jangka hayatnya. Protein juga adalah bahan utama yang diperlukan untuk menggantikan sel-sel yang telah rosak atau mati:

  • Kebanyakan sel darah putih berganti setiap 10 hari
  • Sel yang melapisi saluran usus dan platelet darah berganti setiap 4 hari
  • Sel kulit berganti setiap 24 hari
  • Lebih daripada 98% molekul dalam tubuh berganti sepenuhnya setiap tahun

Jadi, kalau pengambilan protein kita tak cukup, macam mana sel-sel ni nak diganti dengan sel-sel baru?

Otot, rambut, kuku, kulit dan mata terhasil daripada protein. Begitu juga sel-sel yang menjadikan hati, buah pinggang, jantung, paru-paru, saraf, otak dan kelenjar sex.

Pengguna protein paling aktif dalam tubuh adalah hormon yang dihasilkan oleh pelbagai jenis kelenjar – thyroxin daripada kelenjar thyroid, insulin daripada pankreas dan pelbagai jenis hormon daripada kelenjar pituatari (terletak pada pangkal otak, mempengaruhi fungsi dan pertumbuhan badan), begitu juga dengan tisu-tisu lembut, organ-organ utama dan otot. Semua ini memerlukan sumber protein terbaik.

Jadi, jangan pandang remeh pada keperluan protein kepada tubuh tau. Bukan calang-calang fungsi protein kepada keseluruhan fungsi dan sistem tubuh kita. Kekurangan protein dah tentunya akan menyebabkan banyak komplikasi dan risiko penyakit sebab boleh dikatakan seluruh sel, tisu dan organ yang terdapat pada tubuh kita memerlukan protein.

Makan nasi lauk 1 ekor ikan goreng dan minum segelas susu atau makan roti bersama keju sehari – adakah sudah mencukupi keperluan protein yang  sepatutnya?

Sejauh manakah kita mampu untuk makan diet paling seimbang setiap hari?

Dapatkan sumber protein yang sihat & semulajadi, bebas lemak & kolesterol serta kaya dengan asid amino untuk membantu dalam kesihatan kita sehari-hari.

sp12

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Suplemen Asas and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s