Set Berpantang Tanpa Jamu Pilihan Ibu Moden Yang Pentingkan Kesihatan Dalaman & Kecantikan Luaran Selepas Bersalin

Bila sebut set berpantang mesti kita dah start terbayang jamu-jamu yang kebiasaannya sangat sinonim dengan ibu berpantang. Ada orang yang tak suka dan tak tahan dengan bau jamu-jamu ni walaupun ramai yang claim jamu-jamu ni elok untuk ibu berpantang… cepat sembuhkan luka, cepat kecutkan rahim dan sebagainya.

Tapi ada jugak cabarannya bila ambil jamu masa berpantang ni lebih-lebih lagi ibu-ibu yang menyusukan baby dengan susu badan. Kadang-kadang baby jadi tak tahan, sakit perut, kembung perut atau cirit-birit sebab kebanyakan jamu tu beri efek panas.

Jadi, apa pilihan yang ibu-ibu atau bakal ibu yang ingin berpantang supaya tetap masih dapat kembali sihat, bertenaga, cergas, pulihkan & kecutkan rahim tapi pada masa yang sama tak perlu tahan hidung dengan bau jamu, tahan tekak dek rasa jamu yang tak sedap tu, dan boleh menyusukan baby tanpa risau.

SET VITAMIN – PILIHAN TERBAIK UNTUK IBU BERPANTANG TANPA JAMU

BEZA ANTARA VITAMIN & JAMU

Vitamin: Setiap bahan di dalam vitamin dipantau serta melalui ujian klinikal untuk mengetahui kesan kepada manusia. Malah, ianya perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia

Jamu: Ada di antara bahan di dalam jamu tidak diketahui sumbernya terutama jamu kampung malah kesan untuk jangka panjang juga tidak dikenalpasti.

KHASIAT DAN PENYERAPAN OLEH TUBUH

Vitamin: Vitamin merupakan macronutrient dan micronutrient yang dalam bentuk paling ringkas dan dikenali oleh badan untuk penyerapan khasiat yang lebih cepat.Contohnya, di antara buah limau dan pil Vitamin C, badan akan menyerap pil Vitamin C lebih cepat berbanding Vitamin C di dalam buah limau.

Jamu: Jamu juga mempunyai khasiat namun bentuknya yang komplikasi memerlukan badan untuk mengurai bahan jamu kepada bentuk yang boleh diserap oleh badan terlebih dahulu dan mengambil masa untuk badan menyerap khasiat.

KESAN KEPADA BAYI

Vitamin: Vitamin mengandungi bahan yang tidak membahayakan bayi malahan membantu tumbesaran bayi yang sihat dengan penyaluran segala nutrient melalui penyusuan bayi. Ibu masih boleh mengambil vitamin walaupun anak mengalami penyakit kuning atau JAUNDICE

Jamu: Secara asasnya, jamu adalah bahan makanan yang panas dan ibu perlu memantau keadaan bayi samada mengalami cirit birit atau tidak. Malahan kebanyakan jamu boleh meningkatkan risiko JAUNDICE kepada bayi.

WAKTU PENGAMBILAN SELEPAS BERSALIN

Vitamin: Pengambilan vitamin boleh diambil seawal hari pertama bersalin samada ibu itu bersalin secara normal atau caesarian (pembedahan)

Jamu: Ibu yang bersalin secara caesarian tidak digalakkan untuk ambil jamu malahan ibu bersalin normal pun diminta untuk mengambil jamu hanya 2 minggu selepas bersalin

PENYEDIAAN

VitaminBoleh diambil terus tanpa perlu melakukan proses penyediaan yang lama dan rumit kerana vitamin semuanya adalah dalam bentuk sedia dimakan (ready-to-eat)

Jamu: Adakalanya memerlukan proses penyediaan yang lama dan rumit seperti perlu direbus berjam-jam atau direndam semalaman sebelum boleh dimakan / diminum sedangkan ibu-ibu yang baru lepas melahirkan perlukan banyak masa untuk berehat serta menjaga bayi. Lainlah kalau ada orang yang menjaga semasa berpantang. Itu pun sebenarnya agak menyusahkan.

credit info : Nornadia Mansor

APAKAH VITAMIN YANG TERDAPAT DALAM SET BERPANTANG SHAKLEE?

ESP (Energizing Soy Protein)

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan  minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu  paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang  berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Kelebihan ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri, bantu hilangkan parut, memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

VITA-LEA (with IRON FORMULA)

Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, letih , lesu dan tidak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak berjalan dengan baik.

VITAMIN C

Vitamin C Shaklee adalah berkonsepkan pelepasan masa (sustained release). Ia akan melepaskan vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan. Memandangkan vitamin C adalah jenis vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin C dalam meningkatkan antibodi secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses melahirkan

ALFALFA COMPLEX

Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sitem akar yang panjang, iaitu sedalam 20 – 30 kaki ke dalam tanah. Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber. Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.

Alfalfa membantu mengembalikan tisu-tisu dalam faraj (mengetatkan), merawat keputihan, menyahkan bau yang tak menyenangkan pada vagina dan badan.

Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

OMEGA GUARD (OMEGA 3)

Omega Guard mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Berfungsi untuk melindungi jantung, kesihatan minda, meredakan keradangan, mengawal paras kolesterol dan banyak lagi.

Bagi ibu berpantang pula, Omega Guard akan membantu badan sentiasa rasa hangat, mengelakkan rasa kebas disamping membantu membakar lemak untuk mengawal / menurunkan berat badan.

OSTEMATRIX (KALSIUM, MAGNESIUM)

Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Dengan pengambilan kalsium yang cukup, tekanan darah berada tahap yang normal. Kelancaran saraf dan pengecutan otot memerlukan kalsium yang mencukupi. Dengan kalsium yang cukup, kita tak mudah senggugut, kejang, retensi air, mudah meradang dan murung.

Ostematrix juga membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang, membuatkan kita lebih bertenaga & selesa ketika bangun tidur.

Tonton video pengalaman seorang ibu muda yang mengambil SET BERPANTANG SHAKLEE – beliau tak lagi trauma dengan masalah sembelit yang menghantui beliau semasa berpantangkan anak-anak sebelum beliau kenal Shaklee dulu.

Amalan Pantang Selepas Bersalin Elak Mimpi Ngeri Sakit Sembelit from iReach HD on Vimeo.

PROMO ISTIMEWA SEPTEMBER 2015!

Daftar ahli & beli SET BERPANTANG SHAKLEE, anda akan mendapat 2 botol Vita-Lea secara PERCUMA!

1

Daftar Ahli & Beli Set Berpantang Eksklusif Shaklee sepanjang bulan September 2015, anda akan dapat ekstra 2 botol Vita-Lea secara PERCUMA

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kehamilan, Berpantang & Menyusu Bayi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s