Kesan Penggunaan @ Bahaya Pencuci Wanita Yang Semua Orang Wajib Ambil Tahu

Feminine wash ni produk pencuci yang memang ramai wanita gunakan. Ye lah, nak jaga hygiene kan? Tapi sebenarnya, disebalik fungsi umum feminine wash @ pencuci wanita yang kita tahu, ia jugak mendatangkan beberapa risiko kesihatan. Kita memang susah nak elakkan diri daripada menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia pada zaman teknologi serba canggih sekarang ni. Ini hakikat yang susah yang dinafikan oleh sesiapa pun.

Tapi kita cubalah yer sebaik mungkin untuk meminimakan penggunaan produk-produk yang ada bahan kimia sebab kita pun sedia maklum bahawa kebanyakan bahan kimia ni adalah merbahaya. Memang kadang-kadang tu kesannya tak nampak serta-merta. Macam mana pulak dengan kesan jangka panjang?

Kali ni saya nak cerita tentang feminine wash @ pencuci wanita. Baca yer.. khasnya orang perempuan. Lelaki pun boleh baca, untuk pengetahuan dan kongsikan dengan isteri, adik, kakak, mak atau saudara mara perempuan yang lain.

FEMININE WASH @ PENCUCI WANITA

Feminine wash adalah bahan pencuci yang biasa digunakan oleh golongan wanita untuk memastikan kebersihan bahagian intim mereka. Ada juga sesetengah wanita yang menggunakan douching (mencuci saluran vagina) dengan kerap atau mungkin hampir setiap hari.

Feminine wash @ pencuci wanita mungkin boleh membantu untuk mengelakkan dari terjadinya jangkitan pada vagina atau salur kencing (UTI). Biasanya feminine wash didatangkan dalam bentuk campuran / kombinasi cuka, air, baking soda dan iodine. Daripada bahan-bahan tadi, kita nampak selamat kan?

Tapi sejauh manakah tahap keselamatannya jika digunakan secara kerap? Ada kesan negatif atau tidak jika menggunakannya terlalu banyak?

summerseve2

Kebanyakan produk penjagaan diri yang terdapat di pasaran mengandungi campuran beberapa jenis bahan kimia yang boleh memberi kesan buruk jangka panjang kepada kesihatan – Gambar sekadar hiasan

KESAN PENGGUNAAN FEMININE WASH @ PENCUCI WANITA

Menurut Dr. Greg Alvio, President Philippine General Hospital (PGH) Medical Foundation, jawapan kepada soalan pertama diatas adalah ia bergantung kepada jenis feminine wash @ pencuci wanita yang digunakan. Tak semua formulasi feminine wash @ pencuci wanita adalah sama. Sesetengahnya ada yang lebih kuat dalam membunuh bakteria berbanding yang lain.

Ada pencuci yang mengandungi antiseptik yang kuat, yang boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria kebal jika digunakan dengan kerap atau terlalu lama. Jika ini terjadi, kulat dan bakteria tersebut tidak akan bertindakbalas dengan rawatan perubatan, menjadikan ia sangat sukar untuk dielakkan dari merebak ke seluruh bahagian vagina.

Ingat, bahawa kedua-dua bakteria baik dan bakteria jahat boleh terhapus dengan penggunaan feminine wash. Ini akan menjadi disadvantage kerana tubuh kita memerlukan bakteria baik.

Bakteria baik (normal vaginal flora) adalah perlu untuk kita mengekalkan tahap keasidan vagina yang memberi keupayaan untuk menentang sebarang jangkitan pada bahagian tersebut. Penggunaan feminine wash @ pencuci wanita yang kuat boleh mengubah tahap keasidan vagina dan akan membuatkan ia terdedah kepada jangkitan bakteria jahat.

TIDAK PERLU GUNA FEMININE WASH @ PENCUCI WANITA SETIAP HARI

Walaupun terdapat feminine wash @ pencuci wanita dengan formula yang lebih lembut, adalah lebih baik jika ia tidak digunakan setiap hari. Cukup sekadar 2 @ 3 kali seminggu, sekiranya tiada sebarang simptom jangkitan. Jika terdapat simptom jangkitan dan perlu menggunakan feminine wash yang lebih kuat, gunakan ia untuk tempoh tidak lebih dari seminggu sahaja.

Elakkan juga daripada menggunakan feminine wash @ pencuci wanita yang ada bahan pewangi kerana pewangi tambahan ini biasanya diperbuat daripada phthalates (kumpulan bahan kimia yang biasanya digunakan dalam pembuatan PVC dan plastik) yang boleh menjadi punca kepada kanser dan gangguan hormon.

Jika anda mencari cara untuk mengekalkan kebersihan dan menghalang jangkitan, dan tidak mempunyai sebarang simptom, pilihan terbaik adalah sabun yang lembut dan air.

Pilih sabun tanpa pewangi (macam agak mustahil kan?) dan hypoallergenic. Ia mudah, tidak mahal dan selamat untuk digunakan setiap hari.

RISIKO KEPADA WANITA YANG SEDANG CUBA HAMIL

Jika anda sedang berusaha untuk hamil, elakkan sepenuhnya penggunaan feminine wash @ pencuci wanita dan douching. Menurut U.S. Department of Health and Human Services, douching boleh mengganggu peluang anda untuk hamil.

Jika anda mempunyai sejarah menghidap endometriosis, PID (Pelvic Inflammatory Disease) atau vaginosis bakteria dan lain-lain jenis jangkitan vagina, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat doktor berhubung alternatif feminine wash yang lebih selamat.

Semoga info yang saya kongsikan kali ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada yang sudi membacanya.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s