Jangan Terjerat Dengan Perniagaan MLM Menipu & Jom Ambil Tahu Sistem Perniagaan MLM Yang Sebenar

Perniagaan MLM… sebut saja perkataan ni, ramai yang mencebikkan bibir, menyampah, meluat dek kerana terlalu banyak sangat perniagaan yang menggunakan nama MLM untuk menipu orang ramai…

Ada yang sampai terpaksa bergolok bergadai semata-mata sebab nak buat modal perniagaan MLM yang mereka join… si upline kata kena labur modal sekian-sekian ribu ringgit untuk beli stok banyak-banyak kalau nak dapat untung BESARRRR…. kena cari sekian-sekian orang untuk kaut komisyen lebat… dapat jer daftar sekian-sekian orang tu kat bawah kita, nanti syarikat akan beri komisyen untuk setiap ‘kepala’ yang kita daftarkan.

Persoalannya disini… kita labur modal puluh-puluh ribu untuk beli stok berkodi-kodi tu dah ada pembeli ke?… kita dah kaji pasaran yang kita nak sasarkan?… kita dah tau dimana kita nak jual stok-stok tu nanti? – jawapannya TAK… BELUM TAU… CLUELESS = HANCUR, RUGI!

Kita daftar orang kat bawah kita, lepas tu syarikat akan bayar komisyen / untung atas ‘kepala’ yang kita dapat –> cuba tanya diri sendiri… kita jual barang atau JUAL ORANG?.. rasanya apa hak kita untuk kaut untung macam tu?… ni dah dikira sebagai untung atas angin…

Kalau menurut Islam, PERNIAGAAN haruslah ada jual beli samada barang ataupun perkhidmatan.

Nasihat saya, sebelum anda membuat keputusan untuk join mana-mana perniagaan MLM, sila kaji terlebih dahulu tentang sistem yang mereka jalankan. Sebenarnya sistem asal perniagaan MLM adalah sangat telus dan langsung tak salah… Perniagaan MLM bukan menipu.. yang jadi salah adalah apabila sesebuah syarikat yang memanipulasi sistem MLM asal kepada sistem MLM putar belit dengan tujuan untuk mengaut keuntungan segera.

MLM sebenarnya sebuah perniagaan yang sangat menguntungkan untuk semua orang yang menjalankannya tak kiralah samada upline atau dowline. Perniagaan MLM juga hampir sama dengan perniagaan yang lain cuma asas dalam perniagaan MLM adalah MEMBINA NETWORK @ MEMBINA RANGKAIAN.

Kenapa perlu membina network @ rangkaian?

Kerana network @ rangkaian ini akan memudahkan proses pemasaran, pengiklanan dan seterusnya penjualan sesuatu produk. Dengan network @ rangkaian yang lebih besar, maknanya jangkaun pasaran juga jadi lebih luas.

slide-31-728

KELEBIHAN NETWORK MARKETING @ PERNIAGAAN MLM

  1. Tidak memerlukan pekerja
  2. Modal permulaan yang rendah
  3. Tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu
  4. Pendapatan / keuntungan tanpa had
  5. Kelebihan percukaian (mungkin hanya bagi negara-negara tertentu)
  6. Kebebasan masa (boleh bekerja dari mana-mana atau pada bila-bila masa saja)
  7. Mempunyai keupayaan besar untuk berkembang

Dalam perniagaan MLM sebenarnya tiada istilah berikut:

  • wajib ada modal permulaan ribuan ringgit (malah tidak ratusan ringgit pun)
  • wajib beli stok berkodi-kodi atau pakej-pakej tertentu untuk layak menjadi ahli
  • wajib cari downline sekian-sekian orang
  • dapat komisyen bila daftar downline (kita bukan jual orang)

Jadi, kalau ada la terjumpa mana-mana perniagaan MLM yang offer atau bersistem seperti di atas, maka besarlah peluang anda untuk kena tipu. Elakkan!

Ketahui ciri-ciri perniagaan MLM patuh syariah supaya kita tak mudah ditipu oleh syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan MLM menipu ni.

Apa pulak ciri-ciri perniagaan MLM yang betul yang sememangnya diamalkan oleh Shaklee dan telah berjaya membuktikan bahawa MLM sebenarnya sebuah perniagaan yang mempunyai sistem yang telus, bersih dan tidak menipu.

KENAPA PILIH PERNIAGAAN MLM SHAKLEE?

  1. Produk yang dijual adalah jelas tujuannya (suplemen & produk untuk tujuan kesihatan)
  2. Produknya bukan emas & perak
  3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjualan dan ahli dibawahnya adalah jelas
  4. Keuntungan dan komisyen BUKAN berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja
  5. Ahli tidak diwajibkan membuat pembelian sendiri di dalam jumlah / pakej tertentu
  6. ‘Upline’ tidak menaruh usaha atas jualan orang dibawahnya (‘downline’)
  7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya
  8. Mempunyai sistem komisyen dan bonus yang telus dan mudah difahami
  9. Penstrukturan plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya adalah secara musyarakah

syarat / sistem di atas adalah bertepatan dengan syarat-syarat MLM menurut shariah

Dalam perniagaan MLM, kita sepatutnya membina network atau rangkaian rakan perniagaan bukan membina sebuah piramid dimana orang atas (upline) terus-terusan memijak orang bawah (downline) walaupun secara kasarnya cartanya kelihatan begitu. Ia sepatutnya hanya pada carta, bukan pada hak mengaut keuntungan & kejayaan yang berhak dirasa oleh semua orang.. tak kiralah dia upline atau downline.

992966

Jika diberi peluang untuk memulakan semula, saya akan memilih NETWORK MARKETING – Bill Gates Seorang billionaire juga bersetuju bahawa MLM @ Network Marketing ada sebuah perniagaan yang memberi peluang yang besar

Jangan salahkan sistem perniagaan MLM kerana sistem perniagaan MLM yang asal adalah betul & telus.

Jangan sembarangan join perniagaan MLM hanya kerana mahukan keuntungan segera, nak cepat kaya, nak kerja senang, nak goyang kaki jer duit masuk dalam bank berkepok-kepok tapi akhirnya terjebak dengan syarikat yang menipu.

Kalau lah ada perniagaan macam tu, maka takdelah orang susah dah dalam dunia ni kan? Kaji betul-betul baru buat keputusan.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengedar Shaklee & Biz Shaklee and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s