Diet @ 12 Jenis Makanan Untuk Hilangkan Stress

Ramai kan orang yang selalu stress. Stress pasal kerja, stress pasal bf atau gf, stress pasal kereta, stress pasal macam-macam. Hampir apa saja boleh dijadikan alasan stress.

Ehh.. tak elok tau stress selalu sebab stress ni boleh menyebabkan kita terdedah kepada risiko penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi dan sakit jantung… erkk!

Ok, jom kita baca apa yang kita boleh buat untuk handle stress dalam aspek pemakanan.

STRESS MANAGEMENT DIET

Stress management boleh menjadi perkara paling powerful dalam kesihatan. Banyak bukti menunjukkan bahawa tekanan berlebihan bukan saja membuatkan kita hilang mood. Orang yang kerap stress atau tertekan lebih terdedah kepada penyakit seperti yang saya sebutkan di atas tadi. Walaupun ada banyak cara untuk menangani stress atau tekanan, makan dengan betul boleh menjadi strategi berkesan.

BAGAIMANA MAKANAN BOLEH MELAWAN STRESS

Makanan boleh melawan stress dalam pelbagai cara. Makanan yang menenangkan atau comfort food seperti semangkuk oatmeal suam, sebenarnya boleh menggalakkan tahap serotonin, iaitu kimia otak yang menenangkan. Ada juga makanan lain yang boleh menurunkan kadar cortisol dan adrenaline, hormon stress yang selalu bertepek dalam badan kita ni. Diet yang berkhasiat dan seimbang boleh mengatasi kesan stress dengan meningkatkan sistem imun dan menurunkan tekanan darah.

KARBOHIDRAT KOMPLEKS

Semua jenis karbohidrat memberi isyarat kepada otak untuk menghasilkan lebih serotonin. Untuk memastikan kimia penenang ni sentiasa stabil, makanlah karbohidrat kompleks. Pilihan terbaik untuk karbohidrat kompleks ialah breakfast cereals, roti dan pasta bijirin penuh. Karbohidrat kompleks juga membantu kita untuk menstabilkan kandungan gula dalam darah.

complex carbs

Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks

KARBOHIDRAT RINGKAS

Pakar diet biasanya mengsyorkan kita untuk elakkan karbohidrat ringkas seperti makanan manis dan soda. Tetapi makanan ini boleh menjadi pemulih segera kepada stress. Gula ringkas dihadam dengan lebih cepat, menjadikan serotonin lebih cepat dihasilkan. Tapi ingat yer, hadkan pengambilan gula ringkas ni sebab ia boleh membahayakan kesihatan.

Unhealthy-Carbohydrates

Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat ringkas yang tidak elok untuk kesihatan

BUAH OREN

Oren adalah salah satu sumber utama vitamin C. Kajian menunjukkan bahawa vitamin boleh menurunkan paras hormon stress disamping menguatkan sistem imun. Individu yang menghidap tekanan darah tinggi, tekanan darah dan paras cortisol (hormon stress) mereka boleh kembali ke paras normal dengan lebih cepat apabila mengambil vitamin C.

SAYUR BAYAM

Sayur kegemaran Popeye the sailorman… toot… toot… hehehe… – sayur bayam mengandungi magnesium yang tinggi dan magnesium berfungsi untuk memberi rasa tenang. Kekurangan magnesium boleh menjadi punca kepada sakit kepala yang kerap, keletihan dan akhirnya menyebabkan stress. Jadi, jom amalkan makan sayur bayam. Tak suka sayur bayam?… boleh pilih suplemen Ostematrix daripada Shaklee sebab Ostematrix ni sumber kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D.

ASID LEMAK

Asid lemak Omega 3 yang terdapat dalam ikan salmon dan tuna boleh membantu dalam menangani stress dan ia juga turut melindungi jantung kita, memperbaiki mood, mengatasi kemurungan dan PMS. Untuk bekalan Omega 3 yang cukup, makan 3 ounce asid lemak ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Tapi rasanya tak ramai yang makan salmon atau tuna setiap minggu kan? Boleh jer pilih Omega Guard daripada Shaklee sebagai alternatif terbaik 😉

21

Mendapatkan sumber asid lemak omega 3 daripada ikan salmon mungkin agak mahal & tidak mampu dibuat bagi sesetengah orang, jadi mencari sumber yang lebih murah dan selamat seperti suplemen Omega Guard Shaklee adalah alternatif terbaik.

TEH HITAM @ BLACK TEA

Kajian menunjukkan bahawa teh hitam @ black tea boleh membantu menangani stress dengan lebih cepat. Orang yang suka minum teh biasanya lebih tenang dan mempunyai paras cortisol yang rendah walaupun selepas melalui situasi tertekan. Lain kisahnya dengan kopi. Bila kita stress, kaffein yang terdapat dalam kopi boleh meningkatkan paras hormon stress dan menaikkan tekanan darah.

KACANG PISTACHIOS

Pistachios dan kekacang lain juga adalah sumber asid lemak Omega 3. Memakan segenggam pistachio, walnut atau badam setiap hari boleh juga membantu menurunkan paras kolesterol, keradangan pada arteri dalam jantung, menurunkan risiko kencing manis dan melindungi kita daripada stress.

AVOCADO

Salah satu cara untuk menurunkan tekanan darah ialah dengan mendapatkan potassium yang cukup. Avocado mengandungi potassium yang tinggi selain daripada pisang. Avocado jugak boleh mengelakkan kita daripada makan makanan tinggi lemak yang tidak sihat.

BADAM

Almond mengandungi banyak vitamin penting seperti vitamin E yang membantu menguatkan sistem imun, rangkaian vitamin B yang berfungsi sebagai anti-stress.

SAYURAN MENTAH @ ULAM-ULAMAN

Sayuran mentah, ulam-ulaman dan salad juga  boleh membantu melawan stress. Jadi, lebihkan pengambilan salad serta ulam-ulaman dalam diet harian yer… ehh… sedapnya ulam kacang botol mentah cicah sambal belacan… hihiii

SNEK SEBELUM TIDUR @ BEDTIME SNACK

Ambil karbohidrat sebelum tidur boleh mempercepatkan penghasilan serotonin dan membuatkan kita tidur dengan lebih nyenyak. Tapi jangan ambil makanan berat sebelum tidur sebab kita akan rasa tak selesa nanti. Jadi, bolehlah makan roti wholemeal bakar bersama jem. Jangan bedal sampai 4 keping pulak yer… 1 atau 2 keping dah cukuplah…

SUSU

Satu lagi bedtime stress buster ialah segelas susu suam. Ia boleh menjadi penawar kepada insomnia dan keresahan. Menurut kajian, kalsium meredakan keletihan dan mood swing yang berkaitan dengan PMS. Minum susu skim rendah lemak yer.

SUPLEMEN HERBA

Terdapat banyak suplemen herba yang dikatakan boleh melawan stress. Antaranya seperti akar valerian.

SENAMAN

Selain daripada mengubah cara diet harian, salah satu cara terbaik untuk melawan stress ialah dengan bersenam. Senamrobik boleh meningkatkan kitaran oksigen dan menghasilkan endorphinnes; sejenis kimia yang membuatkan kita rasa gembira. Untuk mendapatkan kesan maksimum, buat senamrobik 30 minit; 3 atau 4 kali seminggu.

Ok, no more stress stress yer…. Kita enjoy!!!

Saya amalkan pengambilan vitamin BComplex dan Ostematrix (kalsium / magnesium) setiap hari untuk hari-hari yang sangat menenangkan.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s