15 Sebab Terjadi Penuaan Yang Lebih Cepat

Kadang-kadang tanpa kita sedar, banyak tabiat harian kita mempengaruhi proses penuaan dan juga kesihatan kita. Jom baca antara tabiat yang boleh menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat daripada yang kita sangka.

Penuaan berlaku terlalu cepat jika kita mengabaikan banyak perkara dalam kehidupan

  1. MULTITASKING

Multitasking disini bermaksud cuba melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. Menurut Raymond Casciari, Chief Medical Officer St. Joseph Hospital, Orange California, multitasking akan menyebabkan seseorang itu tertekan.

Tekanan yang yang kronik boleh menjadi punca pembebasan radikal bebas, iaitu molekul tidak stabil yang akhirnya menyebabkan kerosakan sel-sel. Tumpukan perhatian kepada satu tugasan pada satu masa dan beralih kepada tugasan lain selepas tugasan pertama telah selesai.

2. TIDAK MENINGGALKAN PENCUCI MULUT YANG MANIS

Selain daripada penambahan berat badan, keadaan gigi juga memainkan peranan dalam penampilan wajah kita. Menurut kajian, molekul gula sangat mudah bertindakbalas dengan serat protein yang terdapat dalam sel-sel tubuh manusia.

Proses ini dinamakan glycation yang akhirnya menyebabkan lingkaran lebam bawah mata, kehilangan seri kulit, meningkatkan kedutan, membesarkan liang pori dan kehilangan kontor wajah. Jika kita ingin mengekalkan keserian dan keremajaan wajah, tinggalkan makanan-makanan manis ini.

3. TIDAK CUKUP TIDUR

Selalu pastikan kita mendapat tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Tidur yang tidak cukup bukan sahaja menyebabkan lebam di bawah mata dan eyebags tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan. Jika anda mengalami masalah susah hendak tidur, cuba masuk tidur awal agar anda mendapat rehat yang secukupnya.

4. TERLALU BANYAK MENONTON TV

Ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi kurang aktif kerana ‘melekat’ di depan TV. Ambil perhatian! Apabila anda duduk lebih daripada 30 minit, badan anda akan mula menghasilkan partikel gula di dalam sel.

Ini juga boleh menjadi punca penambahan berat badan. Pastikan anda kerap bergerak atau bangun sekurang-kurangannya setiap 30 minit semasa menonton.

5. BANYAK MENGHABISKAN MASA DENGAN DUDUK

Individu yang terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk adalah terdedah kepada peningkatkan risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang dan juga obesiti. Kerap bersenam boleh mengurangkan risiko-risiko ini dan ia juga membantu anda untuk hidup lebih sihat.

6. TIDAK MENGGUNAKAN KRIM MATA

Gunakan krim mata yang bersesuain untuk memberi kelembapan pada kulit sekitar mata. Cari produk yang mengandungi vitamin A, vitamin C dan antioksidan bagi menggalakkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis-garis halus.

ETC

Shaklee Enfuselle Eye Treatment terbukti boleh membantu meredakan lebam disekeliling mata @ mata panda yang menyebabkan seseorang itu nampak kusam dan tua

7. MENGGUNAKAN SUNBLOCK HANYA SEMASA BERCUTI DI TEPI PANTAI

Setiap hari kita terdedah kepada pancaran cahaya matahari walaupun hanya sekadar berjalan dari pintu pejabat ke kereta atau mengangkat jemuran di depan rumah. Pendedahan kepada pancaran cahaya matahari adalah salah satu punca penuaan kulit.

Sinaran UV juga bukan setakat wujud ketika cuaca panas, malahan ketika hujan ataupun cuaca mendung. Oleh itu, pastikan sentiasa menyapu krim pelindung matahari setiap masa.

8. MENGGUNAKAN TERLALU BANYAK ALAT SOLEK

Berlebihan dalam menggunakan alat soleh boleh menyebabkan anda cepat kelihatan tua. Alat solek terutamanya yang berasaskan minyak boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan kerosankan kulit.

Kebanyakkan alat solek juga mengandungi bahan kimia, ajen alkohol dan wangian yang akhirnya menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam kerana lembapan semulajadi musnah.

9. TIDUR MENIARAP

Individu yang tidur secara meniarap dengan muka dibantal akan menyebabkan pembentukan kedutan pada wajah berlaku lebih cepat. Pastikan sentiasa tidur secara menelentang dan gunakan bantal yang lembut untuk tidur yang lebih selesa.

10. MENYIMPAN DENDAM

Hidup ini adalah terlalu pendek dan terlalu berharga. Oleh itu, menyimpan dendam adalah sangat merugikan. Belajar untuk memaafkan dan biarkan segala yang buruk itu berlalu. Anda akan merasa lebih ceria dan bahagia. Ini adalah faktor penting dalam mengawal penuaan, tekanan darah dan kemurungan.

11. TIDAK MEMAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

Sumber terbaik untuk mendapatkan kalori adalah daripada buah-buahan dan sayuran. Khasiat daripada buah-buahan dan sayuran ini juga menggalakkan kesihatan kulit dan kesegaran kulit.

12. KURANG MENGAMBIL LEMAK BAIK DALAM DIET HARIAN

Lemak baik dipercayai dapat membantu seseorang itu untuk kelihatan awet muda. Antara lemak baik yang penting adalah Omega 3 yang boleh didapati daripada ikan seperti mackerel dan salmon dan kekacang seperti flax seeds dan walnut yang boleh membantu kulit lebih anjal dan mengelakkan pembentukan kedutan.

Nutrien penting ini juga membantu dalam kesihatan jantung dan otak. Penting untuk memasukkan ikan ke dalam diet harian sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

salmon

Salmon adalah salah satu sumber asid lemak omega 3 yang boleh dimasukkan dalam senarai diet harian

13. MALAS ATAU KURANG MELAKUKAN PERGERAKAN / SENAMAN

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan tekanan dan kesakitan kepada tulang belakang. Ini akan mempengaruhi bentuk badan seseorang kerana lama-kelamaan boleh menjadikan mereka bongkok. Amalkan cara duduk yang betul dengan memastikan bahu, pinggul dan telinga berada dalam keadaan selari.

14. PENGAMBILAN ALKOHOL

Alkohol boleh menyebabkan penuaan kulit menjadi lebih pantas kerana biasanya ia mengembangkan saluran darah kecil yang terdapat pada kulit dan juga meningkatkan aliran darah darah pada permukaan kulit. Lama kelamaan, saluran darah ini boleh rosak dan mengakibatkan ia pecah dan menghasilkan kulit yang kelihatan kemerahan.

15. TERDEDAH KEPADA SUHU/CUACA SEJUK

Suhu yang rendah dan angin sejuk juga boleh menyumbang kepada penuaan kulit kerana ia boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Oleh itu, jika anda ingin melancong ke negeri beriklim sejuk, pastikan sentiasa ada bekalan pelembab yang baik.

Sumber rujukan: Majalah Natural Health

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s