Oksidasi: Bagaimana Penuaan Terjadi & Bagaimana Cara Mendapatkan Penuaan Yang Sihat

APA KAITAN OKSIDADI DENGAN PENUAAN DAN PENYAKIT?

Hirisan epal yang dibiarkan terdedah kepada udara bertukar menjadi lebam. Ikan menjadi busuk, luka ditangan menjadi semakin teruk. Semua ini adalah proses semulajadi yang dipanggil sebagai oksidasi. Proses ini terjadi kepada semua sel yang terdapat dalam alam semulajadi termasuklah sel dalam tubuh manusia yang mengakibatkan terjadinya penuaan dan penyakit.

images

Contoh kesan oksidasi kepada kehidupan sekeliling kita

Untuk membantu badan anda dilindungi daripada kerosakan akibat oksidasi seperti penuaan dan penyakit, alam semulajadi menyediakan beribu jenis antioksidan dalam pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan kekacang. Apabila tubuh memerlukan sistem pertahanan terbaik, terutamanya dalam keadaan persekitaran zaman sekarang, antioksidan adalah crucial (terpenting).

BAGAIMANA OKSIDASI TERJADI

Oksigen bertindakbalas dengan semua jenis sel – hirisan epal, atau dalam tubuh manusia, sel melapisi paru-paru atau luka pada kulit – oksidasi pun berlaku.

Proses ini menghasilkan perubahan kepada sel-sel tersebut. Ia mungkin mati, contohnya buah-buahan yang busuk. Jika kulit terluka, sel yang mati akan digantikan dengan sel baru, maka luka pun sembuh.

oxidation

Epal ini menunjukkan bagaimana oksidasi yang terjadi melalui serangan radikal bebas terhadap sel-sel dan akhirnya menyebabkan penuaan pra-matang dan penyakit.

Hidup dan mati sel-sel dalam tubuh ini berlaku secara berterusan, 24 jam sehari. Ia adalah proses penting untuk memastikan tubuh yang sihat. “Oksidasi adalah proses semulajadi yang berlaku dalam fungsi selular normal,” – penyelidik Jeffrey Blumberg, PhD, Professor of Nutrition di Tufts University, Boston.

Tapi, ada juga kepincangannya. Semasa tubuh memetabolismakan oksigen dengan sangat efisien, 1% atau 2% sel akan rosak dan bertukar menjadi radikal bebas.

Radikal bebas ialah terma yang selalu digunakan untuk menghuraikan tentang kerosakan sel yang boleh membawa banyak masalah. Ia disebut ‘bebas’ kerana sel-sel tersebut adalah molekul kritikal yang hilang, dan kemudiannya membuat serangan untuk bergabung dengan molekul lain. Molekul ini akan mencuri mana-mana molekul lain untuk tujuan tersebut.

what-are-free-radicals11

Radikal bebas adalah sel-sel yang telah rosak dan ibarat ‘pencuri’ yang kehilangan tenaga. Radikal bebas menyerang dan mencuri tenaga daripada sel-sel lain untuk mereka terus hidup.

Jadi, lindungilah diri daripada serangan radikal bebas ni sebaik mungkin sebab sekali ia menyerang, sel-sel akan rosak dengan sangat cepat. Dan apabila ini berlaku, penuaan akan berlaku secara tidak sihat dimana kita akan terdedah kepada pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser, serangan jantung, kencing manis dan sebagainya.

free-radicals-cartoon

Ini adalah beberapa punca terjadinya radikal bebas dan penyakit yang boleh terjadi akibat serangan radikal bebas tersebut terhadap tubuh kita

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

Untuk menghalang serangan radikal bebas, kita perlukan antioksidan yang baik. Dari mana nak dapatkan antioksidan ni?
Antara suplemen Shaklee yang tinggi antioksidan ialah:-

  • Vivix
  • Vitamin E
  • Carotomax (Vitamin A)
  • Vitamin C

Apa kata Jamie McManus, Chairman Medical Affairs, Health Science & Education Shaklee tentang penuaan dan Vivix:

Kesimpulannya, kerosakan DNA dan sel adalah punca yang menjadikan penuaan terjadi lebih cepat, penuaan berlaku secara tidak sihat, penyakit merbahaya lebih mudah menyerang.

Oleh itu, membaiki DNA dan melindungi sel kita daripada diserang oleh radikal bebas adalah kunci kepada penuaan yang lebih sihat.

Berikut adalah video penerangan ringkas di dalam Bahasa Melayu tentang keberkesanan Vivix dalam melawan penuaan.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s