Vitamin Untuk Ibu Hamil Terutama Bagi Yang Dah Pernah Ada Pengalaman GDM (Kencing Manis Semasa Hamil), HB Rendah Atau Dapat Baby Kulit Sensitif

Semua wanita dan pasangan masing-masing pasti gembira bila dapat tau yang mereka bakal menerima ahli keluarga baru kan?

Excited betul… dan semua mesti nak lalui tempoh kehamilan dengan sihat, ceria dan bertenaga macam biasa… ye tak? 9 bulan tu nak dijadikan sebagai tempoh yang paling sweet dalam kehidupan dan tentulah nak bayi yang bakal lahir tu nanti pun sihat dan bebas daripada sebarang masalah.

Lebih-lebih lagi kalau sebelum ni dah pernah hamil, tak ambil apa-apa vitamin @ suplemen dan terpaksa lalui macam-macam masalah kesihatan seperti GDM (kencing manis), HB rendah, lesu & lemau sepanjang kehamilan atau bayi yang lahir tu kulitnya sensitif.

Menjaga kesihatan di sepanjang tempoh kehamilan sangatlah penting. Penting untuk bakal ibu dan penting untuk bayi. Pemakanan, emosi, faktor sekeliling dan nutrisi mempengaruhi keseluruhan perjalanan tempoh kehamilan tersebut.

Di bawah ni adalah cadangan set vitamin Shaklee untuk kehamilan mengikut trimester

SET VITAMIN ASAS UNTUK KEHAMILAN TRIMESTER PERTAMA

  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • OsteMatrix (Kalsium)

SET VITAMIN ASAS UNTUK KEHAMILAN TRIMESTER KE-2 & KE-3

  • Vita-Lea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • OsteMatrix (Kalsium)
  • Omega Guard

SUPLEMEN TAMBAHAN (PENTING) BAGI SET-SET DI ATAS

ESP (Energizing Soy Protein)

2a

Set lengkap suplemen Shaklee untuk memberi kehamilan selama 9 bulan yang sungguh indah kepada setiap wanita yang sememangnya sungguh istimewa

Berikut fungsi bagi setiap vitamin / suplemen yang dicadangkan:

VITA-LEA 

Vita-Lea adalah multivitamin (jadi dah tak perlu ambil obimin). Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) yang sangat penting jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia / HB rendah. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

BCOMPLEX

BComplex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari.

Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

VITAMIN C

Vitamin C berfungsi untuk melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.

Vitamin C juga membantu dalam penghadaman zat di samping meningkatkan tahap sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita makan 7 biji oren sehari?

Selain itu vitamin C juga dapat membantu meningkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.

OSTEMATRIX (KALSIUM MAGNESIUM)

Ibu yang mengandung memerlukan 1,000mg-1,300mg kalsium sehari. Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.

Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.

Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri.

Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)

Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.

Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk.

Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Mencantikkan kulit ibu dan bayi dan mengelakkan daripada bayi mendapat kulit yang bermasalah / sensitif apabila lahir nanti.

Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.

Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus. Untuk trimester kedua, bolehlah mulakan pengambilan fish oil / asid lemak omega 3 (biasanya kita ambil Neurogain). Dalam Shaklee pun ada fish oil, namanya Omega Guard.

OMEGA GUARD

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ini penting untuk pembentukan otak dan mata bayi. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan.

Jadi, itulah dia vitamin-vitamin yang disyorkan semasa hamil. Mungkin ada yang tanya, asid folik tak perlu ambil ke sebab takde pulak nampak asid folik dalam set di atas kan?

Untuk pengetahuan anda, pengambilan Vita-Lea with Iron Formula + BComplex sebenarnya telah membekalkan jumlah asid folik yang diperlukan oleh ibu hamil iaitu sebanyak 400 mcg (200 mcg + 200 mcg). Pengambilan suplemen ni jugak boleh membantu untuk elakkan kencing manis semasa hamil ata GDM (Gestational Diabetes Mellitus).

Siap dapat bonus jugak tau sebab Vita-Lea ni dah lengkap dengan zat besi. Dan bonus lagi sebab vitamin Shaklee adalah BUKAN SINTETIK ataupun organik tapi 100% SEMULAJADI.

BACA APA KATA IBU-IBU YANG SUDAH MENCUBA VITAMIN / SUPLEMEN SHAKLEE SEMASA MEREKA HAMIL

esp - mengandung

testi - hamil 1

testi - hamil 2

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Kehamilan, Berpantang & Menyusu Bayi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s