Kenali Fakta & Mitos Tentang Penyakit Kanser Dan Jauhi Diri Anda Dari Risiko Penyakit Kanser

Walaupun zaman semakin moden, tapi masih ada mitos dan salah tanggapan mengenai kanser. Agaknya mungkin kerana terlalu banyak fakta bercanggah atau fakta tangkap muat yang dikongsikan di laman-laman sosial.

Internet hampir menjadi punca utama orang zaman sekarang untuk mendapatkan info. Tapi sila berhati-hati dengan info yang tidak sahih.

Kali ni, saya nak ceritakan tentang beberapa mitos dan salah tanggapan mengenai kanser.

TEMBAKAU

Semua orang tahu bahawa merokok itu adalah merbahaya dan mendedahkan di perokok kepada pelbagai risiko penyakit. Menurut Persatuan Kanser Amerika, penggunaan tembakau menjadi punca sekurang-kurangnya 30% kematian semua jenis kanser dan 87% daripadanya adalah kanser paru-paru. Jadi, kalau nak kurangkan risiko kanser, silalah berhenti merokok.

MAKANAN BERASID

Sel kanser hidup dalam persekitaran berasid adalah alasan logic mengenai mitos popular ini. Jadi, dengan berlapar akan mengurangkan keasidan dan sel tidak membiak. Tapi malangnya tiada bukti menunjukkan amalam pemakanan sihat akan mengubah keseimbangan asid tubuh dan kalau berjaya sekalipun, kesannya sangat kecil.

VITAMIN

Terlupa ambil multivitamin boleh meningkatkan risiko kanser. Jangan bimbang kerana multivitamin didapati tidak mempunyai kesan ke atas risiko kardiovaskular atau kanser.

ALKOHOL

Menghadkan pengambilan alkohol sehingga dua unit sehari mengurangkan risiko kanser. Kenyataan ini adalah berdasarkan kajian ke atas 35,000 individu dari lapan buah negara oleh Dana Penyelidikan Kanser Dunia.
Daging mungkin menyumbang kepada kanser terutamanya kanser kolon. Salah satu sebab yang dipercayai ialah kompaun yang memberikan warna merah kepada daging, merosakkan lapisan dalam usus. Mengambil 160gram daging sehari meninggikan risiko sehingga 1/3 sehari.DAGING DIPROSES DAN DAGING MERAH

BLUEBERRY

‘Superfood’ seperti blueberry, teh hijau, bawang putih adalah baik untuk kesihatan tetapi tidak menentang kanser – kajian oleh Penyelidikan Kanser United Kingdom]

SOYA

Walaupun mengandungi bahan kimia yang hampir sama dengan estrogen, hormon yang boleh merangsang sel kanser, kajian terbaru mendapati tiada kesan membahayakan kepada bekas pesakit kanser yang mengambil soya – laporan 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors

PIL PERANCANG KEHAMILAN

Pil perancang kehamilan mengurangkan risiko uterus dan ovary tetapi meninggikan sedikit risiko kanser payu dara. Tetapi selepas 10 tahun berhenti, risikonya sama seperti tidak pernah mengambilnya – sumber: Institut Kanser Kebangsaan Amerika

cancer-ribbons1

KOPI

Ramai yang berpendapat kopi tidak menyebabkan kanser. Tetapi kopi masih tersenarai dalam International Agency Research On Cancer (IARC).

GULA

Satu-satunya masalah berkait dengan gula ialah peningkatan berat badan yang jugak meletakkan kita berisiko tinggi diserang kanser. Gula tidak menyebabkan kanser secara langsung.

ASPIRIN

Individu yang mengambil aspirin setiap hari selama 5 tahun adalah 37% lebih rendah risiko diserang kanser berbanding yang tidak mengambilnya. Tapi masih perlu berhati-hati dengan aspirin kerana ia bukanlah baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, badan-badan tertentu masih perlu menjalankan banyak kajian terhadap risiko penyakit kanser kerana ia bukan sesuatu yang simple. Tapi, pada masa yang sama kita perlulah mengambil berat tentang apa yang kita makan dan minum setiap hari.

“Jika kita tidak makan makanan harian kita sebagai ubat… Kita akan terpaksa makan ubat sebagai makanan harian”

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s