Sumber Protein Terbaik Untuk Otot Dan Kesihatan Dalaman Dewasa & Kanak-Kanak

CADANGAN DALAM MEMILIH PROTEIN POWDER

Bukan semua protein powder sama, jadi amatlah penting untuk membaca labelnya terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis protein powder di pasaran sekarang. Protein powder ini ada yang boleh diambil begitu sahaja dan ada juga yang perlu dicampur dengan campuran lain. Cari protein powder tanpa refined sugar seperti white sugar, sucrose, dextrose, maltose, corn sweeteners atau pemanis tiruan, aspartame.

Ada 4 jenis protein powder yang disyorkan:

  1. WHEY PROTEIN – CONCENTRATE & ISOLATE

Concentrate dan isolate whey telah melalui proses pembuatan untuk mengasingkan kandungan karbohidrat, lemak dan laktosa. Proses ini dikenali sebagai pertukaran ion atau penapisan, yang mana kedua-duanya menghasilkan hampir protein tulen.

Kandungan proteinnya adalah lebih kurang 80% bagi whey concentrate dan 90% bagi whey isolates. Satu cara yang digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu protein dengan yang lain ialah Biological Value (BV).

Protein dengan biological value yang tinggi merangsang pembentukan otot yang baik. Whey concentrate dan isolate mempunyai biological value yang tinggi berbanding whey biasa, susu, telur atau soya.

Orang yang nak jadi body builder selalu minum whey protein ni.

2. CASEIN (PROTEIN SUSU)

Casein ialah protein dominan dalam susu. Sebagai contoh, protein dalam keju dan keju cottage adalah casein. Kadangkala ia dikenali sebagai calcium-caseinate, atau sodium atau potassium caseinate. Ia mengandungi asid amino dan merupakan sumber protein yang baik. Ianya juga sangat rendah laktosa.

Protein ini dihadam dengan perlahan dan akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama kerana ia perlu membentuk sejenis gel semasa proses penghadaman sebelum diserap ke dalam tubuh. Perpindahan yang perlahan ini membuatkan ia terdedah kepada protein yang terdapat dalam saluran pencernaan dan boleh membantu penyerapan.

3. PROTEIN TELUR (PUTIH TELUR)

Protein telur pernah menjadi gold standard berbanding protein-protein lain sehinggalah whey protein ditemui. Protein putih telur membekalkan kesemua 22 asid amino dengan keseimbangan 8 asid amino penting.

Ia merupakan sumber protein terbaik, tetapi agak kurang sedap jika nak dibandingkan dengan rasa whey atau casein. Sesetengah pengilang mencampurkan serbuk putih telur ke dalam protein powder mereka untuk meningkatkan kualiti protein tersebut. Protein putih telur tidak mengandungi kolesterol.

4. PROTEIN SOYA

Protein soya diproses daripada kacang soya dan kesemua lemak, serat dan karbohidratnya dibuang. Memandangkan ia adalah sejenis sayuran, maka ia tidak mengandungi kolesterol. Ia juga mengandungi asid amino seperti protein lain. Soya adalah sumber diet signifikan bagi isoflavones.

Ia adalah isoflavones semulajadi aregenistein, daidzein dan glycitein. Isofalvones ini ideal untuk semua peringkat umur terutamanya wanita yang mementingkan kesihatan tulang, yang mencari alternatif kepada hormone replacement therapy dan wanita yang mengalami simptom menopause.

Isoflavones juga berfungsi bersama-sama protein soya dalam menurunkan paras kolesterol. Pengambilan 25 gram protein soya sehari  sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak dan kolesterol boleh mengurangkan risiko sakit jatung.

Sesetengah jenama menggunakan soya GMO, maknanya ia adalah soya yang diubahsuai secara genetik. Kebanyakan jenama kini beralih kepada soya non-GMO (non genetically modified – soya yang tidak diubahsuai secara genetik) untuk menghasilkan protein powder. Periksa label protein anda dan pastikan ia adalah jenama yang menggunakan soya non-GMO.

Kesimpulannya, setiap jenis protein mempunyai kelebihan tersendiri. Saya cadangkan anda mempelbagaikan sumber protein anda dan pastikan pengambilan yang cukup untuk kesihatan optima.

protein

Protein daripada Shaklee untuk dewasa dan kanak-kanak

KENAPA PROTEIN CINCH SHAKE & ESP SHAKLEE BERBEZA DARIPADA SUPLEMEN PROTEIN LAIN YANG TERDAPAT DI PASARAN.

Kerana:

  • Ia menggunakan kacang soya non-GMO ( tak diubah secara genetik~ Kenapa protein soya mestilah non-genetic engineered? Sebab secara umumnya kacang soya dari jenis genetik ni murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin semulajadi la) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos sebab tu mereka menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, saintis Brazilian government menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan
  • Protein Shaklee mengandungi 9 asid amino perlu – Ni ciri yang amat penting sebab badan memerlukan kesemua 9 asid amino ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Kalau salah satu daripada asid amino penting ni takde, sistem imun akan tertekan hampir 30% dan banyak fungsi tubuh yang penting akan menjadi lambat atau terhenti.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol – Alkohol tu haram yelah satu hal jugak kan. Tapi kalau dicuci dengan alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! sedanglan isoflavone tu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Isoflavones juga bermanfaat untuk seimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Proses pembuatan protein soya tanpa pemanasan – asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Proses memasak akan memusnahkan sehingga 50% asid amino penting yang terdapat dalam protein. Diet yang kurang asid amino penting boleh menyebabkan gangguan perkembangan otak, hormon dan tisu badan lain.
  • Soy isolate itu ditambah dengan unsur kalsium – kenapa? ~ kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium.
Shaklee difference

Ini sebabnya mengapa Shaklee berbeza dengan jenama lain yang ada di pasaran.

Jadi, dah tau cara nak pilih sumber protein yang terbaik kan?

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Info Sihat and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s