Tips: Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus Secara Sihat & Selamat Dan Masih Boleh Makan Makanan Yang Sedap

Nak kurus!

Ramai yang nak kuruskan badan dan nak cari cara dan petua yang boleh turunkan berat badan dengan cepat.

Bila cerita bab nak turunkan berat badan semua nak cepat dan senang. Boleh dikatakan 99% orang yang mencari produk untuk turunkan berat badan dengan saya akan bertanya “boleh turunkan berat dengan cepat tak?”… atau “berapa kilo boleh turun dalam masa seminggu?”

Soalan ‘nak turunkan berat badan dengan cepat’ tu memang saya tak boleh nak elak.

Tahu tak apa yang paling penting sebenarnya kalau kita nak turunkan berat badan atau apa yang perlu kita ambil berat bila mencari produk untuk turunkan berat badan?

Ni saya nak cerita sikit yer….

TIPS DIET

Diet sihat dan makanan diet yang sesuai sangat penting dalam membantu penurunan berat badan yang sihat. Tapi sayangnya, ramai yang tersilap bila mengatur menu diet mereka demi nak turunkan berat badan dengan cepat tadi lah.

Tak dinafikan memang ada banyak jenis diet yang disyorkan untuk turunkan berat badan cuma kita sebenarnya tak boleh nak aci redah jer ikut mana-mana diet yang kita rasakan boleh buang berkilo-kilo lemak dalam masa seminggu. Takpe lah kalau lemak yang hilang. Tapi kalau otot pun ikut sama hilang ape cer?

Berdiet tak perlulah sampai mengikat perut, totally tak makan nasi, daging, ayam dan sebagainya. Dok makan sayur dengan buah jer hari-hari. Ape nak jadi? Nanti nak berjalan pun tak larat. Memang la boleh kurus.. kurus kering nanti sebab banyak nutrisi yang kekurangan. Itu tak kira lagi kalau sakit.

Sudahnya nanti, kita jadi penat dan fed up… frust… akhirnya kita akan cenderung untuk kembali semula kepada tabiat pemakanan yang lama.. kes balas dendam pun ada.. dah lama sangat tak makan nasi, sekali dapat makan sampai lupa diri. Hasilnya? of course berat badan akan naik semula secara mendadak. Lepas tu nak ikat perut lagi ke? memang tak la kann.. tak sanggup dah.

Jadi, tolonglah elakkan diet yang ekstrem. Tak perlulah menyiksa diri demi nak kurus sebab ada cara yang lebih selamat dan menyihatkan yang boleh kita guna.

JANGAN BERDIET KERANA IKUT-IKUTAN SEDANGKAN BELUM TENTU DIRI SENDIRI MAMPU NAK IKUT

top-3-diet-tips

3 tips penting untuk mereka yang ingin turunkan berat badan

SASARAN YANG REALISTIK

Kesilapan kedua yang ramai orang buat adalah dengan meletakkan sasaran yang tak masuk dek akal. Sasaran yang tak realistik. Nak turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu! Rasa-rasanya realistik tak atau soalan paling tepat adalah mampu ke tak kita nak turunkan sampai berpuluh kilo dalam masa yang singkat.

Purata penurunan berat badan yang disyorkan adalah 1.5kg seminggu sahaja. Itu sudah cukup baik. Tolonglah sedar diri bila letakkan sasaran tu. Tanya balik pada diri sendiri “dah berapa lama aku ternak lemak ni dalam dalam badan?” kalau dah 10 tahun hidup dengan berat badan berlebihan dan bawa lemak kesana-kesini, rasa-rasanya boleh ke nak buang lemak yang dah tepu tu dalam masa seminggu?

Kalau ye pun dapat turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu, tapi apa gunanya kalau berat badan naik semula mencanak-canak lepas tu sebab tak larat nak ikut diet yang diberikan? Betul tak?

Ok, sudah-sudah tu membebel.. pantang ada peluang membebel jadi panjang lebar pulak kan.. hehee.. sorry..

Sekarang saya nak bagi tips ringkas untuk turunkan berat badan secara selamat dan sihat:

  1. Ambil diet tinggi serat seperti oat, wholemeal bread, brown rice, buah-buahan dan sayuran
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 – 3 liter sehari (sehari yer bukan semua sekaligus, nanti berumahtangga kat toilet jadinya).
  3. Kurangkan atau tinggalkan terus pengambilan gula ringkas (minuman manis, kuih, kek, roti putih dan sebagainya).
  4. Bersenam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu 30 minit satu sesi.
  5. Letakkan sasaran yang realistik.
  6. Penurunan berat badan yang perlahan dan konsisten adalah jauh lebih baik berbanding penurunan berat badan mendadak.
  7. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  8. Jadikan kekacang dan buah-buahan sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan atau minuman manis.
  9. Ambil protein sebagai sokongan bagi membantu pembinaan otot bagi mendapatkan tahap metabolisma yang baik dan protein juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
  10. Asid lemak baik seperti Omega 3 & Omega 6 juga membantu dalam pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

Semoga bermanfaat!

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Pengurusan Berat Badan and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s