Cara Atasi Tiroid & Pantang-Larang Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mengawal Tiroid

Entry ini adalah berdasarkan konsultasi daripada doktor yang saya dapat dan pengalaman saya sendiri yang telah menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid selama lebih 16 tahun.

Pelbagai komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu jer boleh berbeza-beza.

hyperthyroidism

Komplikasi kesihatan yang dihadapi oleh pesakit tiroid (hyperthyroid)

Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa. Pesakit tiroid juga takkan nampak seperti mereka sakit cuma bagi pesakit hyperthyroid biasanya rambut mereka akan jadi sangat nipis atau terus botak akibat keguguran rambut yang kronik, mereka sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih kerana degup jantung yang terlalu cepat.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada had yang sepatutnya.

Degup jantung orang dewasa yang normal (tanpa melakukan aktiviti) ialah antara 60 – 100 beat sahaja.

Selain daripada bergantung dengan ubat tiroid dari hospital sebenarnya pesakit tiroid amat-amat memerlukan vitamin tambahan kerana pesakit tiroid biasanya mengalami kekurangan nutrisi yang agak kronik.

KENAPA SUPLEMEN @ VITAMIN PENTING UNTUK PESAKIT TIROID?

Pengambilan suplemen bukan bertujuan untuk mengubati penyakit tiroid sebab suplemen bukan ubat. Tetapi ia lebih kepada untuk menampung kekurangan nutrisi kronik penghidap penyakit tiroid ni terutamanya hyperthyroid.

Hyperthyroid menyebabkan kehilangan nutrisi yang teruk dan jika tidak diganti, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan lain seperti keguguran rambut yang kronik dan berterusan, osteoporosis, sistem imun yang lemah yang boleh menganjur kepada pelbagai alahan dan sebagainya.

TIPS NUTRISI & PANTANG LARANG PENYAKIT TIROID

Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-

  1. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
  2. Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
  3. Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  4. Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  5. Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
  6. Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
  7. Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
  8. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
  9. Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
  10. Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
  11. Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
  12. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

CADANGAN VITAMIN @ SUPLEMEN UNTUK PESAKIT TIROID

THYROID2

Ini antara suplemen penting yang perlu diambil oleh pesakit tiroid.

Di atas adalah antara suplemen @ vitamin penting yang diperlukan oleh pesakit tiroid. Nampak banyak?… betul!… memang agak banyak kerana pesakit tiroid mengalami penurunan dan kekurangan nutrisi yang agak kronik. Sebab tu pesakit tiroid mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah kena selsema dan macam-macam lagi penyakit boleh hinggap. Saya yang sebelum ni tak pernah kena asthma pun boleh kena padahal takde sorang pun dalam family ada penyakit ni.

Kalau kekurangan nutrisi ni dibiarkan, maka mungkin seumur hiduplah satu demi satu penyakit datang bersilih ganti atau boleh jadi jugak datang sekaligus!

Pesakit tiroid juga boleh hidup sihat seperti orang yang normal asalkan menjaga diet dan ambil berat tentang keperluan nutrisi tubuh. Saya adalah salah seorang pesakit hyperthyroid sejak 16 tahun dulu dan kini saya hidup bebas macam orang lain yang sihat!

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Hyperthyroid & Hypothyroid and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s