Punca & Cara Mengatasi Keguguran Rambut Selepas Bersalin: Rawat Sebelum Ia Menjadi Masalah Rambut Gugur Kekal Yang Sukar Dipulihkan

Ini masalah biasa kan… bukan saja ibu selepas bersalin yang hadapi masalah rambut gugur… yang tak selepas bersalin pun ramai yang keguguran rambut sampai nak botak jadinya. Tak perlu tunggu dah tua baru rambut nak gugur… muda belia lagi dah merasa.

Tapi kali ni saya nak bawa fokus anda kepada masalah rambut gugur bagi ibu selepas bersalin. Kita nak tahu punca dan macam mana nak atasi masalah rambut gugur ni supaya tak perlu hadapi risiko kepala botak.

PUNCA KEGUGURAN RAMBUT IBU LEPAS BERSALIN

PERUBAHAN HORMON

Semasa hamil, hormon progesteron dan estrogen pada wanita jadi sangat tinggi. Kedua-dua hormon ni menyebabkan pertumbuhan rambut jadi terhenti dalam fasa anagen (fasa pertumbuhan). Sebab tu lah wanita hamil akan nampak lebih berseri, cantik dan rambut mereka berkilat & bersinar.

Tapi bila dah selepas bersalin, lain pulak jadinya terutama sekali bila umur bayi dah mencecah 3 hingga 4 bulan. Semua hormon akan jadi normal semula dan masa ni lah ibu-ibu akan mengalami masalah rambut gugur.

Rambut gugur akan lebih banyak sebab sepanjang tempoh kehamilan takde rambut yang gugur. Jadi, semuanya pakat nak gugur sekarang… belum sempat tumbuh atau jadi panjang, rambut dah gugur. Makin lama makin nak botak jadinya.

TEKANAN

Selepas bersalin tentulah wanita yang dah jadi ibu akan lebih sibuk sebab perlu uruskan keperluan keluarga, diri sendiri dan bayi yang baru lahir. Lagi kalut kalau si ibu ni bekerja.

Dalam kekalutan seharian, belum tentu si ibu sempat untuk betul-betul memberi perhatian kepada diri sendiri dan menguruskan diri dengan sempurna apatah lagi nak memanjakan diri membelai wajah atau rambut.

Sudahnya, masalah rambut gugur selepas bersalin pun tak sempat nak diambil kisah dan akhirnya menjadi semakin teruk. Jika dalam tempoh setahun masalah rambut gugur selepas bersalin ni tak dirawat, ia akan membawa kepada keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness) dimana masalah rambut gugur jenis ni biasanya akan kekal dan amat sukar untuk dirawat.

BERUSIA DAN MEMILIKI RAMAI ANAK

Ibu yang lebih berusia dan telah hamil lebih daripada 3 kali lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah rambut gugur selepas bersalin berbanding ibu muda.

Semakin berusia, bermulalah masalah puncak kepala (crowning area) menjadi semakin nipis. Bermula dari bahagian tengah kemudian merebak ke bahagian tepi. Sebab tu orang yang botak biasanya rambut di bahagian tengah kepala amat nipis sampai boleh nampak kulit kepala. Masalah ni bukan semata-mata kerana hormon, tapi juga kerana penjagaan rambut yang tidak betul selepas bersalin.

PEMAKANAN TIDAK SIHAT

Diet dan pemakanan yang tidak sihat juga menyumbang kepada masalah rambut gugur. Biasanya ibu-ibu selepas bersalin akan mengawal pemakanan mereka dan berpantang untuk mendapatkan semula bentuk tubuh asal seperti sebelum hamil. Ini sebenarnya menyebabkan mereka mengalami kekurangan nutrisi yang agak teruk.

FAKTOR USIA

Proses penuaan wanita berlaku lebih cepat berbanding lelaki. Sebab tu lah kulit kepala wanita juga menjadi tua dengan lebih cepat. Masalah penuaan ni menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong. Liang-liang rambut yang kosong ni kalau dibiarkan dan tak diaktifkan semula bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup terus dan rambut tidak akan dapat tumbuh lagi. Liang-liang rambut yang tertutup ni takkan boleh dirawat atau diaktifkan lagi.

img_5312

Masalah rambut gugur yang kelihatan tidak serius begini akan menjadi lebih kronik sekiranya tidak dirawat dengan cepat

Semakin kita berusia, keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien juga semakin rendah. Ini kerana semua sel-sel sudah menjadi tua. Bila umur semakin tua, kita kadangkala lupa bahawa tubuh kita amat-amat memerlukan lebih banyak nutrisi. Organ-organ dalam tubuh kita juga turut menjadi tua.

Sebab tu kita semakin kita berusia, semakin banyak nutrien yang kita perlukan supaya nutrien yang diserap akan dapat dibahagi-bahagikan kepada organ-organ yang ada untuk ia berfungsi dengan baik. Ini termasuklah nutrien yang diperlukan untuk kesihatan kulit kepala dan rambut.

CADANGAN SUPLEMEN / PRODUK SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN

after bersalin

ESP, Zinc & Vita-Lea boleh diambil sejak mula berpantang dan berterusan sampai bila-bila untuk memastikan kita mendapatkan sumber nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan kulit kepala, rambut dan tubuh badan

ESP – sumber protein yang kaya dengan 9 asid amino penting untuk memastikan kesihatan dan kekuatan rambut disamping membantu pembinaan sel-sel baru yang lebih sihat untuk kesihatan tubuh badan secara menyeluruh.

Vita-Lea – multivitamin yang diformulasikan dengan zat besi yang berfungsi untuk ‘mengangkut’ oksigen ke folikel / akar rambut. Folikel / akar rambut yang mendapat oksigen yang cukup akan lebih sihat dan kuat.

Zinc – mineral penting dalam memastikan kesihatan kulit kepala dan kesuburan rambut.

Nourshing Scalp Treatment – serum dengan formula tanpa bilas yang diperkaya dengan vitamin A, vitamin E dan CoQ10 untuk menyuburkan rambut dan membantu mempercepatkan pertumbuhan rambut baru melalui penjagaan luaran.

Suka saya ingatkan sekali lagi, masalah rambut gugur selepas bersalin yang tidak dirawat dengan cepat dan pengabaian pengambilan nutrisi penting akan menyebabkan ia menjadi masalah rambut gugur kekal & sukar dipulihkan semula.

Jadi, tindakan cepat dengan mengambil nutrisi penting, penjagaan rambut dan penggunaan produk rambut yang betul, pemakanan yang sihat adalah faktor penting yang wajib diambil berat.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Rambut Lebat Bersinar and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s