Tips Penjagaan Rambut Kering, Berminyak & Bercabang

Rambut panjang, rambut pendek, rambut kering, rambut berminyak, kerinting atau lurus – adakah kita menjaga rambut kita dengan betul? Adakah kita menggunakan produk yang betul? Adakah syampu yang kita gunakan merosakkan rambut kita? Berapa kerap kita perlu menyikat rambut?

Banyak betul kan persoalan yang berkaitan dengan penjagaan rambut. Lebih daripada 100,000 folikel yang ada di atas kepala yang perlu kita jaga dengan cara yang betul.

KULIT DAN RAMBUT KITA

Kadang-kadang, jenis kulit kita turut memberi kesan kepada jenis rambut kita. Kalau kulit kita kering, rambut kita juga boleh jadi kering. Sama jugak jika kulit kita berminyak, rambut pun berminyak.

Memang banyak produk penjagaan rambut yang ada di pasaran untuk membantu remaja dalam penjagaan kulit dan rambut tapi malangnya lebih banyak produk yang membawa keburukan berbanding kebaikan. Jom kita tengok apakah dia punca rambut kering dan rambut berminyak dan macam mana nak merawat masalah ni.

TIPS PENJAGAAN RAMBUT KERING

Rambut kering akan nampak rapuh dan mengerbang. Banyak punca terjadinya rambut kering ni dari genetik hinggalah kepada rawatan yang diambil.

Kelenjar minyak yang tak aktif akan menyebabkan rambut menjadi kering. Cuci rambut hanya 2 atau 3 kali seminggu kalau anda mempunyai jenis kulit yang kering dan rambut kering.

Beri perhatian juga kepada jenis syampu dan kondisioner yang anda gunakan. Cari jenis produk yang tertulis “hydrating” dan “moisutrizing”

Elakkan lebihan pendedahan kepada kepanasan dan penggunaan bahan kimia seperti pelurus rambut, pengering rambut, pewarna rambut dan sebagainya.

Paling mudah kalau kita nak tahu samada sesuatu peralatan tu sesuai atau tak dengan rambut kita, fikir tentang kulit kita. Takkan kita nak letakkan pemanas 1875 watt pemanas pada kulit kita setiap pagi kan? Jadi, samalah jugak dengan penggunaan pengering rambut.

Bahan kimia yang kuat yang terkandung dalam pewarna rambut boleh menyebabkan kita kehilangan lembapan / minyak semulajadi yang diperlukan oleh rambut kita. Bahan kimia ni jugak boleh menyebabkan rambut bercabang dan mudah putus / gugur.

Berhati-hati juga dengan klorin dan sinaran cahaya matahari. Kedua-dua ni boleh menyebabkan rambut menjadi kering.

Pastikan anda cuci rambut betul-betul selepas mandi laut atau kolam renang. Kalau anda memang yang jenis kerap ke kolam renang, cari syampu yang memang direka khas untuk menyingkirkan klorin dari rambut.

TIPS PENJAGAAN RAMBUT BERMINYAK

Rambut anda jenis berminyak? Baru lepas cuci rambut waktu pagi tapi belum sampai ke malam rambut dah berminyak dan kulit kepala terasa melekit semula?

Rambut berrminyak adalah disebabkan oleh kulit kepala yang berminyak. Syampu rambut setiap kali dirasakan perlu dan cuci 2 kali jika mahu. Cuba biarkan syampu selama 5 minit di atas kepala sebelum membilas dan hanya gunakan kondisioner pada hujung rambut saja. Jangan sapu kondisioner terus pada kulit kepala. Elakkan menyikat rambut terlalu kerap sebab ini akan membawa minyak pada kulit kepala ke seluruh bahagian rambut sampai ke hujung.

Quick-fix – dab (tepuk-tepuk) sedikit bedak talcum pada kulit kepala.

Elakkan produk untuk membuatkan rambut jadi lebih bersinar sebab produk ni hanya akan menambah lebih banyak minyak kepada kulit kepala dan rambut anda.

MENGURUSKAN RAMBUT BERCABANG

Rambut bercabang boleh jadi berpunca daripada penggunaan pengering rambut, pelurus rambut atau terlalu kerap menyikat (berus) rambut. Langkah yang boleh diambil adalah, potong hujung rambut yang bercabang tu. Cegah rambut becabang dengan mengurangkan memberus rambut, penggunaan pengering rambut, guna kondisioner lebih kerap dan elakkan rambut daripada terkena suhu panas / cahaya matahari.

‘MAKANAN’ UNTUK RAMBUT

Rambut kita juga perlukan ‘makanan’. Makanan yang baik akan membantu memastikan kita mendapat rambut yang sihat, lebat & bersinar.

food for hair

CADANGAN PRODUK / SUPLEMEN UNTUK RAMBUT LEBIH KUAT, SIHAT, LEBAT & BERSINAR

RAMBUT GUGUR

KELUMUMUR, BERCABANG, ROSAK

Syampu dan kondisioner ProSante Shaklee ni bebas paraben dan sangat sesuai dengan semua jenis rambut bagi lelaki terutamanya yang takut botak & wanita termasuklah wanita yang bertudung.

Ia selamat digunakan setiap hari atau sekerap yang mungkin untuk memastikan kulit kepala sentiasa bersih & sihat.

Selain daripada penggunaan produk penjagaan & kesihatan rambut secara luaran, kita juga boleh memilih untuk mengambil suplemen bagi membantu secara dalaman kerana kesihatan rambut bermula dari akar yang kuat.

AKAR

Nutrisi & mineral yang cukup akan membantu kita untuk mendapat rambut yang lebat, sihat, kuat & bersinar. Rambut kita juga memerlukan vitamin dan pada asasnya rambut kita terbina daripada protein, memerlukan zat besi, vitamin B dan zink untuk hidup subur.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Advertisements

About ohcantik

Perkongsian info & tips tentang KESIHATAN & KECANTIKAN. Kelebihan menggunakan produk yang mendapat JAMINAN yang sahih dan dihasilkan dari sumber semulajadi dengan sokongan saintis-saintis bertauliah serta ujian klinikal dan landmark study yang sah. Bisness yang memberi peluang FINANCIAL FREEDOM dan PASSIVE INCOME TANPA HAD - Shaklee
This entry was posted in Rambut Lebat Bersinar and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Tips Penjagaan Rambut Kering, Berminyak & Bercabang

  1. memang tak suka rambut berbau…!
    hehehehee.. suka syampoo rambut sebab suka bau rambut lepas syampoo… 🙂

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s