Manfaat Zinc Kepada Kesihatan & Kecantikan Kulit

Zinc, elemen dan mineral yang memainkan peranan penting didalam fungsi enzim, sistem imun, penyembuhan luka dan sel.

MANFAAT ZINC UNTUK KESIHATAN KULIT

Zinc banyak terdapat dalam rawatan luaran kerana kompaun zinc oksida, serbuk putih yang tidak mudah larut dalam air. Terkenal sejak zaman dahulu kerana keupayaannya menyembuh dan sebagai anti-bakteria, zinc oksida ialah produk penjagaan kulit yang pertama digunakan oleh manusia – ia didapati didalam kebanyakan krim sapuan untuk ruam lampin [sumber: WebMD].

Tetapi jika krim muka anda mengandungi zinc oksida, ia adalah berperanan sebagai pelindung matahari. Zinc oksida membentuk lapisan penghalang pada permukaan kulit dan menghalang sinaran UVA dan UVB yang merbahaya [sumber: The New York Times].

Jika kulit anda bersifat sensitif kepada bahan-bahan pelindung matahari yang lain, zinc oksida mungkin pilihan terbaik kerana hampir semua orang tidak alah kepadanya [sumber: Everyday Health]. Kekurangannya? Kerana ia tidak meresap kedalam kulit dan akan menghasilkan kesan lapisan putih pada muka.

zincexplained1

Manfaat Zinc kepada kesihatan (credit photo: freefitnesstips.co.uk)

Ia mungkin tidak menjadi masalah sekiranya digunakan ketika bersantai di kolam renang atau di tepi pantai. Tetapi tidak sesuai sebagai krim muka harian. Oleh itu, cari krim pelindung matahari yang mengandungi zinc oksida mikro (micronized zinc oxide) satu formula baru yang menghasilkan partikel yang lebih halus dan telus [sumber: Hart].

Selain daripada zinc oksida, satu lagi jenis zinc iaitu zinc pyrithione juga digunakan didalam produk penjagaan kulit. Ia adalah bahan yang biasa terdapat di dalam krim, syampu, sabun dan pencuci yang digunakan untuk merawat seborrheic dermatitis, iaitu keradangan kronik yang menyebabkan kuping kemerahan pada kulit kepada dan bahagian kulit yang lain [sumber: Johnson].

Jika anda ada jerawat, zinc boleh membantu mengurangkannya jika diambil secara makan / sapuan.

zinc c

Suplemen Zinc Complex daripada Shaklee hanya RM35.78 sebotol (120 biji)

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Suplemen Asas | Tagged | Leave a comment

Cara Atasi Tiroid & Pantang-Larang Yang Perlu Anda Tahu Untuk Mengawal Tiroid

Entry ini adalah berdasarkan konsultasi daripada doktor yang saya dapat dan pengalaman saya sendiri yang telah menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid selama lebih 16 tahun.

Pelbagai komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu jer boleh berbeza-beza.

hyperthyroidism

Komplikasi kesihatan yang dihadapi oleh pesakit tiroid (hyperthyroid)

Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa. Pesakit tiroid juga takkan nampak seperti mereka sakit cuma bagi pesakit hyperthyroid biasanya rambut mereka akan jadi sangat nipis atau terus botak akibat keguguran rambut yang kronik, mereka sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih kerana degup jantung yang terlalu cepat.

Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan, terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada had yang sepatutnya.

Degup jantung orang dewasa yang normal (tanpa melakukan aktiviti) ialah antara 60 – 100 beat sahaja.

Selain daripada bergantung dengan ubat tiroid dari hospital sebenarnya pesakit tiroid amat-amat memerlukan vitamin tambahan kerana pesakit tiroid biasanya mengalami kekurangan nutrisi yang agak kronik.

KENAPA SUPLEMEN @ VITAMIN PENTING UNTUK PESAKIT TIROID?

Pengambilan suplemen bukan bertujuan untuk mengubati penyakit tiroid sebab suplemen bukan ubat. Tetapi ia lebih kepada untuk menampung kekurangan nutrisi kronik penghidap penyakit tiroid ni terutamanya hyperthyroid.

Hyperthyroid menyebabkan kehilangan nutrisi yang teruk dan jika tidak diganti, ia boleh menyebabkan timbulnya masalah kesihatan lain seperti keguguran rambut yang kronik dan berterusan, osteoporosis, sistem imun yang lemah yang boleh menganjur kepada pelbagai alahan dan sebagainya.

TIPS NUTRISI & PANTANG LARANG PENYAKIT TIROID

Tips nutrisi berikut boleh membantu mengurangkan simptom-simptom penyakit tiroid (hyperthyroid):-

  1. Elakkan makanan yang menyebabkan alahan seperti produk tenusu (susu, keju dan aiskrim), gandum (gluten), soya, jagung, bahan pengawet dan bahan kimia tambahan dalam makanan. Anda boleh dapatkan ujian alahan daripada doktor.
  2. Makan makanan yang tinggi vitamin B dan zat besi, seperti bijirin penuh (whole grains) dan sayuran segar
  3. Jika anda mengambil ubat untuk hormon tiroid, sila dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil produk yang berasaskan soya. Terdapat bukti menunjukkan soya boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  4. Zat besi juga boleh mengganggu penyerapan ubatan untuk hormon tiroid.
  5. Makan makanan yang tinggi antikoksidan, seperti buah-buahan (bluberry, ceri dan tomato) dan sayuran (seperti labu dan bell pepper)
  6. Elakkan makanan seperti roti putih, pasta dan gula.
  7. Kurangkan pengambilan daging; lebihkan pengambilan ikan, kacang dan protein.
  8. Hadkan pengambilan daging yang diproses seperti makanan segera.
  9. Gunakan minyak masak seperti minyak zaitun atau minyak kelapa.
  10. Kurangkan atau tidak mengambil makanan yang mengandungi lemak trans seperti biskut, kek, kentang goreng, onion ring, donut, makanan yang diproses dan majerin.
  11. Elakkan alkohol dan tembakau. Bincang dengan doktor anda sebelum ingin mengambil produk yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan minuman ringan.
  12. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 5 kali seminggu.

CADANGAN VITAMIN @ SUPLEMEN UNTUK PESAKIT TIROID

THYROID2

Ini antara suplemen penting yang perlu diambil oleh pesakit tiroid.

Di atas adalah antara suplemen @ vitamin penting yang diperlukan oleh pesakit tiroid. Nampak banyak?… betul!… memang agak banyak kerana pesakit tiroid mengalami penurunan dan kekurangan nutrisi yang agak kronik. Sebab tu pesakit tiroid mudah jatuh sakit, mudah demam, mudah kena selsema dan macam-macam lagi penyakit boleh hinggap. Saya yang sebelum ni tak pernah kena asthma pun boleh kena padahal takde sorang pun dalam family ada penyakit ni.

Kalau kekurangan nutrisi ni dibiarkan, maka mungkin seumur hiduplah satu demi satu penyakit datang bersilih ganti atau boleh jadi jugak datang sekaligus!

Pesakit tiroid juga boleh hidup sihat seperti orang yang normal asalkan menjaga diet dan ambil berat tentang keperluan nutrisi tubuh. Saya adalah salah seorang pesakit hyperthyroid sejak 16 tahun dulu dan kini saya hidup bebas macam orang lain yang sihat!

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Hyperthyroid & Hypothyroid | Tagged , , | Leave a comment

Tips: Cara Diet Yang Betul Untuk Kurus Secara Sihat & Selamat Dan Masih Boleh Makan Makanan Yang Sedap

Nak kurus!

Ramai yang nak kuruskan badan dan nak cari cara dan petua yang boleh turunkan berat badan dengan cepat.

Bila cerita bab nak turunkan berat badan semua nak cepat dan senang. Boleh dikatakan 99% orang yang mencari produk untuk turunkan berat badan dengan saya akan bertanya “boleh turunkan berat dengan cepat tak?”… atau “berapa kilo boleh turun dalam masa seminggu?”

Soalan ‘nak turunkan berat badan dengan cepat’ tu memang saya tak boleh nak elak.

Tahu tak apa yang paling penting sebenarnya kalau kita nak turunkan berat badan atau apa yang perlu kita ambil berat bila mencari produk untuk turunkan berat badan?

Ni saya nak cerita sikit yer….

TIPS DIET

Diet sihat dan makanan diet yang sesuai sangat penting dalam membantu penurunan berat badan yang sihat. Tapi sayangnya, ramai yang tersilap bila mengatur menu diet mereka demi nak turunkan berat badan dengan cepat tadi lah.

Tak dinafikan memang ada banyak jenis diet yang disyorkan untuk turunkan berat badan cuma kita sebenarnya tak boleh nak aci redah jer ikut mana-mana diet yang kita rasakan boleh buang berkilo-kilo lemak dalam masa seminggu. Takpe lah kalau lemak yang hilang. Tapi kalau otot pun ikut sama hilang ape cer?

Berdiet tak perlulah sampai mengikat perut, totally tak makan nasi, daging, ayam dan sebagainya. Dok makan sayur dengan buah jer hari-hari. Ape nak jadi? Nanti nak berjalan pun tak larat. Memang la boleh kurus.. kurus kering nanti sebab banyak nutrisi yang kekurangan. Itu tak kira lagi kalau sakit.

Sudahnya nanti, kita jadi penat dan fed up… frust… akhirnya kita akan cenderung untuk kembali semula kepada tabiat pemakanan yang lama.. kes balas dendam pun ada.. dah lama sangat tak makan nasi, sekali dapat makan sampai lupa diri. Hasilnya? of course berat badan akan naik semula secara mendadak. Lepas tu nak ikat perut lagi ke? memang tak la kann.. tak sanggup dah.

Jadi, tolonglah elakkan diet yang ekstrem. Tak perlulah menyiksa diri demi nak kurus sebab ada cara yang lebih selamat dan menyihatkan yang boleh kita guna.

JANGAN BERDIET KERANA IKUT-IKUTAN SEDANGKAN BELUM TENTU DIRI SENDIRI MAMPU NAK IKUT

top-3-diet-tips

3 tips penting untuk mereka yang ingin turunkan berat badan

SASARAN YANG REALISTIK

Kesilapan kedua yang ramai orang buat adalah dengan meletakkan sasaran yang tak masuk dek akal. Sasaran yang tak realistik. Nak turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu! Rasa-rasanya realistik tak atau soalan paling tepat adalah mampu ke tak kita nak turunkan sampai berpuluh kilo dalam masa yang singkat.

Purata penurunan berat badan yang disyorkan adalah 1.5kg seminggu sahaja. Itu sudah cukup baik. Tolonglah sedar diri bila letakkan sasaran tu. Tanya balik pada diri sendiri “dah berapa lama aku ternak lemak ni dalam dalam badan?” kalau dah 10 tahun hidup dengan berat badan berlebihan dan bawa lemak kesana-kesini, rasa-rasanya boleh ke nak buang lemak yang dah tepu tu dalam masa seminggu?

Kalau ye pun dapat turunkan berat badan sampai 10kg dalam masa seminggu, tapi apa gunanya kalau berat badan naik semula mencanak-canak lepas tu sebab tak larat nak ikut diet yang diberikan? Betul tak?

Ok, sudah-sudah tu membebel.. pantang ada peluang membebel jadi panjang lebar pulak kan.. hehee.. sorry..

Sekarang saya nak bagi tips ringkas untuk turunkan berat badan secara selamat dan sihat:

  1. Ambil diet tinggi serat seperti oat, wholemeal bread, brown rice, buah-buahan dan sayuran
  2. Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 – 3 liter sehari (sehari yer bukan semua sekaligus, nanti berumahtangga kat toilet jadinya).
  3. Kurangkan atau tinggalkan terus pengambilan gula ringkas (minuman manis, kuih, kek, roti putih dan sebagainya).
  4. Bersenam sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu 30 minit satu sesi.
  5. Letakkan sasaran yang realistik.
  6. Penurunan berat badan yang perlahan dan konsisten adalah jauh lebih baik berbanding penurunan berat badan mendadak.
  7. Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  8. Jadikan kekacang dan buah-buahan sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan atau minuman manis.
  9. Ambil protein sebagai sokongan bagi membantu pembinaan otot bagi mendapatkan tahap metabolisma yang baik dan protein juga akan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama.
  10. Asid lemak baik seperti Omega 3 & Omega 6 juga membantu dalam pembakaran lemak dan penurunan berat badan.

Semoga bermanfaat!

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Pengurusan Berat Badan | Tagged , | Leave a comment

Sumber Protein Terbaik Untuk Otot Dan Kesihatan Dalaman Dewasa & Kanak-Kanak

CADANGAN DALAM MEMILIH PROTEIN POWDER

Bukan semua protein powder sama, jadi amatlah penting untuk membaca labelnya terlebih dahulu. Terdapat beberapa jenis protein powder di pasaran sekarang. Protein powder ini ada yang boleh diambil begitu sahaja dan ada juga yang perlu dicampur dengan campuran lain. Cari protein powder tanpa refined sugar seperti white sugar, sucrose, dextrose, maltose, corn sweeteners atau pemanis tiruan, aspartame.

Ada 4 jenis protein powder yang disyorkan:

  1. WHEY PROTEIN – CONCENTRATE & ISOLATE

Concentrate dan isolate whey telah melalui proses pembuatan untuk mengasingkan kandungan karbohidrat, lemak dan laktosa. Proses ini dikenali sebagai pertukaran ion atau penapisan, yang mana kedua-duanya menghasilkan hampir protein tulen.

Kandungan proteinnya adalah lebih kurang 80% bagi whey concentrate dan 90% bagi whey isolates. Satu cara yang digunakan untuk mengukur kualiti sesuatu protein dengan yang lain ialah Biological Value (BV).

Protein dengan biological value yang tinggi merangsang pembentukan otot yang baik. Whey concentrate dan isolate mempunyai biological value yang tinggi berbanding whey biasa, susu, telur atau soya.

Orang yang nak jadi body builder selalu minum whey protein ni.

2. CASEIN (PROTEIN SUSU)

Casein ialah protein dominan dalam susu. Sebagai contoh, protein dalam keju dan keju cottage adalah casein. Kadangkala ia dikenali sebagai calcium-caseinate, atau sodium atau potassium caseinate. Ia mengandungi asid amino dan merupakan sumber protein yang baik. Ianya juga sangat rendah laktosa.

Protein ini dihadam dengan perlahan dan akan membuatkan anda rasa kenyang lebih lama kerana ia perlu membentuk sejenis gel semasa proses penghadaman sebelum diserap ke dalam tubuh. Perpindahan yang perlahan ini membuatkan ia terdedah kepada protein yang terdapat dalam saluran pencernaan dan boleh membantu penyerapan.

3. PROTEIN TELUR (PUTIH TELUR)

Protein telur pernah menjadi gold standard berbanding protein-protein lain sehinggalah whey protein ditemui. Protein putih telur membekalkan kesemua 22 asid amino dengan keseimbangan 8 asid amino penting.

Ia merupakan sumber protein terbaik, tetapi agak kurang sedap jika nak dibandingkan dengan rasa whey atau casein. Sesetengah pengilang mencampurkan serbuk putih telur ke dalam protein powder mereka untuk meningkatkan kualiti protein tersebut. Protein putih telur tidak mengandungi kolesterol.

4. PROTEIN SOYA

Protein soya diproses daripada kacang soya dan kesemua lemak, serat dan karbohidratnya dibuang. Memandangkan ia adalah sejenis sayuran, maka ia tidak mengandungi kolesterol. Ia juga mengandungi asid amino seperti protein lain. Soya adalah sumber diet signifikan bagi isoflavones.

Ia adalah isoflavones semulajadi aregenistein, daidzein dan glycitein. Isofalvones ini ideal untuk semua peringkat umur terutamanya wanita yang mementingkan kesihatan tulang, yang mencari alternatif kepada hormone replacement therapy dan wanita yang mengalami simptom menopause.

Isoflavones juga berfungsi bersama-sama protein soya dalam menurunkan paras kolesterol. Pengambilan 25 gram protein soya sehari  sebagai sebahagian daripada diet rendah lemak dan kolesterol boleh mengurangkan risiko sakit jatung.

Sesetengah jenama menggunakan soya GMO, maknanya ia adalah soya yang diubahsuai secara genetik. Kebanyakan jenama kini beralih kepada soya non-GMO (non genetically modified – soya yang tidak diubahsuai secara genetik) untuk menghasilkan protein powder. Periksa label protein anda dan pastikan ia adalah jenama yang menggunakan soya non-GMO.

Kesimpulannya, setiap jenis protein mempunyai kelebihan tersendiri. Saya cadangkan anda mempelbagaikan sumber protein anda dan pastikan pengambilan yang cukup untuk kesihatan optima.

protein

Protein daripada Shaklee untuk dewasa dan kanak-kanak

KENAPA PROTEIN CINCH SHAKE & ESP SHAKLEE BERBEZA DARIPADA SUPLEMEN PROTEIN LAIN YANG TERDAPAT DI PASARAN.

Kerana:

  • Ia menggunakan kacang soya non-GMO ( tak diubah secara genetik~ Kenapa protein soya mestilah non-genetic engineered? Sebab secara umumnya kacang soya dari jenis genetik ni murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin semulajadi la) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos sebab tu mereka menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik. Dr. Louis J. Pribyl, saintis Brazilian government menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan
  • Protein Shaklee mengandungi 9 asid amino perlu – Ni ciri yang amat penting sebab badan memerlukan kesemua 9 asid amino ni untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi dan enzim. Kalau salah satu daripada asid amino penting ni takde, sistem imun akan tertekan hampir 30% dan banyak fungsi tubuh yang penting akan menjadi lambat atau terhenti.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes dibersihkan dengan air bukan dengan alkohol – Alkohol tu haram yelah satu hal jugak kan. Tapi kalau dicuci dengan alkohol ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone sehingga 88%! sedanglan isoflavone tu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru-paru dan sebagainya. Isoflavones juga bermanfaat untuk seimbangkan hormon dan menaikkan berat tulang.
  • Proses pembuatan protein soya tanpa pemanasan – asid amino sangat sensitif dengan suhu yang panas. Proses memasak akan memusnahkan sehingga 50% asid amino penting yang terdapat dalam protein. Diet yang kurang asid amino penting boleh menyebabkan gangguan perkembangan otak, hormon dan tisu badan lain.
  • Soy isolate itu ditambah dengan unsur kalsium – kenapa? ~ kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam protein soya untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium.
Shaklee difference

Ini sebabnya mengapa Shaklee berbeza dengan jenama lain yang ada di pasaran.

Jadi, dah tau cara nak pilih sumber protein yang terbaik kan?

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Info Sihat | Tagged , | Leave a comment

Kenali Fakta & Mitos Tentang Penyakit Kanser Dan Jauhi Diri Anda Dari Risiko Penyakit Kanser

Walaupun zaman semakin moden, tapi masih ada mitos dan salah tanggapan mengenai kanser. Agaknya mungkin kerana terlalu banyak fakta bercanggah atau fakta tangkap muat yang dikongsikan di laman-laman sosial.

Internet hampir menjadi punca utama orang zaman sekarang untuk mendapatkan info. Tapi sila berhati-hati dengan info yang tidak sahih.

Kali ni, saya nak ceritakan tentang beberapa mitos dan salah tanggapan mengenai kanser.

TEMBAKAU

Semua orang tahu bahawa merokok itu adalah merbahaya dan mendedahkan di perokok kepada pelbagai risiko penyakit. Menurut Persatuan Kanser Amerika, penggunaan tembakau menjadi punca sekurang-kurangnya 30% kematian semua jenis kanser dan 87% daripadanya adalah kanser paru-paru. Jadi, kalau nak kurangkan risiko kanser, silalah berhenti merokok.

MAKANAN BERASID

Sel kanser hidup dalam persekitaran berasid adalah alasan logic mengenai mitos popular ini. Jadi, dengan berlapar akan mengurangkan keasidan dan sel tidak membiak. Tapi malangnya tiada bukti menunjukkan amalam pemakanan sihat akan mengubah keseimbangan asid tubuh dan kalau berjaya sekalipun, kesannya sangat kecil.

VITAMIN

Terlupa ambil multivitamin boleh meningkatkan risiko kanser. Jangan bimbang kerana multivitamin didapati tidak mempunyai kesan ke atas risiko kardiovaskular atau kanser.

ALKOHOL

Menghadkan pengambilan alkohol sehingga dua unit sehari mengurangkan risiko kanser. Kenyataan ini adalah berdasarkan kajian ke atas 35,000 individu dari lapan buah negara oleh Dana Penyelidikan Kanser Dunia.
Daging mungkin menyumbang kepada kanser terutamanya kanser kolon. Salah satu sebab yang dipercayai ialah kompaun yang memberikan warna merah kepada daging, merosakkan lapisan dalam usus. Mengambil 160gram daging sehari meninggikan risiko sehingga 1/3 sehari.DAGING DIPROSES DAN DAGING MERAH

BLUEBERRY

‘Superfood’ seperti blueberry, teh hijau, bawang putih adalah baik untuk kesihatan tetapi tidak menentang kanser – kajian oleh Penyelidikan Kanser United Kingdom]

SOYA

Walaupun mengandungi bahan kimia yang hampir sama dengan estrogen, hormon yang boleh merangsang sel kanser, kajian terbaru mendapati tiada kesan membahayakan kepada bekas pesakit kanser yang mengambil soya – laporan 2012 American Cancer Society Guidelines on Nutrition and Physical Activity for Cancer Survivors

PIL PERANCANG KEHAMILAN

Pil perancang kehamilan mengurangkan risiko uterus dan ovary tetapi meninggikan sedikit risiko kanser payu dara. Tetapi selepas 10 tahun berhenti, risikonya sama seperti tidak pernah mengambilnya – sumber: Institut Kanser Kebangsaan Amerika

cancer-ribbons1

KOPI

Ramai yang berpendapat kopi tidak menyebabkan kanser. Tetapi kopi masih tersenarai dalam International Agency Research On Cancer (IARC).

GULA

Satu-satunya masalah berkait dengan gula ialah peningkatan berat badan yang jugak meletakkan kita berisiko tinggi diserang kanser. Gula tidak menyebabkan kanser secara langsung.

ASPIRIN

Individu yang mengambil aspirin setiap hari selama 5 tahun adalah 37% lebih rendah risiko diserang kanser berbanding yang tidak mengambilnya. Tapi masih perlu berhati-hati dengan aspirin kerana ia bukanlah baik untuk kesihatan.

Walau bagaimanapun, badan-badan tertentu masih perlu menjalankan banyak kajian terhadap risiko penyakit kanser kerana ia bukan sesuatu yang simple. Tapi, pada masa yang sama kita perlulah mengambil berat tentang apa yang kita makan dan minum setiap hari.

“Jika kita tidak makan makanan harian kita sebagai ubat… Kita akan terpaksa makan ubat sebagai makanan harian”

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Info Sihat | Tagged | Leave a comment

Cara Mencegah & Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Cepat Dan Mudah Untuk Kembalikan Keyakinan Diri

KENAPA ORANG DEWASA ADA JERAWAT DAN BAGAIMANA CARA MENCEGAHNYA?

Jerawat bukan sahaja terjadi kepada golongan remaja. Ramai orang dewasa pun ada jerawat.

APAKAH PUNCA JERAWAT ORANG DEWASA?

Ada banyak punca yang boleh menyebabkan orang dewasa mendapat jerawat. Stress atau perubahan hormon seperti menopause atau bertukar atau berhenti mengambil pil perancang boleh menjadi punca kepada jerawat.

Sesetengah ubat termasuk lithium, anti-sawan, corticosteroids juga boleh menyebabkan jerawat.

PENJAGAAN HARIAN KULIT

Kulit mesti dibersihkan setiap hari. Tak boleh mengelat yer… jangan tidur dengan muka yang tidak dicuci… no no nooo..

Ikut langkah seperti di bawah:

  1. Cuci muka tidak lebih dari 2 kali sehari
  2. Gunakan air sejuk atau air suam bersama pencuci muka yang lembut
  3. Gunakan tangan, baby washcloth atau berus pencuci selama 30 saat
  4. Pat (tepuk-tepuk secara lembut) muka dengan tuala lembut untuk mengeringkannya

Antara produk yang boleh digunakan untuk mengatasi dan mencegah masalah jerawat termasuklah:

PENCUCI MUKA – berfungsi untuk membersihkan segala kotoran yang terlekat pada kulit muka selepas seharian terdedah kepada alam sekitar, pencemaran, asap kenderaan, habuk, peluh dan sebagainya. Pilih pencuci muka yang lembut dan bebas kimia.

KRIM DAN LOSYEN – krim retinoid atau losyen boleh membantu melegakan kulit dan mengurangkan kedutan. Elakkan memilih losyen yang terlalu banyak pewangi kerana bahan kimia yang digunakan sebagai pewangi boleh merengsakan kulit.

KOSMETIK – secara umumnya, cari produk yang dilabel dengan noncomedogenic (produk ini tidak menyumbat liang pori) atau non-acnegenic (tidak menyebabkan punca jerawat)

VITAMIN /  SUPLEMEN – vitamin / suplemen yang memberi kesan kepada hormon seperti GLA & EPO boleh membantu untuk mengawal jerawat. GLA berfungsi membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon estrogen (bagi wanita) dan testosterone (bagi lelaki). Suplemen yang bertindak sebagai ejen detoks juga boleh membantu untuk mencegah dan menghilangkan jerawat kerana badan yang bertoksin juga adalah salah satu daripada punca terjadinya jerawat.

CADANGAN SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK ATASI MASALAH JERAWAT

jerawat new

Suplemen untuk membantu menghapuskan jerawat dan kembalikan kesihatan & kecantikan wajah

CADANGAN SET PENJAGAAN WAJAH SECARA LUARAN UNTUK YANG BERMASALAH JERAWAT

JERAWAT

Ikuti pengalaman wanita ini yang dahulunya dibelenggu masalah jerawat yang teruk hingga malu nak keluar rumah dan berjumpa orang ramai. Kini kulit wajah beliau kembali sihat, licin, gebu & cantik sekali selepas beliau bertemu dengan produk hebat daripada Shaklee.

Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! from iReach HD on Vimeo.

Di bawah ni pulak beberapa testimoni individu yang sudah berjaya menghilangkan jerawat mereka selepas mengambil produk Shaklee.

JERAWAT - ESP + ALFALFA + VITAMIN E

 

 

jerawat batu

jerawat teruk

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Kulit Sihat & Cantik | Tagged , | 2 Comments

Jumlah Protein Yang Diperlukan Tubuh Sehari & Mengapa Protein Penting Bagi Setiap Orang?

BERAPA BANYAK PROTEIN YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH SEHARI?

Banyak pendapat berbeza tentang keperluan protein dalam diet harian. Ada yang kata kena ambik banyak dan ada pulak yang kata ambik sikit jer. Tapi bukti menunjukkan bahawa orang mengamalkan diet rendah protein akan selalu keletihan dan tak bertenaga berbanding dengan orang yang mengamalkan diet tinggi protein.

Carta keperluan protein kat bawah ni boleh digunakan sebagai panduan untuk tentukan berapa jumlah protein yang perlu kita ambil setiap hari. Jumlah protein yang diperlukan bergantung kepada body fat, berat badan dan aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang tinggi akan membuatkan keperluan protein bertambah untuk membantu memperbaiki dan membina otot.

Jika kita sedang menghadapi tekanan yang teruk (termasuk tekanan akibat kanser, terdedah kepada radiasi atau kehamilan), kita memerlukan lebih protein. Sama juga kalau kita terkena jangkitan, kita memerlukan lebih protein. Antibodi, sel darah putih, sel limfa dan semua yang tubuh kita gunakan untuk melawan jangkitan adalah diperbuat daripada protein.

Jom kita tengok berapa jumlah protein yang kita perlukan setiap hari

Keperluan protein harian bagi wanita dan lelaki berumur 20 tahun ke atas

Berat badan Keperluan protein Margin selamat
36kg 40 gram 60 gram
50kg 50 gram 70 gram
60kg 60 gram 80 gram
70kg 70 gram 90 gram
80kg 80 gram 100 gram
90kg 90 gram 110 gram
100kg 100 gram 120 gram
110kg 110 gram 130 gram

* Kiraan untuk kumpulan umur di atas adalah berdasarkan saranan asas 1 gram protein:1kg berat badan (2.2 pounds) mengikut berat badan ideal. Penambahan 20 gram protein kepada saranan di atas adalah safety margin kepada sumber protein yang cukup.

Wanita hamil perlu menambahkan 20 gram protein lagi dan ibu menyusu perlu menambah 40 gram protein lebih daripada individu yang biasa. Jika orang yang aktif secara fizikal dan bersenam setiap hari, tambahkan 1 gram protein:1 pound (0.45kg) (berat badan ideal)

CADANGAN SUMBER PROTEIN TERBAIK DARIPADA SHAKLEE

PROTEIN

CINCH SHAKE MIX (terdapat dalam 3 pilihan perisa: coklat / vanilla / cafe latte) – Cinch Shake ni adalah sumber protein yang mengandungi leucine dirumus khas untuk kuruskan badan dan pembinaan otot.

Kenapa istimewa sangat leucine ni?

APAKAH LEUCINE?

Leucine adalah salah satu asid amino perlu (kumpulan protein) yang sangat penting untuk badan kita. Badan kita tak mampu untuk hasilkan leucine ni dengan sendirinya jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber makanan.

APAKAH FUNGSI LEUCINE?

Ia berfungsi untuk memulakan pembinaan sel dalam otot kita (muscle synthesis)

Secara ringkasnya:

LEUCINE

  • Penting dan perlu ada untuk memulakan proses muscle synthesis (proses pembinaan otot)
  • Merangsang penyingkiran lemak (fat loss) pada tahap selular. Maknanya penurunan berat badan berlaku secara betul iaitu melalui kehilangan lemak dan bukan kehilangan otot.
  • Meningkatkan metabolisma untuk membolehkan badan membakar lebih banyak kalori. Lebih banyak kalori yang dibakar maka lebih cepatlah proses penyingkiran lemak dan lebih cepatlah juga penurunan berat badan berlaku.
  • Bila leucine diambil sekaligus dengan resveratrol dalam kuantiti sedikit, semua proses di atas akan menjadi jauh lebih efisien.

ESP (Energizing Soy Protein) – merupakan sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet harian. Berasakan tumbuhan (soya non-GMO) yang semulajadi, rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormon yang sempurna.

ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dalam ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan tanpa laktosa dimana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. ESP mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga.

ESP membantu menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri selain membantu menghilangkan parut. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur. Memberi efek cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. ESP juga menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.

Jika anda membuat keputusan untuk memilih salah satu atau kedua-dua protein daripada Shaklee ni, bermakna anda adalah seorang yang sangat bijak kerana ia sangat berbaloi dan value for money.

WhatsApp saya di 019-7071977 untuk sebarang pertanyaan, PEMBELIAN SHAKLEE, JOIN AHLI dan KONSULTASI EKSKLUSIF secara PERCUMA.

Salam Sayang

Nieda

Business Leader & Shaklee Independent Distributor

JOHOR BAHRU, SKUDAI, UTM (POS KE SELURUH MALAYSIA)

019-7071977

Posted in Suplemen Asas | Tagged | 1 Comment